Sunday, 10 February 2013

Hyuenja harina : Part VII (end of chapter)


          Afiqah tersenyum leret. Kau ingat kau bagus sangat? Kau tak kenal Fiqa lagi tahu. Kau rasa kau paling hebat? Sekarang aku biarkan kau rasa!
         Afiqah berada pada barisan belakang sekali. Muka Wan Safwan berkerut-kerut meneliti peta trek laluan mereka. Jauh di belakang Afiqah tidak nampak lagi ‘batang hidung’ Haifa mahupun Zafri. Senyumannya meleret lagi.
        Mereka baru sahaja melepasi checkpoint kedua. Bendera berwarna biru yang di ikat sekali bersama kertas tertera lambang arrow segera di capai Wan Safwan. Idea jahat tiba-tiba muncul di benak Afiqah. Setelah Wan Safwan dan dua lagi pelajar perempuan itu sedikit menjauh ke hadapan, tangannya pantas mencabut kertas itu. Segera di sorokkan di dalam begnya. Haraplah Wan Safwan tak nampak.
          “Fiqa, awak buat apa lagi dekat belakang tu? Tadi kata lambat. Sekarang siapa yang melambatkan? Kenapa, risaukan Haifa ke?”, Wan Safwan bersuara sambil mengangkat kening dua kali.
          Afiqah mencebik.“Tak ada masa nak risaukan dia. Dah jom, teruskan perjalanan”. Afiqah tersenyum sinis. Baru kau rasa Haifa! Puas hati aku!

***

          “Kita nak lalu trek yang mana ni? Tak ada lambang arrow pun..”, Haifa bersuara risau. Zafri yang sedang bersiul halus di belakang Haifa segera ke depan berada di sisi Haifa. Zafri tergaru-garu kepalanya. Ada dua laluan di hadapan mereka sekarang. Kiri dan kanan. Setelah lima belas minit perjalanan mereka berdua, mereka masih tidak menemui Wan Safwan dan lain-lain. Mata Zafri melilau mencari jejak yang di tinggalkan ahli kumpulannya. Namun, hampa. Jejak mereka langsung tak kelihatan.
         “Awak, fikirlah!”, Haifa sudah meninggi suara. Melihat Zafri yang hanya tergaru-garu kepala membuatkan Haifa geram. Zafri segera menoleh. Jelas riak risau terpancar di wajah Haifa. Haifa sudah terduduk di sebuah batu besar di situ. Segera begnya di buka dan mengeluarkan sebotol air. Rakus Haifa menelan air mineral itu.
          “Kalau saya kata kita bakal sesat macam mana?”, Zafri sekadar menduga.
          “Awak jangan main-main dalam hutan ni, boleh tak? Saya tak mau sesat dengan awak dalam hutan ni!”. Haifa mendengus kasar. “Sekarang decide laluan mana kita nak ambil!”.
          “Kenapa saya pula? Kita sekarang sepasukan. Apa-apa keputusan kita ambil sama-sama”, Zafri cuba untuk bertegas. Dia tidak mahu di persalahkan andai salah memilih laluan.
          “Kalau sesat?”.
          “Kita sama-sama sesat. Susah senang kita sepasukan, Haifa”.
          Haifa menghela nafas. Pastinya keputusan ini begitu sukar diambil. Ini antara hidup dan mati!
          “Sekarang kita nak ambil laluan mana?”, Haifa bersuara lemah. Dia hanya berserah kepada takdir. Jika takdir menyebelahinya, insya-Allah dia tidak akan mati dibaham harimau dalam hutan ni!
          “Kanan!”.
          “Kenapa kanan? Kirilah!”, Haifa membangkang. Mana boleh kalau kena ikut cakap dia!
          “Awak tau tak kanan itu lebih afdal? Tangan kanan jugalah yang mendahului tangan kiri untuk berwudu’. Kaki kanan jugalah yang mendahului kaki kiri untuk masuk ke dalam masjid. Awak tau tak?”, Zafri sedaya-upaya mahu membidas Haifa. Kali ni, aku takkan biarkan kau menang!
