15.05
Awan mendung berarak laju. Tanda-tanda hujan bakal turun membasahi bumi.
Aku menyandarkan badan ke kerusi. Sungguh, kenyang perut! Ika yang duduk di depanku pun begitu. Kami baru usia menikmati makan tengah hari bersama di Learning Station. Nasi putih bersama dua ketul paha ayam goreng bersama kuah kicap menjadi pembuka selera kami. Aku dan Aida keluar sebentar tadi membeli lauk itu di restoran mamak depan sekolah. Memang menjadi 'port' panas pelajar sekolah di kawasan itu. Kalau tidak pelajar Badlishah, pelajar SMKK dan SMK Tungku Panglima Besar pun turut serta. Tetapi sewaktu aku dan Aida menjejak kaki ke restoran itu, masih lengang. Mungkin kebanyakan pelajar belum pulang dari sekolah. Memandangkan kami pun keluar setengah jam dari awal! Jahatkan kami ni? Jangan tiru aksi kami di sekolah. Bukan apa, aku dan Aida bersama-sama menyelesaikan tugas terakhir di sekolah. Sijil Berhenti Sekolah! Apabila usai segalanya, tiada kerja lagi yang boleh dilakukan selain lepak di perpustakaan! Hehe..
Erm, berbalik kepda Ika. Sebenarnya, aku cuba menunaikan hasrat terakhir rakan baikku ini. Katanya, kalau boleh dia mahu meluangkan waktu makan tengah hari bersamaku. Tambahnya lagi, "Aina, kalaulah ada sehari kita berdating dua orang nak tak? Kita makan tengah hari ke."
Terharu. Satu perkataan yang boleh aku gambarkan waktu Ika menyuarakan pendapatnya itu. Dan hari ini, aku tunaikannya. Sebagai satu tanda ikhlas hatiku menghargainya sebagai seorang sahabat baik. Dan lagi satu, katanya, "Aina, kalau dekat Hulu Aina tu ada orang nama Ika juga, suruh dia tukar nama dia. Kalau nama dia Syafiqah, panggil dia Syafiq ke, Fifi ke, Fiq ke, apa-apa ajelah. Asalkan bukan Ika. Sebab Ika aje satu-satunya kawan Aina yang nama Ika. Tau."
Dia bukan melawak okey. Dia serius. And I take it serious. Segalanya demi seorang sahabat, Ika.
Seorang lagi sahabatku, Aida. Nurul Aida Asyiqin binti Mohamad A'Azizan. Antara kawan yang rapat dengan aku. Cukup memahami perasaan orang. Aku happy ke, aku sedih ke, mesti aku nampak muka dia aje. Sebab dia ni jenis kawan 'susah senang bersama'. Susah nak cari kawan macam ni. Aku bersyukur sangat sebab di pertemukan dengan manusia macam ni. Kalau boleh tak nak terpisah langsung dengan dia. Nak buat macam mana, dia akan membawa haluan ke MRSM Baling, aku pula ke MRSM Pengkalan Hulu. Tak apa, waktu outing boleh pergi pekan Baling jumpa dia. Satu ja masalah dia ni, kalau orang nangis mesti dia nak nangis juga. Over lah dia ni kan? Hehe.. Aida kalau hang baca, jangan marah ya!
Okey. Kembali pada cerita kami makan tengah hari tadi.
Sambil-sambil makan tu, Aida ada snap beberapa gambar adegan romantik aku dan Ika. Apa lagi, kami pun berposing dengan tulang ayam tu. Waktu nak makan tu pula, ada seorang makhluk Allah ni panggil dari laluan berbumbung. Dengan tangan yang masih ada nasi yang melekat, aku pun meluru dekat dia. Nak tau siapa dia ni? Nanti aku bagi tau. Hehe..
Aku bersandar di satu tiang. Dia bersandar di satu tiang lain. Dia diam aje. Aku pun diam ajelah. Nak cakap apa lagi? Dia yang panggil aku, dialah yang kena cakap dulu kan ?
"Err.. err.. aku nak cakap apa, hah?", makhluk tu bersuara.
Dia boleh tanya aku? Aku diam aje. Sesekali aku angkat muka tengok muka dia. Takut-takut rindu pula nanti tak tengok muka dia. Erm..
"Acap nak pergi dah...", jari lurusnya terus pada susuk tubuh Asyraf Radzi, yang sedang menyarung kasut sekolahnya di depan surau antara rakan kami yang turut bertukar sekolah. Acap dapat tawaran ke SMS Syed Syeh Shahabuddin.
"Aida bila nak keluar asrama pula?", ada sedu di hujung ayatnya.
"Sabtu ni". Hanya itu jawapanku. Sebenarnya aku sedang menahan air mata dari terus mengalir.
"Oh, hang hari last kan?".
Anggukkan menjadi jawapan.
"Hang dekat sana jangan lupa aku tau. Dok sana elok-elok. Doakan aku dapat juga nanti", nasihatnya kepadaku.
