Saturday, 9 February 2013

Hyuenja Harina : Part IV (end of chapter 1)


          Haifa ternanti-nanti mamanya untuk pulang di halaman rumah teres dua tingkat itu. Mamanya sudah memaklumkan akan pulang lewat malam itu. Haifa juga tahu pasti lelaki semalam yang akan menghantar mamanya pulang lagi. Kan semalam perbincangan tak habis lagi, so mama kena ‘berbincang’ lagilah dengan dia. Lagipunkan dah ‘due date’! Geram Haifa mengenangkan sikap mama yang makin berahsia sekarang. Haifa ni kan anak mama, kenapa nak berahsia pula? Huh, tak suka tau! Kali ini Haifa mahu melihat sendiri lelaki yang di katakan client mamanya itu.
         Sudah hampir satu jam Haifa duduk di tepi kolam ikannya. Berliter-liter juga darahnya ‘disedekahkan’ kepada nyamuk-nyamuk tak guna tu! Ikan-ikan kap di dalam kolam di halaman itu pun sudah tidur. Haifa pula masih setia menanti dalam kedinginan malam. Acap kali Haifa menguap. Mamanya masih belum pulang. Deruman enjin dari luar pagar rumah telah menyentakkannya. Kelibat mamanya keluar dari Toyota Vios hitam itu mencuri perhatiannya.
          ‘Jom serang!’, Haifa segera menapak laju menuju ke pintu pagar. Mamanya lebih cepat bertindak. Entah apa yang dikatakan kepada lelaki itu, terus sahaja kereta itu meluncur laju pergi. Haifa mengetap bibir. Rancangannya gagal kali ini. Tak apa, esok kan ada lagi. Tengok la mama!
          “Dah pukul berapa ni? Kenapa tak tidur lagi?”, Puan Halida berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku.Sengaja di maniskan mukanya bagi menutup kegentaran yang bersarang dalam diri. Agak-agak, Haifa nampak tak apa yang aku buat dalam kereta tadi dengan dia? Ya Allah, janganlah bagi dia nampak.
          “Awal lagilah ma, baru pukul 10.30. Haifa memang tunggu mama pun”, Haifa malas untuk ‘menyoal siasat’ mamanya malam ini lagi. Straight to the point ajelah, senang.
          “Ada apa? Kalau ya pun tak kan tak boleh tunggu mama kat dalam sampai kena tunggu mama kat luar ni”. Mereka sudah bergerak masuk ke dalam rumah. Puan Halida terlalu penat malam ini. Mahu sahaja dia terus tidur, tetapi mengenangkan kewajipannya kepada Allah belum di tunaikan lagi juga kehendak anaknya lagi, di biarkan dahulu ‘seruan’ katil yang empuk.
          “Ni, bacalah”, Haifa menghulurkan dua keping kertas kepada mamanya. Harap-haraplah mama setuju. Berkerut dahi Puan Halida. Sejak bila anaknya minat berkhemah ni? Segera ditoleh pada anaknya di sisi. Haifa hanya tersenyum manis.
          “Haifa nak pergi ke? Sejak bila Haifa minat camping?”, Puan Halida mahu mencari kepastian. Pelik dengan minat baru anaknya itu.
          “Of courselah Haifa nak pergi. Habis buat apa Haifa tunjuk kat mama benda tu? Haifa minat lama dah mama, mama aje yang tak tau. Bolehlah mama? Haifa teringin sangat nak pergi”, sedaya upaya Haifa mahu memujuk mamanya. Dia terlalu ingin menyertai perkhemahan itu. Pengalaman kali pertama.
          “Are you serious, dear? Bukan main-main tau, lagipun Haifa tak pernah pergi mana-mana perkhemahan pun. Pergi boarding school pun takut. Ada hati ya? Siapa lagi pergi?”, Puan Halida cuba mengusik Haifa. Teringat dia apabila Haifa menangis tiga hari tanpa henti, protes tak mahu makan semata-mata dipaksa ke sekolah berasrama penuh. Sekarang ada hati pula nak pergi perkhemahan tiga hari dua malam itu. Sanggup ke Haifa berenggang dari mamanya? Lima belas tahun asyik berkepit bawah ketiak mamanya sahaja, sekarang nak pergi camping pula. Tak boleh percaya ni.
          “Betullah mama. Boarding school lain. Perkhemahan lain. Perkhemahan tiga hari aje. InsyaAllah Haifa boleh, ma. Shira dengan Farasyiqeen pun nak pergi juga. Tapi diorang tak tanya parents diorang lagi. Ala, mama dengan papa diorang mesti bagi punya. Parents diorang sporting. Mama Haifa pun sporting kan? Ala, boleh ya, ma?”, bersungguh-sungguh Haifa cuba memujuk mamanya. Hati Puan Halida masih meragui. Macam tak yakin aje..
          “Camping ni untuk apa? Dapat faedah apa? Bila ni? Haishh.. betul ke sayang nak pergi ni?”, sungguh, Puan Halida sendiri tidak tahu kenapa perasaannya cukup tidak yakin ingin membenarkan Haifa pergi.
          “Perkhemahan ni terbuka kepada semua pelajar Tingkatan Tiga dan Lima. Tapi tempat dia terhad tiga puluh orang aje. Dua puluh orang pelajar perempuan, sepuluh orang pelajar lelaki. Bayaran cuma dua puluh lima ringgit aje, ma. Cikgu nak borang kebenaran waris selewat-lewatnya lusa. Kami pergi hari Khamis ni sampai hari Ahad. Cikgu kata perkhemahan ni untuk memupuk keyakinan diri dan..”.
          “Haifa bukan dah terlebih yakin ke? Buat apa nak pergi lagi?”, hujah Haifa yang panjang leber cepat-cepat ditangkis Puan Halida.
          “Ma..”, Haifa sudah mencubit paha mamanya. Sememangnya Haifa terlalu ingin menyertai perkhemahan itu sekadar keseronokan bersama rakan-rakannya. Bukan sebab tujuan sebenar perkhemahan itu!
          “Okey..okey. Mana surat kebenaran? Mama nak tandatangan”, akhirnya Puan Halida akur dengan keinginan anak tunggalnya itu. Hati Haifa berbunga riang. Setelah mamanya selesai menurunkan tandatangan, pantas sahaja Haifa menyalami mamanya sebelum masuk tidur. Ada khabar gembira yang ingin di ceritakan kepada Mr. Counselor!