           Haifa menggigit bibir. Apa lagi alasan untuk dia menyokong pendiriannya? “Itu dalam situasi lain. Sekarang kita situasi lain. Saya tak kira, saya nak ikut trek kiri juga! Muktamad!”. Suara Haifa begitu nyaring sehingga burung-burung yang enak berkicauan terbang menjauh!
          “Awak ni Islam ke tak, hah? Kalau Islam, ikutlah panduan Islam. Buat apa nak membangkang lagi?”, Zafri sengaja menekankan suaranya. Biar Haifa tahu aku pun ‘garang’ juga tahu.
         “I don’t care!”.
          “Ada aku peduli? Kanan juga!”. Sekali-sekala kata-kata Zarif boleh digunakan juga. Hehe..
          “Kiri!”.
           “Kanan! Kanan! Kanan! Kanan! Kanan!”.
           “Bisinglah awak ni. Macam perangai budak-budak tau? Nak menang juga tu? Sejak bila awak mengada-ngada ni, hah?”, Haifa sudah naik meluat dengan perangai Zafri. Tangannya menekup kedua-dua belah telinganya. Bingit sungguh suara mamat ni. “Erm.. apa kata kita ‘osom’? Baru adil. Siapa yang menang, kita ikut trek pilihan dia. Apa macam?”. Akhirnya, Haifa bertoleransi. Keningnya diangkat dua kali.
          Zafri tersengih. Luntur juga ego kau, Haifa. “Mana yang lebih adil, saya ikut aje”. Zafri tersenyum simpul. Haifa mengangkat kening dua kali lagi. Aku pakar ‘osom’ tau!
          “O...som!”. Bergema suara Haifa dan Zafri.
          “Yahoo, saya menang. Kanan!”. Zafri sudah menghayun langkah luas menuju ke trek sebelah kanan. Senyumannya melebar sehingga ke telinga. Kemenangan mutlak milik Zafri Iskandar! Dia mengangkat kening dua kali pada Haifa. Meniru gaya Haifa.
          “Ini tak adil! Tak adil! Tak adil!”. Haifa mendengus sambil menghentak-hentak kainya ke tanah seperti budak-budak yang mahukan gula-gula. Langkahan Zafri terhenti. Terus dia memusingkan tubuh menghadap Haifa. Dia sudah menduga Haifa akan membangkang. Haifa.. memang macam tu perangainya. “Kau sengaja buat-buat lambat, kan? Kau nak tengok aku buat bentuk apa dulu baru kau buat, kan? Aku taulah perangai buruk kau tu. Kau aje yang nak menang!”.
          Aik, dia cakap macam tu dekat aku? ‘Kau aje yang nak menang’? Amboi, tak sedar diri sungguh cakap dekat aku. Dia yang buat perangai macam tu. Zafri sudah memeluk tubuh. Matanya dikecilkan. Tajam dia merenung Haifa di hadapannya.
          “Apa tengok-tengok orang macam tu? Ingat lawalah buat muka macam tu?”, Haifa menjeling tajam Zafri. Sikap toleransi Haifa tadi sudah hilang! Aku nak menang juga walau apa sekalipun!
          “Awak tak puas hati apa lagi? Bila masa pula saya buat macam tu? Awak nilah, tadi awak kata ni yang paling adil. Sekarang awak nak ‘osom’ lagi? Sampai awak menang baru awak puas hati? Macam nilah, awak nak jalan trek kiri kan, silakan. Saya ikut awak ajelah. Malas dah saya nak bertekak. Kalau lawan awak pun, belum tentu awak nak dengar cakap saya. Dah, jom”, Zafri sudah mendahului jalan di hadapan. Dia sudah tidak mahu bertekak lagi. Lagi lama bergaduh, lagi lamalah nak sampai.
           Haifa memuncungkan mulutnya. Kesian pula dengar ayat dia ni. Huh, peduli apa aku! Asalkan dia ikut juga cakap aku.

***

          Kau nak mati, ya? Rasakan!