Aku angkat muka lagi. "Okey. Hang pun jaga diri dekat sini. Aku doakan hang dapat second intake nanti. Harap dapat Pengkalan Hulu la ya?".
Aku cuba mengukir senyuman. Baru aku sedar, matanya bergenang. Tiba-tiba, setitis jatuh. Segera di seka dengan tangannya. Aku mengetap bibir. Alamak, aku salah cakap ke?
"Wei.. jangan buat aku camni. Ala..", aku sudah bengong di situ hendak memujuk. Apa boleh buat?
Sambil-sambil tu, ada sekumpulan budak junior aspura sibuk meng'usha' kami dekat situ. Tidak terkecuali, Aida yang sibuk snap gambar-gambar hot kami ni. Hot? Tak hot kot. Suam-suam kuku ja. Jarak kami jauh okey!
Air matanya terus mengalir. Dan di samping itu juga dia terus cuba menyeka manik jernih itu.
Aku masih berdiri kaku, memandangnya sambil mengetap bibir. Takut tengok budak lelaki nangis!
"Tak apala. Hang pergilah sambung makan dengan Ika".
"Eh, tak apalah. Biarlah Ika makan sorang-sorang. Takkan hang nak pesan dekat aku satu ayat ja?".
"Tak apalah. Aku tak tau nak kata apa. Aku tunggu Fitri nak pergi makan ni", suaranya tersekat-sekat. Sambil menundukkan muka, dia menyeka lagi air matanya yang terus mengalir. Acap kali ada senior yang lalu, mesti dia tunduk. Dan aku, hanya melemparkan senyuman manis kepada mereka. Even though depa buat muka pelik tengok aku dengan makhluk ni, biar ajelah.
Figura di depanku ini sudah beransur tenang. Manik jernih sudah tidak kelihatan lagi. Sekadar hidungnya yang merah dan matanya yang sedikit sembab.
~To Be Continued~
Monday, 30 January 2012
Sunday, 29 January 2012
Selamat tinggal kawan . . !!
20.49
Papan kekunci ini ditekan laju. Sebenarnya berat dah kepala ni sebab ngantuk sangat. Tapi gagahkan diri juga. Bukan apa, satgi AJL ! HahahaXD. Okey, be serious! Sebenarnya ada lagi sepuluh hari sebelum tapak kaki aku ni bakal meninggalkan kesan di ruang tamu rumah. MRSM Pengkalan Hulu dah menyeru nama aku ni. Aku pun dah terbayang-bayang kehidupan dekat sana. Hati cuba di tekad memandangkan aku pun pernah duduk asrama juga dekat Badlishah. Cuma mesti jadualnya jauh berbeza. Semestinya lebih tekad, lebih berundang-undang, lebih terpelihara, lebih tergesa-gesa, lebih pening dan lebih HURU-HARA! ^.^!
OKEY! Tadi pagi dah siap sikit-sikit apa yang patut di bawa nanti. Lepas minta kebenaran pulang awal dari Papa Zaini, aku terus straight pergi klinik buat medical check-up. Then, singgah Happy Home beli gayung dan penyepit baju. Yang lain dah ada guna tahun lepas punya. Nak cerita pengalaman menyakitkan hati abg Happy Home yang ternga-nga depan aku ni. Nak di jadikan cerita la, aku masuk sambil tertunduk-tunduk sebab, sebab! Aku pakai baju sekolah dan masa tu baru pukul 12.00! Budak sekolah rendah pun tak balik lagi tau! Kaki pun terus terpa dekat barang-barang plastik. Tangan capi penyepit baju. Mata melilau cari gayung. Pusing punya pusing punya pusing, tak jumpa-jumpa juga! Tiba-tiba, ada seorang abang hensem ni merangkap pekerja Happy Home tu datang dekat. Ops! Jangan dekat. Jangan dekat la 0oi! Aku nak lari dah sebab tak ada orang lain dekat situ tapi kaki macam melekat aje dekat tile tu (ke aku yang hegeh tak mau lari).
"Ya adik. Nak cari apa?", abang tu tanya.
"Er.. er.. nak beli gayung. Gayung ada tak."
"Gayung?" muka abang tu dah berkerut. Muka aku lagi la berkerut. Apa hal kau kerut-kerut dekat aku, hah?!
"Yalah, gayung. Gayung", tangan aku menunjukkan isyarat mencedok air. Macam orang gila juga aku cuba yakinkan dia.
"Hah? Apa benda gayung tu?". Astaghfirullahalazim.. kau tak tahu ke gayung tu apa? Makhluk apa hang ni?
"Er.. er.. apa orang sini cakap. Cebok ya?", baru otak aku teringat bahasa orang kedah ni. Mama selalu ingatkan jangan tersasul cakap Kl selalu dengan orang. Tak ramai orang tahu.
