15.05
Awan mendung berarak laju. Tanda-tanda hujan bakal turun membasahi bumi.
Aku menyandarkan badan ke kerusi. Sungguh, kenyang perut! Ika yang duduk di depanku pun begitu. Kami baru usia menikmati makan tengah hari bersama di Learning Station. Nasi putih bersama dua ketul paha ayam goreng bersama kuah kicap menjadi pembuka selera kami. Aku dan Aida keluar sebentar tadi membeli lauk itu di restoran mamak depan sekolah. Memang menjadi 'port' panas pelajar sekolah di kawasan itu. Kalau tidak pelajar Badlishah, pelajar SMKK dan SMK Tungku Panglima Besar pun turut serta. Tetapi sewaktu aku dan Aida menjejak kaki ke restoran itu, masih lengang. Mungkin kebanyakan pelajar belum pulang dari sekolah. Memandangkan kami pun keluar setengah jam dari awal! Jahatkan kami ni? Jangan tiru aksi kami di sekolah. Bukan apa, aku dan Aida bersama-sama menyelesaikan tugas terakhir di sekolah. Sijil Berhenti Sekolah! Apabila usai segalanya, tiada kerja lagi yang boleh dilakukan selain lepak di perpustakaan! Hehe..
Erm, berbalik kepda Ika. Sebenarnya, aku cuba menunaikan hasrat terakhir rakan baikku ini. Katanya, kalau boleh dia mahu meluangkan waktu makan tengah hari bersamaku. Tambahnya lagi, "Aina, kalaulah ada sehari kita berdating dua orang nak tak? Kita makan tengah hari ke."
Terharu. Satu perkataan yang boleh aku gambarkan waktu Ika menyuarakan pendapatnya itu. Dan hari ini, aku tunaikannya. Sebagai satu tanda ikhlas hatiku menghargainya sebagai seorang sahabat baik. Dan lagi satu, katanya, "Aina, kalau dekat Hulu Aina tu ada orang nama Ika juga, suruh dia tukar nama dia. Kalau nama dia Syafiqah, panggil dia Syafiq ke, Fifi ke, Fiq ke, apa-apa ajelah. Asalkan bukan Ika. Sebab Ika aje satu-satunya kawan Aina yang nama Ika. Tau."
Dia bukan melawak okey. Dia serius. And I take it serious. Segalanya demi seorang sahabat, Ika.
Seorang lagi sahabatku, Aida. Nurul Aida Asyiqin binti Mohamad A'Azizan. Antara kawan yang rapat dengan aku. Cukup memahami perasaan orang. Aku happy ke, aku sedih ke, mesti aku nampak muka dia aje. Sebab dia ni jenis kawan 'susah senang bersama'. Susah nak cari kawan macam ni. Aku bersyukur sangat sebab di pertemukan dengan manusia macam ni. Kalau boleh tak nak terpisah langsung dengan dia. Nak buat macam mana, dia akan membawa haluan ke MRSM Baling, aku pula ke MRSM Pengkalan Hulu. Tak apa, waktu outing boleh pergi pekan Baling jumpa dia. Satu ja masalah dia ni, kalau orang nangis mesti dia nak nangis juga. Over lah dia ni kan? Hehe.. Aida kalau hang baca, jangan marah ya!
Okey. Kembali pada cerita kami makan tengah hari tadi.
Sambil-sambil makan tu, Aida ada snap beberapa gambar adegan romantik aku dan Ika. Apa lagi, kami pun berposing dengan tulang ayam tu. Waktu nak makan tu pula, ada seorang makhluk Allah ni panggil dari laluan berbumbung. Dengan tangan yang masih ada nasi yang melekat, aku pun meluru dekat dia. Nak tau siapa dia ni? Nanti aku bagi tau. Hehe..
Aku bersandar di satu tiang. Dia bersandar di satu tiang lain. Dia diam aje. Aku pun diam ajelah. Nak cakap apa lagi? Dia yang panggil aku, dialah yang kena cakap dulu kan ?
"Err.. err.. aku nak cakap apa, hah?", makhluk tu bersuara.
Dia boleh tanya aku? Aku diam aje. Sesekali aku angkat muka tengok muka dia. Takut-takut rindu pula nanti tak tengok muka dia. Erm..
"Acap nak pergi dah...", jari lurusnya terus pada susuk tubuh Asyraf Radzi, yang sedang menyarung kasut sekolahnya di depan surau antara rakan kami yang turut bertukar sekolah. Acap dapat tawaran ke SMS Syed Syeh Shahabuddin.
"Aida bila nak keluar asrama pula?", ada sedu di hujung ayatnya.
"Sabtu ni". Hanya itu jawapanku. Sebenarnya aku sedang menahan air mata dari terus mengalir.
"Oh, hang hari last kan?".
Anggukkan menjadi jawapan.
"Hang dekat sana jangan lupa aku tau. Dok sana elok-elok. Doakan aku dapat juga nanti", nasihatnya kepadaku.
Aku angkat muka lagi. "Okey. Hang pun jaga diri dekat sini. Aku doakan hang dapat second intake nanti. Harap dapat Pengkalan Hulu la ya?".
Aku cuba mengukir senyuman. Baru aku sedar, matanya bergenang. Tiba-tiba, setitis jatuh. Segera di seka dengan tangannya. Aku mengetap bibir. Alamak, aku salah cakap ke?
"Wei.. jangan buat aku camni. Ala..", aku sudah bengong di situ hendak memujuk. Apa boleh buat?
Sambil-sambil tu, ada sekumpulan budak junior aspura sibuk meng'usha' kami dekat situ. Tidak terkecuali, Aida yang sibuk snap gambar-gambar hot kami ni. Hot? Tak hot kot. Suam-suam kuku ja. Jarak kami jauh okey!
Air matanya terus mengalir. Dan di samping itu juga dia terus cuba menyeka manik jernih itu.
Aku masih berdiri kaku, memandangnya sambil mengetap bibir. Takut tengok budak lelaki nangis!
"Tak apala. Hang pergilah sambung makan dengan Ika".
"Eh, tak apalah. Biarlah Ika makan sorang-sorang. Takkan hang nak pesan dekat aku satu ayat ja?".
"Tak apalah. Aku tak tau nak kata apa. Aku tunggu Fitri nak pergi makan ni", suaranya tersekat-sekat. Sambil menundukkan muka, dia menyeka lagi air matanya yang terus mengalir. Acap kali ada senior yang lalu, mesti dia tunduk. Dan aku, hanya melemparkan senyuman manis kepada mereka. Even though depa buat muka pelik tengok aku dengan makhluk ni, biar ajelah.
Figura di depanku ini sudah beransur tenang. Manik jernih sudah tidak kelihatan lagi. Sekadar hidungnya yang merah dan matanya yang sedikit sembab.
~To Be Continued~
No comments:
Post a Comment