          “Pak!”. Mampus kau! Haifa menjentik bangkai nyamuk yang melekat di lengannya. Kesan darah yang melekat pada lengan Haifa dilap dengan hujung tangan bajunya. Berapa liter darah dah aku sedekahkan dekat keturunan kau? Mulia tak hati aku? Berbintat-bintat dah badan aku, tau? Haifa mengomel di dalam hati. Baik cakap dengan nyamuk daripada cakap dengan makhluk dekat depan ni. Bukan nak balas pun! Merajuklah tu.
          Zafri mengerling sedikit ke belakang. Macam-macam songeh! Zafri sudah hilang mood. Zafri yakin mereka sudah tersasar jauh daripada lalauan sebenar. Apa nak buat, dah jauh ke dalam ni. Kalau nak patah balik, kena gaduh dulu dengan Hulk ni. Aduh..
          “Jauh lagi ke? Dah nak senja ni. Takkan tak sampai-sampai lagi? Tengok cara macam hebat sangat tadi..”, Haifa bersuara buat kesekian kali. Sudah berulang kali dia mahu mengajak Zafri berbual, tetapi Zafri sengaja buat dingin.
         Zafri menghela nafas. Sengaja nak cabar kesabaran aku sungguh! “Cik Haifa sayang, nampak sangat awak dah salah pilih jalan. Kita dah sesat! Sesat! Faham tak?”. Dalam nada ‘romantik’ Zafri tetap bertegas. Biar dia tahu ni semua salah dia!
          “Awak nak salahkan sayalah ni? Saya tak suruh pun awak ikut saya! Awak yang nak ikut sangat”, Haifa mencebikkan mulutnya.
          “Jadi, awak nak kata ni salah sayalah, ya? Awak tak mau terima kekalahan awak. Awak desak saya suruh ikut pilihan awak juga. Awak masih nak salahkan saya lagi? Haifa, saya tak minta pun nak sesat dengan awak. Kalau boleh saya tak mau sesat pun dalam hutan ni. Tapi Allah dah tulis saya akan sesat dalam hutan ni juga. Dan saya tak malas nak salahkan awak. Cuma ego awak banyak mencabar saya. Satu aje saya minta, Haifa. Tolong jangan tambah serabutkan lagi kepala otak saya. Saya tak mau selamanya sesat dalam hutan ni”.
          Zafri bersuara lemah. Sedikit pun dia tidak berpaling memandang Haifa. Dia amat berharap Haifa akan faham. Dari tadi Zafri cuba mencari penyelesaian untuk keluar dari hutan ini. Cuma satu dalam fikirannya, patah balik dan ambil trek sebelah kanan. Tetapi, itu memerlukan waktu yang banyak. Jauh sekali mereka ke dalam hutan. Zafri teramat yakin, jika trek kiri salah maka kanan pilihannya. Andai mereka di laluan yang betul, sudah tentu mereka sudah tiba di checkpoint terakhir. Tidak mungkin sahingga senja jarak perjalanan mereka. Ini tidak, satu chekpoint pun tak jumpa.
          Haifa menggigit bibir. Nangis ke mamat ni? Alamak, apa nak buat ni? Kena pujuk ke?
          “Awak..”. Haifa cuba meraih perhatian Zafri.
          “Is..”. Cubaan kedua.
          “Zafri Iskandar..”. Ketiga.
          Tiada yang keempat bagi Haifa Harina.
          “Muhammad Zafri Iskandar!”.
          “Apa lagi yang awak nak? Tak habis-habis nak susahkan saya lagi ke?!”, kali ini Zafri pula yang naik angin. Zafri sudah memalingkan tubuhnya menghadap Haifa dengan muka yang merah. Haifa terkedu. Segera ditundukkan pandangannya. Gerun pula tengok muka orang yang tak pernah marah tiba-tiba marah!
          Zafri kembali berpaling dan meneruskan haluannya. Haifa terus terduduk. Kenapa dia marah? Niat di hati Haifa cuma ingin berbaik semula. Tak seronok gaduh-gaduh. Tak ada kawan nak bersembang. Takkan asyik bercakap dengan nyamuk aje kot? Tetapi, tiba-tiba aje Zafri naik angin. Habis terpadam niat murninya tadi.