"Oh, cebok ka? Cebok dekat sana dik. Awat tak habaq awai-awai tadi. Buat orang ternganga-nganga pulak."
Hello! Aku dah habaq dekat hang dari tadi okey! Hang yang tak faham tau tak!
Aku ketap bibir rapat. Lepas tu baru aku senyum sedikit. "Terima kasih ya. Tak nampak tadi."
Then, aku hayun kaki pergi kaunter, bayar dan terus berambus. Lintas jalan pula pergi kedai Kodak ambil gambar. Kakak Chinese tu terpaksa ambil gambar aku dua kali sebab kepala aku senget. Yang kali kedua pun tetap senget! Pahal la kau buat pasal dengan aku kepala comel 0oi?! Kakak Chinese tu terpaksa proceed juga sebab ramai lagi nak ambil gambar. Dah la aku nak 12 keping pula tu. Dengan nak touch up lagi. Mesti lama.
Lepas habis semua tu, baru aku balik. Sampai rumah Mama dah siap makanan. Apa lagi sembat arr! HahahaXD
Huh! Okey. Sebenarnya jauh di lubuk hati ni aku rindu sesangat. Rindu pada kawan-kawan. Yang bakal pindah lusa nanti. Rindu pada kawan-kawan yang akan di tinggalkan. Rindu pada si dia yang buat bodoh aje dekat aku tadi. Rindu pada cikgu-cikgu yang menabur budi. Huhu..
Wish a happy good luck dekat kawan-kawan semua. Dekat mana pun kita belajar, environment dekat Badlishah takkan sama dengan tempat lain. Pengkalan Hulu pun tak tentu lagi. Tadi jumpa Papa Zaini dia gelakkan aku! Dapat hulu. Tapi lepas-lepas tu dia nasihat la sikit-sikit. Aku buat-buat dengar aje. HahaXD
Tak pa. Esok boleh minta nasihat lagi dekat Papa. Bukan apa, tadi serius kalu sangat. Jadual pack sesangat.
Harap faham. Lagi satu nak cerita, monitor kelas aku tu. Kureng asam jawa betul! Geram sangat! Boleh perli aku lagi tu dalam hari-hari last aku ni. "Hang dok minta maaf dekat aku pasai pa? Minta maaf dekat satu kelas tu. Asyik kacau kedamaiaan hidup orang aje hang ni!"
GGGrrr.. MOHD FAEZMIRUL ZABIDI! Jaga hang esok. Aku cincang buat sup daging arr!
Huhuhu.. Jahat-jahat dia pun monitor aku juga. Biar lah. Erm, nk story apa lagi ya?
Ha! Kawan-kawan aku yang bakal pindah antara lain Nurina Izzati, Noorfarhanim, Aida Asyiqin, Zulhelmi dan Asyraf Radzi. Zulfazli on the way. Kesian pula bila kenang masalah dia. Bukan apa, aku pernah alami apa dia alami sekarang. Sama macam masa aku Form 1. Beria-ria sangat nak pergi SMS Kubang Pasu. Tapi abah kegawatan ekonomi masa tu. Tempat abah kerja muflis. Aku pun muflis sekali.. Kesian kan?? Kan ??
Tak apalah Zul, aku doakan terbaik untuk hang. Mungkin jodoh hang dekat Badlishah kan?
Okelah, mata nak tumpu dekat TV pula. AJL ni. Tiga tahun tak tengok tau. Alang-alang nak pergi MRSM dah nanti.. manfaatkan segala peluang!
Oke, good nights buddy! Assalamualaikum..
Papan kekunci ini ditekan laju. Sebenarnya berat dah kepala ni sebab ngantuk sangat. Tapi gagahkan diri juga. Bukan apa, satgi AJL ! HahahaXD. Okey, be serious! Sebenarnya ada lagi sepuluh hari sebelum tapak kaki aku ni bakal meninggalkan kesan di ruang tamu rumah. MRSM Pengkalan Hulu dah menyeru nama aku ni. Aku pun dah terbayang-bayang kehidupan dekat sana. Hati cuba di tekad memandangkan aku pun pernah duduk asrama juga dekat Badlishah. Cuma mesti jadualnya jauh berbeza. Semestinya lebih tekad, lebih berundang-undang, lebih terpelihara, lebih tergesa-gesa, lebih pening dan lebih HURU-HARA! ^.^!