***

          Komputer ribanya yang jelas terserlah dengan warna ungu segera dicapai. Haifa sudah bergolek-golek di atas katilnya yang juga bercadar ungu sementara menunggu laptopnya loading. Lambatlah! Haifa tersenyum riang. Pertama, Facebook! Tangan Haifa tangkas menekan-nekan papan kekunci kamputer ribanya. Dia sudah masuk dalam akaun Facebooknya. Sengaja dia mahu mengongsi keseronokannya ini bersama rakan-rakannya di seluruh dunia.
Kawan-kawan, mama Haifa bagi Haifa pergi camping.. jangan jeolous ya . . !!

          Haifa segera beralih arah. Chatroom! Haifa mencari-cari nama si dia itu. Tak ada pun, mana Mr. Counselor ni? Sudah beberapa hari Haifa tidak bertanya khabar si dia. Rasa rindulah pula! Jelas riak hampa terserlah pada wajah bujur sirih itu. Niat di hati ingin mengongsi berita gembiranya bersama Mr. Counselor. Namun Mr. Counselor tidak kunjung tiba dalam chatlist miliknya itu. Merajuk ke? Apa aku buat? Hampa. Haifa sudah termangu sendirian. Jam tangannya sudah berdetik dua belas kali. Nama si dia masih belum kelihatan dalam senarai chat itu. Malas menunggu lama, segera Haifa menutup suis pengecas bateri laptopnya. Haifa terus merebahkan diri.

