BAB 2: SIAPA SEBENARNYA DIA?
Zafri
Iskandar sibuk mengemas baju-bajunya. Esok dia akan berangkat ke Gunung Besar
Hantu. Tengok nama pun dah ada rasa gerun. Besar sangat ke hantu kat gunung tu?
Hehe.. Zafri membawa baju-baju dalam kuantiti yang terhad. Sebolehnya dia tidak
mahu memberatkan beg sandangnya agar mudah mendaki gunung itu.
Zafri
memilih-milih baju yang hendak di bawa. Pintu wardrobe besar di tepi katil di
buka luas. Membelek-belek baju-baju yang tidak terkira di dalam almari itu. Cukup
dah ke? Nak kena bawa apa lagi? Zafri
kembali rujuk pada helaian yang diederkan Cikgu Fadzil pagi kelmarin. Cawan
plastik? Cerek?
Zafri menggaru-garu
kepalanya. Kenapa kena bawa cerek? Takkanlah semua orang kena bawa cerek? Erm..
water heater tak boleh ke? Dalam
hutan ada suis tak, hah? Haha.. Zafri sudah loyar buruk sendirian. Helaian di
tangan dilempar ke atas katil. Kakinya laju melangkah pergi untuk ‘mencuri’
cerek di dalam banglo itu. Harap-haraplah ada.
“Dbuk!!’. Zafri sudah jatuh di sisi pintu biliknya. Hentakan kepala pada
pintu bilik yang tiba-tiba ‘terbuka sendiri’ dari luar membuatkannya jatuh
terdorong ke belakang. “Mak ai, sakitnya”, Zafri sudah terasa benjolan di
sebelah kiri dahinya. Macam mana nak pergi camping
kalau cedera parah ni?!
Muka
papanya sudah terjengul di muka pintu. Mulut Zafri masih membebel dengan
benjolan di dahinya. Lantas Encik Zaquan menerpa ke arah anak terunanya itu.
“Ya
Allah, sorry Is. Manalah papa nampak
Is dekat belakang pintu tu. Maaf ya, sayang. Sakit sangat ke?,” Encik Zaquan
sedikit gelabah melihat kesan benjolan yang ketara pada dahi anaknya itu. Kuat
sangat ke aku tolak pintu tu tadi?
“Tak apa papa, tak sakit mana pun. Tapi rasa nak pitam tu adalah,” laju
sahaja Zafri meluncurkan kata-kata. Boleh tanya lagi sakit ke tak? Dah jelas
aku terpelanting seratus meter tadi. Aduh! Terus-terusan Zafri mengomel di
dalam hati.
Tangan Encik Zaquan sibuk membelek kesan benjolan yang semakin membesar.
Sudah sebesar bola golf! “Nak papa buat apa sekarang? Nak bubuh ubat tak? Iodin
nak tak?,” Encik Zaquan sudah berdiri. Bersiap sedia untuk mendapatkan apa yang
patut. Kalau membesar benjol tu, tak handsomelah
anak aku!
“Pa, takkan nak sapu iodin dekat benjol? Mana ada orang buat,” Zafri sudah
merebahkan diri di atas katil setebal lima inci itu. Terasa pusing kepalanya.
Encik Zaquan sudah tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“Habis tu nak bubuh apa? Minyak angin cap kapak boleh?.”
“Suka hati papalah. Tapi selalu orang tuam dengan ais aje, pa,” Zafri
mengiringkan tubuhnya menghadap papanya yang tegak berdiri di muka pintu
biliknya. Berura-ura membuka langkah gayanya. Umur dah 40-an, tapi tak nampak
kedutan pun. Pakai produk apa papa ni? Erm.. Zafri tergaru-garu dagunya tanda
sedang berfikir. Sakit pada benjolan di dahi sudah jauh di lupakan.
“Rif, ambil ais dekat dalam
freezer tu, nak. Bawa kain sekali ya,” Encik Zaquan menjerit dari muka
pintu biliknya.
“Dia dengar tak agaknya ya?,” Encik Zaquan menoleh ke arah Zafri.
Cepat-cepat Iskandar kembali ke alam nyata. “Apa papa?.”
“Rif dengar tak papa panggil dia ni? Dia kat mana, hah?,” Encik Zaquan
mengulangi soalannya tadi. Dia sedar anak terunanya itu sedang jauh berkhayal.
“
Setahu Is, selepas makan malam tadi Rif cepat-cepat ke bilik gelap. Dengan home-theatrelah tu. Nak tengok movie
barulah,” Zafri menjawab acuh tak acuh. Rasa sakit pada benjolan itu kembali
terasa.