OKEY! Tadi pagi dah siap sikit-sikit apa yang patut di bawa nanti. Lepas minta kebenaran pulang awal dari Papa Zaini, aku terus straight pergi klinik buat medical check-up. Then, singgah Happy Home beli gayung dan penyepit baju. Yang lain dah ada guna tahun lepas punya. Nak cerita pengalaman menyakitkan hati abg Happy Home yang ternga-nga depan aku ni. Nak di jadikan cerita la, aku masuk sambil tertunduk-tunduk sebab, sebab! Aku pakai baju sekolah dan masa tu baru pukul 12.00! Budak sekolah rendah pun tak balik lagi tau! Kaki pun terus terpa dekat barang-barang plastik. Tangan capi penyepit baju. Mata melilau cari gayung. Pusing punya pusing punya pusing, tak jumpa-jumpa juga! Tiba-tiba, ada seorang abang hensem ni merangkap pekerja Happy Home tu datang dekat. Ops! Jangan dekat. Jangan dekat la 0oi! Aku nak lari dah sebab tak ada orang lain dekat situ tapi kaki macam melekat aje dekat tile tu (ke aku yang hegeh tak mau lari).
"Ya adik. Nak cari apa?", abang tu tanya.
"Er.. er.. nak beli gayung. Gayung ada tak."
"Gayung?" muka abang tu dah berkerut. Muka aku lagi la berkerut. Apa hal kau kerut-kerut dekat aku, hah?!
"Yalah, gayung. Gayung", tangan aku menunjukkan isyarat mencedok air. Macam orang gila juga aku cuba yakinkan dia.
"Hah? Apa benda gayung tu?". Astaghfirullahalazim.. kau tak tahu ke gayung tu apa? Makhluk apa hang ni?
"Er.. er.. apa orang sini cakap. Cebok ya?", baru otak aku teringat bahasa orang kedah ni. Mama selalu ingatkan jangan tersasul cakap Kl selalu dengan orang. Tak ramai orang tahu.
"Oh, cebok ka? Cebok dekat sana dik. Awat tak habaq awai-awai tadi. Buat orang ternganga-nganga pulak."
Hello! Aku dah habaq dekat hang dari tadi okey! Hang yang tak faham tau tak!
Aku ketap bibir rapat. Lepas tu baru aku senyum sedikit. "Terima kasih ya. Tak nampak tadi."
Then, aku hayun kaki pergi kaunter, bayar dan terus berambus. Lintas jalan pula pergi kedai Kodak ambil gambar. Kakak Chinese tu terpaksa ambil gambar aku dua kali sebab kepala aku senget. Yang kali kedua pun tetap senget! Pahal la kau buat pasal dengan aku kepala comel 0oi?! Kakak Chinese tu terpaksa proceed juga sebab ramai lagi nak ambil gambar. Dah la aku nak 12 keping pula tu. Dengan nak touch up lagi. Mesti lama.
Lepas habis semua tu, baru aku balik. Sampai rumah Mama dah siap makanan. Apa lagi sembat arr! HahahaXD
Huh! Okey. Sebenarnya jauh di lubuk hati ni aku rindu sesangat. Rindu pada kawan-kawan. Yang bakal pindah lusa nanti. Rindu pada kawan-kawan yang akan di tinggalkan. Rindu pada si dia yang buat bodoh aje dekat aku tadi. Rindu pada cikgu-cikgu yang menabur budi. Huhu..
Wish a happy good luck dekat kawan-kawan semua. Dekat mana pun kita belajar, environment dekat Badlishah takkan sama dengan tempat lain. Pengkalan Hulu pun tak tentu lagi. Tadi jumpa Papa Zaini dia gelakkan aku! Dapat hulu. Tapi lepas-lepas tu dia nasihat la sikit-sikit. Aku buat-buat dengar aje. HahaXD
Tak pa. Esok boleh minta nasihat lagi dekat Papa. Bukan apa, tadi serius kalu sangat. Jadual pack sesangat.
Harap faham. Lagi satu nak cerita, monitor kelas aku tu. Kureng asam jawa betul! Geram sangat! Boleh perli aku lagi tu dalam hari-hari last aku ni. "Hang dok minta maaf dekat aku pasai pa? Minta maaf dekat satu kelas tu. Asyik kacau kedamaiaan hidup orang aje hang ni!"
GGGrrr.. MOHD FAEZMIRUL ZABIDI! Jaga hang esok. Aku cincang buat sup daging arr!
Huhuhu.. Jahat-jahat dia pun monitor aku juga. Biar lah. Erm, nk story apa lagi ya?
Ha! Kawan-kawan aku yang bakal pindah antara lain Nurina Izzati, Noorfarhanim, Aida Asyiqin, Zulhelmi dan Asyraf Radzi. Zulfazli on the way. Kesian pula bila kenang masalah dia. Bukan apa, aku pernah alami apa dia alami sekarang. Sama macam masa aku Form 1. Beria-ria sangat nak pergi SMS Kubang Pasu. Tapi abah kegawatan ekonomi masa tu. Tempat abah kerja muflis. Aku pun muflis sekali.. Kesian kan?? Kan ??
Tak apalah Zul, aku doakan terbaik untuk hang. Mungkin jodoh hang dekat Badlishah kan?
Okelah, mata nak tumpu dekat TV pula. AJL ni. Tiga tahun tak tengok tau. Alang-alang nak pergi MRSM dah nanti.. manfaatkan segala peluang!