          Terasa air hangat mengalir dipipinya. Walaupun nampak keras dan kebal dari luarannya, namun Haifa juga seorang gadis yang sensitif. Kadang-kadang Haifa menangis sendirian jika bertikam lidah dengan seseorang. Bantalnya juga yang sudi mendengar. Haifa pantas menyeka air matanya. Kalau Zarif nampak ni, tak fasal-fasal kena gelak tergolek dengan dia. Kenapa nak marah aku?
          “Prak”. Mengeras seluruh tubuh Haifa. Beruang ke? Kalau patung beruang tak apa juga, boleh tambah koleksi patuang beruang yang sememangnya sudah melimpah ruah dalam bilik aku tu. Haifa menelan liur. Gadis itu sudah gerun. Bulu romanya tinggi menegak. Haifa masih teringat kata-kata usikan renjer semasa pertama kali mereka semua menjejakkan kaki di tapak perkhemahan Gunung Besar Hantu.
          “Setiap kali aktiviti diadakan, awak mesti dengar arahan saya baik-baik. Sekali awak langgar, buruk padahnya. Berani awak buat fasal, habislah. Saya dah lama berkawan dengan gunung ni. Semua kawan-kawan saya ada dalam hutan ni. Sebut aje, gajah, harimau, beruang. Semua ada. Tapi beruang lagi banyaklah. Lagi-lagi beruang matahari..”.
          “Tapi bukan ke beruang matahari ada dekat negara Barat aje. Kalau dekat Malaysia, ada dekat zoo ajelah. Sebab hutan kita tak sesuai dengan habitat dia”, Shira mencelah sambil mengangkat tangan. Berhemah juga kawan aku ni. Selalu main redah aje!
          “Awak tau apa, saya ada menternak spesies tu dekat sini. Kalau awak jumpa dia, maaflah. Takkan selamat punya. Beruang saya takkan pernah lepaskan awak. Makanan percuma depan mata, takkan tak mahu. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Jadi, jangan ingat awak akan selamat kalau merayap tak tentu hala dekat dalam hutan ni. Kalau setakat tapak perkhemahan ni tak apa. Sebab dia tak berani masuk”. Renjer itu tersenyum kambing.
          Haifa tidak berani mengangkat wajah. Tak fasal-fasal jadi makan malam beruang. Ya Allah, inikah penamat hidupku? Dalam hati, Haifa berdoa agar selamat dari sebarang ancaman. Amin..
          “Saya minta maaf”. Wah, beruang boleh cakap macam suara Islah!­­­ Haifa tersenyum. Segera dia mengangkat wajah. Wajah keruh Zafri tadi sudah berubah manis dengun senyuman terukir yang menampakkan lesung pipitnya.
          “Saya yang perlu minta maaf. Saya banyak tambah beban dekat awak. Saya minta maaf, awak”, Haifa bersuara perlahan sambil memandang seraut manis kepunyaan Zafri.
          Senyuman di bibir Zafri masih tidak lekang. Segera dia mengambil tempat di sisi Haifa. “Small matter. Saya sengaja nak test awak tadi. Sensitif juga awak ni, ya?”. Zafri ketawa kecil di hujung ayatnya. Mencerlung mata Haifa.
         “Jahatlah awak ni!”, Haifa turut ketawa. Kantoi perangainya itu di depan Zafri. Mereka sama-sama tergelak. Suasana suram sepanjang perjalanan tadi sudah berbunga riang. “Dah senja ni. Malam ni kita kena tidur dalam hutanlah ya?”.
         Zafri terdiam.

***

          “Cantikkan bulan tu?”, jari telunjuk Zafri lurus pada bulan yang mengambang di dada langit. Malam itu memang indah. Bintang-bintang di sekeliling bulan itu turut mencantikkan lagi malam Zafri dan Haifa ‘menginap’ didalam hutan.