“Tak
apalah papa. Biar Is yang ambil. Tapi nanti papa yang tuam. Bayar ganti rugi.” Zafri
bangun lalu mengatur langkah menuruni anak tangga rumah banglo itu. Sebagai
seorang anak, tidak mungkin dia akan membiarkan ayahnya turun naik tangga ke
ruang bilik dua tingkat itu. Kesian pula dekat papa, lagipun dah tua kan..
Encik Zaquan tidak pula membantah. Di biarkan sahaja Zafri mengambil
sendiri ketulan ais dari dalam freezer.
Encik Zaquan mengambil tempat di atas kerusi meja studi yang terletak di
penjuru bilik. Betul-betul di tepi balkoni. Matanya tertancap pada
gambar-gambar yang tersusun rapi di atas permukaan meja itu yang di lapik
lapisan tebal kaca.
Gambar
sewaktu Is berusia dua tahun. Bersama Arwah Aleeya. Dah lima belas tahun Leeya
tinggalkan abang dengan anak-anak. Lama sangat waktu tu Leeya. Jari jemari
Encik Zaquan bermain-main pada permukaan gambar itu. Air matanya jatuh menitis
pantas diseka. Setiap kali dia teringatkan Arwah Aleeya, pasti dia menangis.
Rindu. Rindu pada sang isteri yang bertahun pergi. Pergi jauh.
Encik Zaquan mengalihkan perhatian pada segenap ruang bilik itu. Tampak
luas. Dengan tona warna biru-ungu, citarasa Zafri persis ibunya. Penuh dengan
kelembutan. Encik Zaquan mengambil tempat dia atas katil empuk bercadar tona
biru laut itu. Di henyakkan punggungnya di atas tilam empuk itu. Kepala
menerawang memikirkan kedua-dua orang anak jantannya. Berlainan perwatakan.
Iskandar cukup matang dalam kehidupannya. Zarif pula, ego menggunung tinggi,
kepala keras kalah lapisan kerak bumi! Ikut perangai siapalah tu. Tapi, handsomenya
memang macam papa dialah! Encik Zaquan tersenyum sendiri. Perangai pelik macam
mana pun, dua-dua tetap anak aku. Perlu di jaga, perlu dibelai.
“Amboi,
papa. Senyum sorang-sorang ni, ada yang berkenan di hati ke?”, suara Zafri
mengendurkan senyum perasan papanya. Tangan Zafri menghulurkan sebekas ketulan
ais dan sehelai kain. Encik Zaquan menyambutnya dengan senyuman meleret.
“Kenapa? Is bagi ke papa kahwin lain?”, soalan itu hanya sekadar menduga
anak sulungnya itu. Mana nak tahu, mungkin ini boleh mempercepatkan pertemuan
kedua-dua orang anaknya dengan Halida.
Zafri yang sedang berbaring di sebelah papanya terus ketawa berdekah-dekah.
Dia yang sudah sedia di tuam papanya terus-terusan ketawa tanpa henti. Encik
Zaquan yang turut sama ketawa pada awalnya berhenti ketawa. Ingatkan ketawa
setuju, rupanya ketawa gelakkan aku!
“Umur dah nak jadi warga emas pun ada hati lagi ke, pa?”, Iskandar terus
menyambung tawanya yang masih bersisa. Gatal juga papa aku ni! Hahaha... Mata
Zafri sudah berair akibat terlalu galak mentertawakan papanya.
Encik Zaquan sudah bangun dari duduknya. “Kenapa? Ingat papa ni lekeh
sangat ke sampai tak ada orang yang hendakkan papa? Is jangan pandang rendeh
tau.”, Encik Zaquan sudah menunjukkan gaya macho dengan menegakkan kolar
baju T yang di pakainya. Kemudian, Encik Zaquan menghadap cermin dinding dan
membetulkan gaya rambutnya yang serabut itu. Sengaja dia membuat rambut gaya
ikan jerung. Pacak tinggi! Nampak muda tak? Encik Zaquan mengangkat kening dua
kali.
Iskandar terus menyambung gelaknya lagi. Papanya benar-benar sudah
meroyan! Encik Zaquan bercekak pinggang melihat reaksi anak sulungnya itu. Dia
mengecilkan matanya buat tanda menahan marah. Pintu bilik di kuak kuat dari
luar. Tawa Iskandar terus terhenti. Zarif bercekak pinggang sambil mengetap
bibir. Alamak, Big Boss dah marah!