Oke, good nights buddy! Assalamualaikum..
Sunday, 8 January 2012
Hyeunja Harina:Part III
Haifa
sudah tidak senang duduk. Jam dinding sudah berdetik sembilan kali. Batang
hidung mama masih tidak kelihatan. Selalunya mama akan beritahu andainya dia
balik lewat. Tapi kali ini tidak. Telefon tidak, mesej pun tidak. Panggilan
yang dibuat pula masuk dalam voice mail box. Aku dahlah takut duduk seorang-seorang
dalam rumah ni. Mama pula buat hal. Hatinya tidak senang, takut-takut ada
sesuatu yang buruk berlaku kepada mama. Kena rompak ke, kemalangan ke,
entah-entah kena... Nauzubillah. Apa yang aku merepek ni? Bunyi deruman enjin
di luar pagar sedikit-sebanyak melegakan hati Haifa. Namun, bunyi enjin itu
agak berlainan daripada deruman enjin Toyota Camry mama tu.
Haifa
terhendap di balik langsir. Pelik, kenapa mama tak bawa kereta dia sendiri?
Mana kereta mama? Dahlah balik dengan siapa tu? Lelaki? Tak pernah-pernah mama
balik dengan lelaki asing. Ni mesti ada apa-apa.
“Assalamualaikum..” Daun pintu rumah teres dua tingkat itu ditolak Puan
Halida. Tersenyum melihat anak gadisnya itu sedang khusyuk membaca novel.
Buat-buat aje tu. Padahal tadi menyibuk hendap ke luar tingkap. Haifa pantas
berdiri dan menyalami mamanya. Segera di capai tas tangan dan brief case
mamanya.
“Anak mama tak tidur lagi?” Soalan itu
hanya dijawab dengan gelengan. Mulut Haifa sudah tergam rapat tanda protes. Tak
pernah-pernah dia buat perangai macam ni. Kenapa pula? Puan Halida mengambil
tempat di sisi anak tunggalnya itu. Dialah buah hati pengarang jantungnya.
“Kenapa
anak mama ni? Ada masalah ke, sayang?” Soal Puan Halida sambil mengelus lembut
anak rambut Haifa. Haifa yang membatu. Matanya masih terpaku pada pembacaannya
itu. Dibiarkan soalan yang di tanya mamanya berlalu begitu sahaja.
“Tak
pernah-pernah anak mama buat perangai macam ni? Cakaplah.. ,” kali ini Puan
Halida menarik dagu Haifa agar matanya dapat menatap bebola mata Haifa yang
berwarna coklat. Mewarisi dari bapanya.
“Tengoklah
phone mama.” Segera Puan Halida membuka tas tangan dan mencapai telefon
bimbitnya. Terbeliak mata Puan Halida. 85 panggilan tidak di jawab, 57 mesej tidak
dibalas! Semuanya daripada Haifa. Puan Halida kembali menatap wajah bujur sirih
anaknya itu. Muncung mulut Haifa kalah ikan todak! Puan Halida mengukir
senyuman.
“Maaflah sayang. Bateri lemah. Tu yang mama off terus phone mama
tu. Mama memang nak call Haifa, tapi tak boleh nak buat macam mana..”
Sebenarnya, dia tidak mahu langsung menerima sebarang panggilan tadi termasuk
daripada Haifa sendiri. Tetapi, tidak sangka begitu risau anak gadisnya itu
kepadanya.
“Telefon
awam kan ada? Kenapa tak guna? Kalau macam tu baik tak payah kerajaan buat
telefon awam banyak-banyak kalau tak mahu guna. Bazir duit aje. Lepas tu, jadi
habuan vandelisme.” Haifa membidas dengan wajah yang mencuka. Alasan tak
relevan!
Puan Halida ketawa kecil. “Haifa buat lawak ke? Tak kan seorang arkitek
tersohor di Kuala Lumpur ni nak guna telefon awam? Tak rasionallah..” Kata-kata
itu di susuli tawa yang meledak Puan Halida. Adoi, bangga pula mama aku ni!
“Tak
berdosa pun kan kalau guna pun? Tak masuk neraka kan?” Sinis kata-katanya.
Terpaku Puan Halida dibuatnya. Anak gadisnya benar-benar marah nampaknya.
“Okey
Haifa. I admit those're my fault. Janganlah muncung dekat mama macam ni.
Tak comel dah muka Haifa. Sekarang Haifa nak mama buat apa sebagai denda mama
balik lewat? Cakap aje..” Puan Halida sudah melentokkan kepalanya di bahu
Haifa. Suaranya pun segera di lunakkan bagi mendinginkan suhu tinggi Haifa.