          “Cantik. Cantik sangat”. Haifa mendongak ke langit. SubhanAllah.. Haifa bersuara di balik pokok tempat mereka bersandar. Haifa bersandar pada pokok yang sama disandar Zafri cuma berada bersetentang di belakang Zafri. “Bagai bulan dipagar bintang. Macam tulah orang tua-tua gambarkan”. Haifa menambah lagi.
         “Apa maksud peribahasa ‘bulan dipagar bintang’? Maaflah, saya dalam penguasaan bahasa memang kurang. Kalau subjek sains dan matematik, bolehlah”, Zafri tidak berasa segan apabila mengakui kekurangan diri. Setiap saat adalah ruang menambah ilmu. Itu prinsipnya.
          “Seseorang yang cantik, dikelilingi mereka yang cantik juga. Macam adik awaklah. Adik awak tu, baru sehari datang sekolah ni terus jadi popular. Yalah, orang handsome. Budak-budak perempuan pun nak menghimpitlah. Tapi, tengok cara dia macam tak bergaul dengan orang sangat. Senyum dia mahal sangat ke?”, Haifa membuat konklusi dari apa yang dilihatnya sepanjang dua minggu Zarif di sekolahnya.
          Bukan mahu membezakan Zarif dan abangnya, tetapi populariti Zarif lebih menyerlah berbanding Zafri. Mungkin kedua-duanya mempunyai kelebihan dengan raut wajah yang tampan, namun Zarif mempunyai aura tersendiri. Tanpa sedikit senyuman pun yang terukir, pelajar perempuan di sekolah menganggapnya sebagai cool. Tidak seperti Zafri, dia menutup ketempanannya melalui kaca mata yang di pakai. Lebih low-profile. Walau bagaimanapun, masing-masing ada peminat sendiri. Itu tanggapan Haifa.
          “Ooo.. macam tu rupanya. Zarif ni bukan jenis sosial sangat. Dia kurang skill nak berkawan. Dia susah nak dapat kawan sikit. Tengoklah muka dia tu. Masam aje. Setiap sekolah yang dia pindah, dia hanya akan berkawan dengan orang yang duduk sebelah dia aje. Itupun takkan rapat sangat”, Zafri bersuara lemah apabila teringatkan satu-satunya adik yang dia punya.
          “Setiap sekolah yang dia pindah? Kenapa dia kena pindah? Nampak macam dia selalu buat masalah aje. Ah, malaslah nak ambil tahu fasal dia. Geram sangat bila teringat apa dia cakap dekat saya hari pertama korang datang sekolah ni. Huh!”. Haifa mendengus. Mamat tu kan!
          “Hahaha.. Awak masih marahkan dia ke? Kalau awak bertuah, awak akan bangga menjadi seseorang yang mengenali Zarif Ilham. Sebagai seorang abang, saya rasa dia sangat unik. Awak pasti teruja bila berkawan dengan dia. Saya tengok awak dengan dia tak ada beza pun. Sama aje dua-dua”. Zafri ketawa besar. Memang sama! Dua-dua panas baran, dua-dua ego!
          “Jangan nak samakan saya dengan dia, okey? Jauh panggang dari api! Saya tak ingin langsung berkawan dengan orang macam dia tu. Tak ada yang unik langsung! Bagi saya, berkawan dengan dia perkara paling malang dalam hidup saya!”.
          Zafri masih beriak tenang. “Macam saya kata tadi, awak akan bangga bila diberi peluang mengenali dia nanti. Awak tengok ajelah nanti. Kadang-kadang, apa yang kita ungkapkan sekarang akan kita sesali kemudian hari. Awak belum selesai meneroka lagi, Haifa”, Zafri bermain-main kata. Sememangnya dia tidak arif dalam bidang bahasa, namun dia mahir dalam menyampaikan kata.
          “Apa maksud awak saya belum selesai meneroka lagi?”, Haifa bertanya curiga.