“Abang
tak reti senyap ke, hah? Gelak sampai nak pecah anak tekak! Apa yang lawak
sangat tu? Jiran selang sepuluh buah banglo lagi pun boleh dengar suara abang,
apatah lagi Rif dekat tingkat tiga ni aje!”, suara bagaikan halilintar itu
memecahkan kemesraan dua beranak tadi.
Amboi, hiperbolanya ngutuk suara aku! Zafri cuba mengawal perasaan. Lima
belas tahun tinggal sebumbung dengan ‘si kecil’ ini mengajarnya erti sabar.
Iskandar banyak bersabar dengan kerenah adiknya. Papanya di toleh sekilas.
Senyuman terukir manis tanda under control. Iskandar memaut bahu adiknya
yang masih kaku berdiri di depan muka pintu.
“Rif
nak tahu, betapa gatalnya papa Rif ni. Tengoklah tu, ada hati nak jadi muda.
Dia kata nak kahwin lagi! Perempuan manalah yang malang sangat tu”, Iskandar
kembali ketawa. Zarif di sisi buat muka sebal. Tak faham bahasa sungguh dia ni.
Dah la gelak betul-betul dekat sebelah eardrum aku! Mata Zarif tertancap
pula pada figura papanya. Buang tabiat apa orang tua ni!
“Kalau kau nak gelak sorang-sorang, kau gelaklah sampai subuh esok
sekalipun aku tak heran! Yang aku baran sekarang, suara kau yang macam cerek tu
kalah sound system home-theatre tu. Kau tak reti nak senyap ke, hah?
Lantaklah kat kau, nak melalak sampai bila pun. Tapi bagi aku baik kau diam
sebelum aku cabut anak tekak kau!”, kata-kata Zarif sememangnya mengguris hati
Zafri dan Encik Zaquan. Terus Zarif menghilangkan diri mendaki tingkat tiga
banglo itu.
Itu
lumrah dalam rumah ini. Encik Zaquan tahu Zarif menjadi seperti ini kerana
kurang perhatiannya. Malah, sejak dilahirkan lagi Zarif tidak mendapat kasih
sayang dan belaian seorang ibu. Itu natijahnya. Abang? Iskandar tidak pernah di
layan seperti seorang abang lagi semenjak Zarif berubah menjadi liar seperti
itu.
Zaman kanak-kanak, memang mereka rapat. Dialah adik, dialah teman. Namun
semenjak nenek meninggal dunia, Zarif mula tunjuk taring. Bergaduh, kaki buli,
ponteng kelas itu salah laku biasa bagi Zarif. Kerap kali Encik Zaquan di
panggil pihak pentadbiran atas salah laku anak bongsunya itu. Sehinggalah Zarif
di buang sekolah dan terpaksa bersekolah di sekolah aliran biasa. Iskandar
turut terkena tempias! Di sebabkan Encik Zaquan membuat keputusan untuk
berhijrah ke Kuala Lumpur dari Johor Bharu, terpaksa jugalah Iskandar bertukar
sekolah.
Salah
Encik Zaquan juga, terlalu taksub mengejar meterialistik sehingga lupakan
kebajikan anak-anaknya. Dalam penghijrahan mereka sekeluarga kali ini, Encik
Zaquan mengimpikan satu perubahan dalam situasi mereka anak-beranak. Dan Encik
Zaquan berharap, udara segar di bumi Sekolah Bandar Mahkota mampu mengubah diri
Zarif. Mungkin juga ada seseorang yang bakal mengubahnya. Mana tahu?
“Is
jangan ambil hati sangat perangai Zarif tu. Faham-faham ajelah ya”, Encik
Zaquan memujuk Iskandar yang ternyata sudah menduga tindakan satu-satunya adik
yang dia punya.
Iskandar tersenyum segaris. “Tak apa, papa. Dah biasa”. Ringkas. Namun
di hati hanya Allah Yang Maha Mengetahui betapa sakit hatinya.
“Kita dekat mana tadi? Is gelakkan papa sebab apa, ya?”, Encik Zaquan
cuba membangkitkan suasana ceria tadi sebelum di serang ‘bom atom’ oleh zero
fighter dari bibir Zarif. Iskandar tersenyum lagi. Biar dia nampak tenang
di mata papa, kerana dia tidak mahu menambah beban papanya lagi. Huh..
Iskandar terus berlalu keluar sambil menatang bekas yang terisi ketulan
ais. Niat mahu menuam benjolan di dahinya di matikan sahaja.
“Is
nak bawa pergi mana tu? Papa belum tuam lagikan benjol tu?”.