Perangai
panas baran yang sememangnya di warisi daripada dirinya sendiri. Banyak perkara
yang di warisi daripada dirinya berbanding ayah Haifa. Perangai, perwatakan
sememangnya mewarisi daripada dirinya. Namun, wajah dan otak geliga Haifa sudah
tentu daripada bapa Haifa. Bapa Haifa memang bijak, pemilik sebuah syarikat perkapalan
yang terkemuka di Malaysia. Tubir mata Puan Halida sudah mengalirkan air dingin
tatkala teringatkan suaminya itu. Segera diseka air mata itu takut di lihat
Haifa.
Fikiran Haifa ligat memikirkan denda yang sewajarnya di terima mama.
Siapa suruh balik lewat? Sudah termaktub dalam enakmen undang-undang rumah itu
sesiapa yang pulang lewat tanpa memberitahu kepada satu sama lain, akan di
denda. Memang layak pun mama kena. Hehehe..
“Masak.”
Rasanya itu yang paling rasional memandangkan cacing di dalam perutnya sudah
makin rancak menari.
Dahi
Puan Halida sudah berkerut. Kenapa kena masak?
“Yalah,
mama tau tak Haifa tak makan lagi ni? Kesian dekat perut Haifa ni, nyanyi lagu
keroncong dah lama dah. Dahlah tengah hari tadi Haifa tak makan sebab balik
lewat. Sarapan tak sempat makan. Haifa dah macam puasa terlebih waktu tau,”
makin panjang mulut Haifa memuncung. Geram sahaja Puan Halida melihat muncung
Haifa, mahu sahaja di potong muncungnya itu. Bukan main lagi rajuknya itu.
“Okey.
Tapi Haifa kena tolong mama?”
“Tolong apa?” Ragu-ragu Haifa menyoal.
Takkan nak suruh Haifa yang masak, Haifa mana pandai memasak!
“Urut
mama dulu. Lepas tu, mama pergi mandi. Then, baru mama masak. Badan mama
sakit-sakitlah. Tadi pergi tengok site. Lenguh sangat ni. Boleh ya,
sayang?” Puan Halida sudah merebahkan kepalanya di atas sofa yang empuk. Haifa
pantas mengurut bahu mamanya. Kesian mama, penat bekerja sampai malam
semata-mata mereka dua beranak. Puan Halida memejam rapat matanya. Asyik dia diurut
anak kesayangannya itu. Urat-urat sendinya terasa longgar sekarang.
***
Puan
Halida menuruni tangga dengan pantas. Pasti Haifa sedang menantinya. Segera dia
mendekati Haifa yang tekun memotong sayur-sayuran. Terus dia mengucup ubun-ubun
anak gadisnya itu. Terkejut dia melihat lobak merah yang dipotong Haifa. Dah
macam togeh! Haifa memotong lobak merah itu terlalu halus. Hancur dibuatnya.
Namun, disimpan sahaja riak terkejutnya itu takut memanjang pula rajuk Haifa.
Puan Halida mencari-cari sesuatu yang boleh di masak bersama lobak merah Haifa
itu. Ada ayam, sayur sawi, cili, bawang, halia.. Masak sup ayam sajalah. Tekun
dua beranak itu memasak di dapur. Masing-masing menyiapkan tugas sendiri.
“Mama balik dengan siapa tadi?’ Soalan yang
ingin ditanya dari tadi kepada mamanya akhirnya terkeluar juga. Selagi tidak di
tanya, makin runsing otaknya ligat berfikir gerangan lelaki itu. Kawan mama ke,
bakal papa ke, boss mama ke, macam-macam terlintas dibenak fikirannya.
Puan
Halida menelan air liur. Haifa nampak ke aku balik dengan dia ke? Puas otaknya
mencari-cari orang yang sesuai dijadikan mangsa penipuannya. Tak mungkin dia
akan berlaku jujur dalam hal ini. Terbongkar pula semuanya nanti. Er.. er..
“Tu
client mamalah. Mama pergi dinner dengan dia sebab nak bincang dengan
dia tentang projek baru syarikat. Kebetulan kereta mama rosak, dia nak tolong
mama. Dia hantar mama balik. Kereta mama masuk workshop. Mahu tak mahu
tumpang naik dengan dia, tapi terpaksa juga. Kan dah malam, mama takut tak
dapat teksi pula nanti.” Puan Halida puas dengan tipu helahnya. Moga-moga Haifa
percaya. tapi fasal kereta rosak tu betul tau. Orangnya saja yang tak betul.
“Mama,
setahu Haifa tiada polisi mana-mana syarikat pun yang membenarkan stafnya
bekerja di luar waktu pejabat. Paling kurang pun sampai pukul tujuh. Tapi itu
tak termasuk dengan janji temu di luar pejabat. Tak tahulah pula Syarikat
Indera Maju buat polisi macam tu dekat staf-stafnya. Kesian dekat mama. Lagi
satu, bukan ke mama ada nombor Pak Mat? Teksi tetap mama tu. Kalau mama telefon
dia, dia boleh datang ambil mama kan?” Selamba sahaja Haifa membangkang
kata-kata mamanya itu. Nak kelentong Haifa ya? Otak Haifa malam-malam macam nilah
dia ligat berfikir, ma. Don't you know that my dearest, mama?