***

          Deraian tawa itu menggegarkan segenap pelusuk taman perumahan tersebut. Tiga sekawan itu sudah hilang pertimbangan diri agaknya! Farasyiqeen dan Shira sudah terbiasa dengan rumah teres dua tingkat itu. Dah macam rumah sendiri! Niat mereka bertiga sebenarnya ingin belajar secara berkumpulan, tetapi sudah lebih dua jam buku mereka tertutup rapat. Belum di buka lagi! Pelbagai cerita yang sibuk di bualkan berbanding kerja sekolah yang bertimbun.
        “Kau tahu, muka dia macam beruk hilang anak. Dia turun-turun tengok aku hilang. Mana tidaknya, lesap sekelip mata macam The Flash”, mulut Shira sudah becok menceritakan tentang pelajar lelaki yang di temuinya di perpustakaan tempoh hari. Mukanya merah padam ingin menahan gelak. Terlampau seronok Shira mengenakan pelajar lelaki itu. Padan muka!
          “Apalah kau ni. Kesian dia tau. Manalah tau dia nak minta nombor telefon kau ke, kau ni jual mahal sangat”, Farasyiqeen sengaja mahu mengusik rakannya itu. Walhal dia tahu, lelaki adalah musuh utama Shira!
          “Qeen, mulut kau tu comel sangat kan? Nak aku herotkan mulut kau macam orang kena parkinson ke?”, Shira sudah bangun sambil menyinsing lengan bajunya. Mahu rasa smash pemegang tali pinggang hitam taekwando ni ke?  Cara Shira memang agak ganas, seganas tuan badanlah!
          “Rilex la kawan, be chill”, Haifa muncul bagi menenangkan keadaan yang ‘genting’ itu. Tangannya menatang sejag jus oren bersama makanan ringan untuk ‘tetamu tak diundang’nya itu. Haifa mengambil tempat di antara Farasyiqeen dan Shira. Suasana petang itu agak redup. Tidak seperti kebiasaan hari yang sememangnya panas. Angin lembut menyapa wajah tiga sekawan itu memandangkan rumah Haifa terletak betul-betul di hadapan padang bola sepak.
          “Aku gurau ajelah. Kalau aku sentuh budak ni, tak fasal-fasal kena pancung dengan Encik Fariz. Anak kesayanganlah katakan. Sudahlah, kita minum dulu", tanpa sempat Haifa menjemput rakan-rakannya untuk minum, Shira lebih pantas menerpa.
          Haifa hanya menggeleng memandang Shira sambil tersenyum. Farasyiqeen sekadar mengjungkit bahu. Sememangnya mereka berdua sedia maklum sifat Shira yang ‘gila-gila’ itu. Bukan gila ya! Zaireen Hashira. Namanya menampakkan keayuan, namun realitinya, MasyaAllah! Hanya Tuhan yang mengetahui!
          Mereka semua menikmati makan petang ‘segera’ yang disediakan Haifa. Sekurang-kurangnya kehadiran Farasyiqeen dan Shira menghilangkan kesunyiannya di rumah ini. Sejak kebelakangan ini, mamanya asyik pulang lewat. Pasal ‘client’ dialah tu! Jam tangannya sudah menunjukkan jam 6 petang. Batang hidung mamanya masih belum kelihatan. Makan telur goreng dengan kicap lagilah alamatnya!
          “Pon! Pon!”. Tiga sekawan itu pantas mengalih perhatian pada sebuah kereta Vios hitam yang berada di luar pagar. Kereta Vios semalam! Seorang lelaki yang segak bertuksedo keluar dari perut kereta itu. Segak bergaya! Tapi muka macam layak jadi bapa aku aje! Lelaki itu memberi salam beberapa kali dari luar pagar rumah Haifa. Kepalanya terjenguk-jenguk mengintai ke dalam kawasan rumah Haifa.
          “Orang tua tu buta ke apa? Tak nampak ke budak-budak yang teramat comel dekat sini?”, becok sahaja Shira mengutuk lelaki itu.
         “Aduh!”. Farasyiqeen terus meluku kepala Shira. Kesian pula Shira, menahan kesakitan setelah di luku Farasyiqeen. Namun, tidak di balas pula. Lelaki di luar pagar itu segera mengalih perhatian pada tiga sekawan itu. Senyuman manis segera diukir. Haifa melangkah menuju ke lelaki itu. Sempat lagi Haifa menunjukkan isyarat diam menggunakan jari telunjuknya. Terus sahaja Farasyiqeen menekup mulut Shira. Meronta-ronta budak itu dikerjakakan!
          “Ya, boleh saya bantu?”, Haifa memaniskan wajahnya kepada lelaki yang berkaca mata hitam itu. Lelaki itu terjengah-jengah ke dalam pagar. Nak cari apa? Semacam aje orang ni, nak rompak ke? Takkan pakai tuksedo pun nak merompak? Dunia-dunia..
          “Maafkan pak cik, ya? Puan Halida ada?”, Haifa berhenti daripada mengomel sendirian setelah lelaki di hadapannya bersuara. Lelaki itu turut menanggalkan kaca mata hitamnya. Boleh tahanlah juga. Tapi wajahnya mirip seseorang, siapa ya? Kepala Haifa ligat berfikir mencari gerangan si dia. Hampa. Otak crame!
          “Pak cik ni client mama ya?”, lain yang ditanya, lain yang di jawab. Reaksi lelaki itu agak terkejut ketika mulut Haifa meluncur laju menyebut ‘mama’. Dahinya berkerut-kerut merangka jawapan. Nak tipu macam mamalah tu?
          “A.. ha.. Ya, pak cik client mama adik. Mama ada?”, teragak-agak lelaki itu cuba mengakui. Aku tau kau nak menipu macam mama, kan?
          “Mama tak balik lagi. Mama kata mama ada appointment dekat luar. Dengan mekanik”. Haifa memeluk tubuh. Secepat mungkin mahu memerah otaknya supaya dapat memerangkap client mamanya ini.
          “Huh.. Tak apalah, kirim salam aje dengan mama ya. Assalamualaikum..”, lelaki itu sudah melangkah pergi.
          Tu aje? Belum sempat otaknya diperah, lelaki itu sudah pun lenyap dari pandangannya. Asyik gagal aje. Otak ni dah kosong ke? 
          Haifa mengetuk-ngetuk kepalanya menggunakan hujung jari telunjuknya. Herm.. hampeh! Siapa lelaki itu sebenarnya? Haifa terus ligat berfikir sehingga dia sampai pada rakan-rakannya.   

No comments:

Post a Comment