          “Terlalu banyak perkara yang dihujani kepada kita. Namun, semua tu tak pernah cukup untuk mematangkan kita. Kita anggap hidup kita sudah sempurna, tapi rasanya hidup di kehidupan akan datang sudah cukup sempurna? Benda tu tak ramai yang ambil berat. Memang, semua manusia impikan sebuah kehidupan di alam fantasi. Selalu juga saya ingatkan diri, hidup tak seindah mimpi, harus kuat hadapi realiti. Realiti tak seindah mimpi. Dan mimpi hanya satu fantasi. Dongeng”. Zafri menamatkan butir bicaranya. Sungguh hebat bermadah!
          Haifa terdiam. Maksudnya amat mendalam. Cuma satu dalam fikirannya. ‘Hidup tak seindah mimpi, harus kuat hadapi realiti’? Ayat tu pernah dia dengar dulu. Tapi, dekat mana, ya? Kepalanya ligat berfikir. Fikir, fikir, fikir!
          “Awak? Awak dengar tak apa yang saya cakap tadi? Awak? Tidur dah ke?”, Zafri bangun ke tempat Haifa. Haifa sedang tertunduk sambil memegang kepala. Apa yang dia tengah buat ni?
          “Awak?”.
          “Mr. Counselor? Awak Mr. Counselor, kan? Kan?” Haifa terus berdiri dari silanya. Kini, dua pasang mata bertentang mata. Zafri sudah tercengang-cengang. Aku tersalah cakap ke tadi?
          Haifa mengetap bibir. “Baik awak mengaku, awak Mr. Counselor kan? Mengaku cepat!”, lantunan suara Haifa memecah kesunyian detik tengah malam itu.
          Mata Zafri sudah terbeliak. Terus dia menekup mulut Haifa dengan kedua-dua belah tangannya. Haifa sedikit terdorong ke belakang.
         Haifa pula terkejut dengan perlakuan pantas Zafri itu. Haifa meronta-ronta minta dilepaskan. Makin kuat tangan Zafri menekan. Haifa sedaya upaya menolak tangan Zafri. Apa yang mamat ni cuba buat dekat aku? Ya Allah, selamatkanlah hambaMu ini.
          “Apa awak cuba buat ni, hah?!”. Akhirnya, Haifa berjaya meloloskan diri. Nafasnya turun naik. Haifa mengundur ke belakang setapak. Badannya sudah melekap pada batang pokok tempat dia bersandar tadi.
          Jari telunjuk Zafri pula melekap pada bibir Haifa. Ish, perempuan nilah. “Kalau awak jerit lagi sekali, saya ikat mulut awak. Dahlah suara nyaring, jerit tengah-tengah hutan ni. Nak suruh harimau terjaga makan awak sekarang? Hah?!”, nada suara Zafri agak keras namun dia masih mengawal nada suaranya.
         Haifa menepis tangan Zafri. “Kalau ya pun, janganlah tekup mulut orang sampai macam tu. Ingatkan nak buat apa tadi”.
          “Saya masih ada imanlah. Awak ingat saya ni lelaki spesies tu ke? Baik-baik sikit, ya”, Zafri bersuara sinis. Dia memalingkan tubuhnya membelakangkan Haifa.
           Whatever.. aku tak mahu ambil tau pun. “Awak belum jawab soalan saya? Awak Mr. Counselor kan?”. Dia baru teringat butir bicara mereka tadi. Haifa bergerak berhadapan dengan Zafri. Dia mahukan pengakuan!    
          “Apa awak merapu dari tadi? Mr. Counselor? Siapa Mr. Counselor?”, Zafri berpura-pura buat tidak tahu. Aku takkan mengaku!
          “Awak jangan tipu saya! Ayat tu, cuma dia aje yang tahu. Baik awak mengaku sekarang”, kali ini suara Haifa sudah tidak melantun tinggi. Walaupun keras, masih dapat dikawal!
          “Ayat apa pula? Saya cakap aje mana yang saya tahu. Manalah saya tahu Mr. Counselor awak pun guna ayat tu. Dia yang tiru saya..”, Zafri bersuara selamba. Dia bergerak beberapa langkah ke belakang.