“Syarikat mama tu lain,
Haifa. Dia bagai due date sesuatu projek tu, kita sendiri kena bijak
urus masa yang ada. Diorang cuma nak tahu projek tu beres. Kesian dekat mama
kan? Mama dah telefon Pak Mat, kebetulan anak dia sakit. Dia tak boleh ambil
mama. Esok mama tak tau macam mana. Kereta dah masuk workshop. Pandai-pandailah
mama esok,” sungguh bijak arkitek itu memanipulasi fakta. Siap meraih simpati
lagi. Hehehe.. kau nak kata apa lagi, Haifa? Nak bidas mama lagi?
“Boss
mama tu memang tak ada akal kan? Tak jaga kebajikan staf langsung. Kesian pula
tengok mama ni. Kalau Haifa jadi boss la nanti, Haifa takkan buat macam tu
dekat staf Haifa. Habis tu, bila due date projek baru mama tu?” Akhirnya
Haifa pasrah dengan mamanya itu. Tapi jangan ingat mama akan terlepas. Watch
out, mama! Tangan Haifa ligat menyusun pinggan di atas meja makan. Puan
Halida juga sibuk mengacau sup ayam di dalam periuk itu.
“Bagus anak mama ni. Kalau Haifa jadi boss, Haifa jangan buat macam tu
ya. Kesian pula staf Haifa nanti kan? Mama kena siapkan projek tu sebelum..
sebelum.. 28 Januari ni. Nanti awal bulan Februari dah nak mula pembinaan,”
ketika itu masing-masing sudah mengambil tempat di tempat duduk masing-masing.
Berkepul-kepul asap keluar dari mangkuk yang terisi sup ayam itu. Hari ni makan
sup aje. Dah macam orang sakit pula.
“Perbincangan
mama tu dah siap ke belum? Tak kan tak cukup tiga jam tu?” Nada Haifa ternyata
sinis buat mamanya. Haifa sudah merangka perangkap buat mamanya.
“Belum
sayang. Tak sempat rasanya tadi. Lagipun, orang tu datang lewat. Mama pula nak
cepat balik. Kepala ni asyik teringat dekat Haifa aje.” Tangan Puan Halida
sempat mencuit dagu Haifa.
“Mama,
hari ni sudah 29 Januari tau mama. 1 Februari lagi tiga hari aje. Sempat ke
mama nak hand up projek tu nanti?” Terkedu dia mendengar kata-kata Haifa
yang penuh lagak selamba itu. Haifa mengangkat kening dua kali. Mata Puan
Halida segera meliar mencari kalendar. Ya Allah, betullah! Puan Halida sudah
menelan liur. Alasan apa lagi aku nak buat ni? Aduh, susah juga kalau anak dah
terlebih pandai.
“Mama
lupa pula nak buat air. Kita minum jus ajelah ya? Sekejap mama ambil dekat peti
sejuk ya,” segera Puan Halida menukar topik. Tidak mahu dia terus-menerus
diasak dengan soalan-soalan kontroversi anaknya itu. Haifa sudah tersenyum
sinis melihat kelibat mamanya yang menghilang masuk ke dapur. Kan dah kena. Nak
tipu Haifa lagi? Haifa Harina bukan sebarangan orang tau. Hahaha...
***
Haifa membelek-belek minit mesyuarat yang
lepas. Terlalu banyak kesilapan ejaan. Itu tidak termasuk lagi dengan bahagian
perbentangan usul. Usul yang di kemukakan Adham tentang pelajar yang disyaki
merokok di belakang tandas pelajar lelaki tiada! Sudahlah itu isu penting yang
ingin di bentang kepada Cikgu Fadzil.
Kalau tak ada, macam mana nak bentang? Adham disisi sedang khusyuk
mencatat sesuatu di dalam buku notanya. Ahli Jawatankuasa Badan Disiplin dan
Pengawas yang lain juga khusyuk meneliti minit mesyuarat yang lepas. Haifa
berdiri tanpa di suruh.
“Afiqah!
Macam mana awak buat kerja, hah? Banyak sangat kesalahan ejaan. Usul hyang
dikemukakan Adham pun tak ada. Macam mana kami nak bentang kepada Cikgu
Fadzil?” Kesabarannya yang dipelihara selama dua hari ini mencapai tahap
maksima. Kalau Mr. Counselor tahu mesti kena marah. Semua ahli
jawatankuasa terkejut dengan suara Haifa yang nyaring memecah hening Bilik
Mesyuarat itu. Adham di sebelah juga terkejut. Pen di tangannya juga sudah
terpelanting hilang entah ke mana.
Segera minit mesyuarat di hadapannya di capai. Kaca mata diangkat sedikit. Mencari-cari
bahagian yang dikatakan Haifa tadi.
