Hanya gelengan kepala menjadi jawapan bagi setiap persoalan. Adakah masyarakat kita masih belum sedar dari tidur panjang yang lena? Hampir setiap hari, kita di hidangkan dengan berita mengenai kemalangan jalan raya didada-dada akhbar. Peranan media massa dalam mendedahkan satu persatu kemalangan jalan raya yang semakin meruncing. Mana tidaknya, kemalangan jalan raya yang berlaku telah meragut banyak nyawa selain membawa kecederaan yang serius kepada pengguna. Sebagai memperkukuhkan lagi pernyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu di perincikan demi kebaikan bersama.
Umum mengetahui bahawa 80% faktor kemalangan jalan raya atas faktor kelalaian pemandu. Negara baru-baru ini di kejutkan dengan tiga sekawan yang terkorban dalam satu nahas jalan raya di Kota Bharu. Usia baru setampuk pinang, tiga sekawan in maut di tempat kejadian apabila merempuh kenderaan lain dan di percayai telah memandu laju. Kebanyakan pemandu mahupun penunggang motorsikal yang bersifat delinkuen gemar memandu melebihi had laju. Ini mungkin sesuai bagi mereka, 'ikut hati mati, ikut rasa binasa'. Dalam pada itu, segelintir pemandu juga banyak ddi cekup dalam kebanyakan operasi yang di jalankan atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol. Jelaslah bahawa kesalahan yang selama ini di tunding kepada pihak berkuasa perlu di perbetulkan kerana terbukti kemalangan jalan raya yang berlaku disebabkan kecuaian pemandu.
Dalam pada itu, kemelut yang di hadapi pengguna jalan raya perlu di beri perhatian. Kondisi jalan raya yang tidak memuaskan turut menyumbang kepada peningkatan korban jalan raya. Jalan raya yang berlubang dan tidak rata telah menyebabkan kenderaan hilang kawalan dan terbabas. Keadaan yang makin di pandang enteng oleh pihak berkuasa sering menjadi paparan utama media massa. Kini menjadi persoalan, ke manakah pihak berkuasa yang patut membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka terhadap kekangan ini sementelah menghitung nyawa yang melayang setiap hari? Jangan di ambil mudah akan hal ini lebih-lebih lagi ketiadaan lampu jalan di kebanyakan jalan kampung yang suram dan kelam. Tindakan yang proaktif perlu di ambil!
Daripada perspektif yang lain, fenomena bencana alam turut menjadi punca yang menyumbang. Kebanyakan kes jalan raya yang berlaku berkemungkinan atas faktor kejadian alam. Hujan yang turun lebat boleh mengaburkan pandangan pemandu lebih-lebih lagi pada waktu malam. Sementelahan pula, pemandu yang egois, tidak mengabaikan nyawa sendiri dan orang lain sengaja memandu laju padahal mereka sudah maklum tentang keadaan jalan raya yang licin. Tidakkah mereka fikir sikap nafsi mereka bakal memakan diri dan insan tersayang? Ini di tambah lagi dengan cuaca buruk yang melanda seperti kabus tebal atau jerebu yang telah menghad jarak penglihatan mereka.
Bagi sesetengah pendapat pula, mereka juga mendapati kebanyakan pemandu sesuka hati mengubah suai kenderaan mereka sesuka hati tanpa mematuhi piawai yang di tetapkan. Hampi keseluuhan anggota kenderaan mereka di ubah suai termasuk bahagian enjin yang menghasilkan bunyi yang bingit. Dalam konteks ini, pihak polis perlu mengenal pasti golongan muda yang di dominasi budaya hedonistik yang tidak befaedah untuk terlibat dalam pelumbaan haram kereta di sekitar ibu kota. Kebanyakan pemandu juga tidak menghiraukan keadaan kenderaan mereka yang tidak konsisten dengan tayar yang tidak berbunga dan brek yang tidak berfungsi. Seharusnya, golongan pemandu ini pelu peka dengan kondisi kenderaan mereka supaya di servis dengan lebih kerap.
Dari tembok ini, kita selaku masyarakat yang juga majoriti pengguna jalan raya perlu mengikat sinergi untuk meminimumkan korban kemalangan jalan raya. Kerajaan sudah acap kali menagih simpati dan komitemen semua pihak agar sama-sama kita bergerak sederap, senada dan setempo, mengalun rentak tari mengikut gendang yang di palu agar kemelut ini dapat di basmi sehingga ke akar umbi. Senario ini tidak mungkin kita warisi kepada generasi akan datang. Jangan kita bersikap 'bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing' atau kita mahukan polemik ini sentiasa memomokkan kita? Tepuk dada, tanya iman!
trima kasih awak memudahkan keja skolah saya
ReplyDelete(^_^)
whatever.......
DeleteLepak@llmu is so rude!!!
Deleteok lah, ada guna juga tapi boleh tahan lah serta bermanfaat. Di samping itu, syukur alhamdullilah ada faedah semoga anda dapat pahala.
ReplyDeleteGood essay. Now i can improve my skill in bahasa malay essay. Thank u.
ReplyDeleteGood essay. Now i can improve my skill in bahasa malay essay. Thank u.
ReplyDelete