        “Saya cuma mahukan pengakuan awak sebagai Mr. Counselor aje. Itu pun susah ke? Permintaan saya tak berat pun..”, Haifa cuba bertoleransi pula kali ini. Mudah-mudahan.
          ‘Susah Haifa, susah. Saya takut kebenaran ni akan mengubah persahabatan yang mula kita semai ni, Haifa. Saya takut menghadapi kebenaran itu..’, Zafri hanya mampu bersuara di dalam hati. Hatinya menjerit. Mulutnya terkunci.
          “Saya nak mengaku apa kalau itu bukan saya. Susahlah awak ni”, Zafri sedikit mendengus. Dia harus membuatkan lakonannya nampak benar. Terus dia menghayun langkah menjauh dari Haifa. Haifa tidak menurut langkahan Zafri.
          “Okey. Kalau tak nak mengaku, tak apa. Tak apa”.
           Haifa berpusing ke belakang. Dia bergerak meninggalkan pokok tempat mereka bersandar tadi dan terus menghilang ke dalam semak. Haifa sendiri tidak tahu apa yang dilakukakannya ini. Yang dia tahu, dia hanya terus melangkah dengan gerak hatinya. Namun, riak takut masih terpamer di muka Haifa. Siapa tak takut redah semak malam-malam buta macam ni? Tetapi, gadis itu sanggup meredah kepekatan malam demi ego yang menggunung!
          Zafri tersenyum. Nampaknya Haifa sudah berhenti dari terus mendesak. Segera dia memalingkan tubuh. Mana dia? Sekujur figura Haifa sudah hilang dari pandangannya. Telinga Zafri tidak menangkap bunyi tapak kaki Haifa melangkah. Entah-entah kena bawa lari bunian!
          “Haifa! Haifa! Haifa! Jangan buat saya macam ni, Haifa. Kita tak tau selok-belok hutan ni. Haifa, jangan buat perangai macam budak-budaklah”. Zafri sudah menyelinap juga ke dalam hutan. Semak-semak yang menghalang laluannya di tepis kuat-kuat.
          Kali ini telinga Zafri menangkap satu derapan kaki di hadapannya. Dia yakin itu Haifa. Nasib baiklah tak kena bawa lari bunian. “Haifa, berhenti Haifa. Kita dah jauh ke dalam ni. Kita sesat nanti! Haifa!”.
          Zafri membuka langkah lebar. Dia harus memberhentikan langkah Haifa dari terus ke dalam hutan. Haifa pula berlari lebih laju. Haifa sendiri tidak tahu ke mana dia tuju.
          “Awak jangan main-main dalam hutan ni. Awak tahu kan kita dekat Gunung Besar Hantu, hantu dia besar-besar tau. Sekali dia telan, habislah awak”, Zafri cuba menakutkan-nakutkan Haifa agar Haifa berhenti dari terus berlari. Namun, Haifa makin kuat berlari. Walaupun hakikatnya gadis itu benar-benar takut, egonya masih menguasai untuk mengetahui perkara sebenar. Haifa Harina takkan mengalah! Kena makan dengan hantu pun tak apalah!
         “Awak nak saya buat apa untuk berhentikan awak?”, Zafri melaung sambil terus berlari. Haifa tidak pula menjawab. Faham-faham sendirilah!
          ‘Kenapa dia tak jawab? Aku tengah kejar Haifa ke tak?’, Zafri berfikir sendirian. Automatik kakinya berhenti dari terus berlari. Perlukah aku terus-terang aje? Apa akan jadi lepas ni pada kami nanti? Aku terpaksa walaupun pahit. Aku tak mahu dia terus sesat dalam hutan ni. Keselamatan dia tanggungjawab aku sekarang!’.