“Dah cair pun pa. Nanti susut la benjol ni. It’s okey, papa. Lagipun Is
nak siapkan barang-barang lagi untuk esok”, seraya itu Iskandar mengenyitkan sebelah
matanya.
Senyuman segaris terukir. Iskandar berlalu pergi dengan hati yang
bengkak. Kenapalah Rif jadi macam ni, dik? Bilalah kegembiraan kita dahulu akan
terbit kembali? Bila Zarif?!
Huh. Encik Zaquan menghela nafas. Bilalah aku nak bahagia, Ya Allah?
“Is, papa pergi dulu, ya? Is siapkanlah apa yang patut. Esok pagi papa hantar
pergi sekolah?”.
Jawapan Iskandar hanya di jawab dengan anggukkan. Terus anak tangga
banglo tingga tingkat itu dituruni. Encik Zaquan menghantar langkah pergi Zafri
sehingga tidak kelihatan lagi bayang Zafri di korena matanya.
Huh,
sekali lagi dia mengeluh.
***
Berpusu-pusu
kereta keluar masuk dari perkarangan Sekolah Bandar Mahkota. Kereta Toyota Vios
itu bersilisihan dengan sebuah Toyata Camry hitam metalik. Pandangan kedua-dua
pemandu kereta jenis Toyota tersebut menghala ke tempat lain. Terbelalak mata
Encik Zaquan melihat si pemandu Toyota Camry. Aduh, dia buat-buat tak nampak
pula.
“Papa tengok siapa tu?,” Zafri di sebelah mengutarakan persoalan.
Papanya di sebelah dikalih sebentar. Segak bergaya. Bertuksedo hitam dengan
padanan tali leher berwarna hitam berbelang biru cukup menarik. Memang kacak!
“Perempuan tu, dah tau papa nak masuk dia pun mengada nak keluar juga.
Bukan nak bagi laluan dekat papa pun. Papa juga yang kena mengalah,” Encik
Zaquan bijak mereka cerita palsu.
Apa
aku kisah, asalkan tak terkantoi!
Encik Zaquan tersengih. “Nasib baiklah papa ni jenis yang gentleman,
kan?.” Encik Zaquan angkat kening dua kali pula.
“Masuk bakul angkat sendiri nampak? Ala papa, mak cik tu nak cepat pergi
kerjalah tu. Bukan macam papa, boss besar dekat syarikat tu. Boleh keluar masuk
suka hati aje,” Zafri membalas sambil mengangkat kening dua kali. Tiru gaya
papanya. Tangannya ligat memeriksa barang-barang yang berapa dalam bag packnya.
“Is, walaupun papa boss besar dekat company
tu, papa kena ikut company policy juga. Punctuality is the soul of business.
Macam mana nak maju sesebuah syarikat tu kalau boss dia sendiri pun tak
berdisiplin. You get it, boy?,” senyuman manis dilempar. Rambut kepala
anaknya diusap.
“Papa, rosaklah rambut Is. Kan dah tak terpacak”, Zafri memuncungkan
bibirnya. Tangannya pantas membetulkan postur tegak rambutnya kembali.
Pertanyaan papanya di biarkan berlalu.
Rambut di dahulukan, papa di ketepikan! Siapa suruh cari fasal?!
Kereta Toyota Vios itu memakirkan kereta di tempat menunggu pelajar.
Encik Zaquan dapat menangkap kelibat mata-mata pelajar perempuan yang sedang
menunggu di sekitar tempat menunggu itu asyik mencuri pandang anaknya. Ada
banyak peminat rupanya. Lagi advance daripada papa dia nampak.
“Semua barang dah ada? Jangan sampai dekat atas puncak nanti baru nak
telefon papa pula”.
“Insya-Allah semua ada. Rasanya tak ada yang tertinggal”, Zafri menghulurkan
tangan untuk menyalami papanya. Encik Zaquan menyambut huluran tangan anaknya.
Sebelah lagi tangannya menggosok-gosok rambut pacak anaknya itu. Encik Zaquan
terjelir lidah.
“Papa!”.
“Tak
mahu kawan papa”.
Zafri turun dari perut kereta papanya. Zafri menggalas backpacknya.
Sempat lagi dia membalas jeliran lidah papanya. Encik Zaquan membalas dengan
kenyitan mata kanannya. Kerenah dua beranak ini sentiasa begitu. Namun,
acapkali di rosakkan boss besar di rumah banglo itu. Siapa lagi, Zarif
Ilhamlah!
No comments:
Post a Comment