          Zafri mematikan langkahnya. “Haifa, saya mengaku saya Mr. Counselor tu. Saya minta maaf, Haifa. Saya tak pernah berniat nak tipu awak selama ini. Saya ada sebab kenapa saya tak mahu ceritakan pada awak. Saya takut andai awak mengetahui kebenarannya, awak tuduh saya penipu. Saya takut persahabatan yang baru kita bina ni hancur. Mungkin awak dah lupa, awak pernah tolong saya masa saya darjah tiga dulu. Awak ingat tak awak tolong halau samseng-samseng yang buli saya masa tu? Walaupun awak baru darjah satu, awak berani. Awak selamatkan saya. Awak bagi saya lolipop suruh saya berhenti nangis. Awak letak plaster rawat luka saya”.
         Zafri manarik nafas mengumpul kekuatan. “Saya tak pernah lupa, Haifa. Seminggu selepas tu, saya sekeluarga berpindah ke Johor Bahru. Sejak tu, saya bertekad akan cari awak bila saya dah besar. Saya tekad. Lima tahun lepas tu, saya ternampak gambar awak masa kecil-kecil dulu dalam facebook awak. Dan saya yakin, itu awak. Ya, itu Haifa. Haifa Harina yang pernah tolong saya dulu. Budak kecil yang garang, sampai sekarang masih macam tu. Maafkan saya, Haifa. Saya takut andai saya mengaku Mr. Counselor itu saya, awak akan kata saya penipu. Saya takut, Haifa. Malangnya, saya masih macam dulu juga. Budak berkaca mata yang nerd. Penakut. Itu saya yang sebenar. Maafkan saya, Haifa”.
          Zafri tertunduk. Kolam matanya bertakung dengan manik jernih. Ikhlas dia mahu mengenali Haifa. Dia takut, takut akan kehilangan persahabatan ni.
          “Awak memang penakut! Pengecut! Awak tak pernah berubah dari dulu lagi. Selalu berada di belakang, tak berani tampil berhadapan dengan khalayak. Saya benci pada orang yang macam tu. Tak ada keyakinan diri langsung! Tapi Zafri Iskandar yang saya kenal lain, dia ada sesuatu yang istimewa tak macam orang lain. Dalam diam dia belajar untuk berani. Daripada terus berdiam, dia berusaha terbitkan persahabatan. Itulah keberanian sebenar dia. Awak tau tak, saya menangis seharian lepas dapat tahu awak pindah. Entah kenapa, saya sedih sangat waktu tu..”, Haifa bersuara dari belakang Zafri.
          Pantas Zafri memusingkan tubuhnya ke belakang. Seraut wajah Haifa sedang tersenyum pada Zafri. Zafri membalas senyuman itu.
          “Saya hargai persahabatan yang awak semai ni. Terima kasih, Is”.
          “Penat tau tak selalu siram dan baja persahabatan kita tu. Bila sampai nak tuai hasil, saya makin gementar”.
          “Tetapi, hasilnya indah kan?”. Haifa menguntum senyuman.
          “Kawan?”.
          “Kawan, selamanya!”. Seraya itu mereka gelak mereka berhambur.
          “Teruklah awak ni, benda kecil macam ni pun nak nangis. Cengeng!”. Haifa menyambung gelaknya lagi.
          Zafri pantas menyeka air mata di tubir matanya. Dia tersenyum memandang Haifa. Wajah Haifa kelihatan samar-samar dari cahaya bulan yang dihalang pohon yang meninggi. “Jom, kita tertinggal beg dekat pokok besar tadi.
          “Awak hafal tak jalan keluar dari sini?”.
          “Awak yang masuk dulu dekat sini, kan? Saya ikut awak aje”.
          “Mana saya tahu. Saya ikut gerak hati aje”, nada Haifa mengendur.
          “Tak apa. Mesti ada jalan keluar. Jangan risau, sayakan ada. Sekarang, keselamatan awak tanggungjawab saya. Kita akan keluar dari sini sama-sama. Saya takkan pernah tinggalkan awak. Saya janji”. Zafri mengenyitkan mata kanannya. Zafri sudah lebih berani. Sedikit-sebanyak kehadiran Zafri di sisi Haifa mampu mengurangkan sedikit takut dalam diri Haifa.
          “Ini barulah lelaki sejati!”.

No comments:

Post a Comment