Afiqah sudah membuat muka jelik. Geram dengan tindakan Haifa yang cuba
mencabarnya. Adham sudah menarik kerusi menyuruh Haifa duduk kembali. Haifa
merengus kasar. Haifa membisik-bisik sesuatu kepada Adham. Makin meluat Afiqah
dibuatnya. Segera Afiqah berdiri. Mahu menegakkan benang yang basah!
“Hei,
saya tulis guna komputer tau. Biasalah tu kalau ada kesalahan ejaan. Typing
error is common thing okey! Yang awak nak marah-marah dekat saya ni
kenapa?”
“I
can admit that. Tapi macam mana dengan usul merokok tu? Awak nak kata apa
lagi? Tiba-tiba saja tangan awak tertekan delete masa awak tengah taip usul
Adham waktu tu. Macam tu?” Geram sungguh Haifa dengan tindakan Afiqah. Nak
bela lagi tu, padahal sudah terang lagi bersuluh salah dia. Afiqah bagai cacing
kepanasan. Apa lagi yang perlu dikatakan bagi membuktikan yang dia ‘tidak’
bersalah. Afiqah sudah memberi jelingan maut kepada Haifa. Adham sudah cuak.
Petikaman lidah antara Haifa dan Afiqah sudah memuncak. Setiap kali mesyuarat
mesti macam ni! Aduh..
“Haifa! Afiqah! Duduk sekarang!” Adham sudah menggunakan kuasa vetonya
untuk mententeramkan keadaan. Haifa sudah kembali duduk. Cuma Afiqah yang masih
tegak berdiri sambil memeluk tubuh. Adham sudah naik geram dengan tindak-tanduk
Afiqah yang degil. Masalah betullah budak ni! Aku sepupu kau sekali pun, tak
bermakna kau boleh buat macam ni!
“Afiqah!
Awak nak saya buat apa lagi sampai awak
boleh duduk? Atau awak nak saya halau awak terus?!”. Adham bijak membezakan
perihal keluarga dan tugas. Andai berada di luar sekolah, Adham biasa diri dipanggil
‘Abang Am’ apabila berbual bersama Afiqah. Namun, jarang juga Adham berbual
dengan Afiqah. Malaslah!
Segera Afiqah duduk di tempatnya. Takut dengan
ugutan Adham. Bukan boleh main dengan si Adham ni. Sekejap-sekejap angin dia
baik, sekejap-sekejap boleh jadi taufan pula.
“Tolong
bersikap profesional sikit boleh tak? Kita semua ni pengawas, malah pengawas
yang dilantik bagi menerajui BDP tahun ni. Satu badan yang paling berpengaruh di Sekolah Bandar Mahkota ni. Kita
ni contoh kepada pelajar lain, tapi kita sendiri pun tak layak jadi contoh.
Jadi pemimpin. Apa-apa masalah kita bincang. Itulah gunanya mesyuarat yang saya
jalankan setiap bulan ni. Faham? Sekarang, apa masalahnya, Haifa?”, panjang
lebar Adham memberi nasihat kepada semua anak-anak buahnya itu. Sememangnya dia
mahukan yang terbaik dalam pentadbirannya tahun ini. Sebagai Ketua Pelajar, itu
memang tanggungjawabnya. Haifa di sisi segera di toleh.
Haifa memberikan senyuman manis kepada Adham. Segera di buka helai demi
helai minit mesyuarat di tangannya.
“Maafkan
saya atas keterlanjuran saya tadi. Saya cuma ingin mencari kepastian tentang
minit mesyuarat ini. Semua boleh buka bahagian usul pada helaian 11.” Semua
ahli mesyuarat membuka halaman seperti yang dinyatakan oleh Haifa.
“
Satu kemusykilan, di mana usul yang di kemukakan Adham berhubung pelajar
Tingkatan Lima yang merokok di belakang tandas? Padahal, kita semua maklum usul
itu memang penting sebab kita dah sebulat suara hendak membentangkan usul itu
kepada Cikgu Fadzil? Habis sekarang macam mana? Dah lah banyak sangat typing
error. Longkang jadi lengkong? Kita nak pastikan longkang yang tersumbat di
selenggara ke lengkong yang tersumbat diselenggara? Awak semua tak pelik ke?
Itu belum lagi dengan pokok bonzai jadi pokok bohsia!” Seraya itu seluruh ahli
jawatankuasa BDP ketawa berdekah-dekah.
Mesyuarat
yang tadinya sepi setelah di tegur Adham menjadi gamat seketika. Adham turut
sama gelak. Afiqah sahaja yang masih masam mencuka. Mana tidaknya, kena batang
hidung sendiri!
Afiqah sudah panas pinggul. Seraya dia berdiri untuk membela diri.
Namun, niatnya di halang apabila Adham mahu bersuara. Mahu tak mahu, Afiqah
terpaksa duduk semula. “Memang apa yang dikatakan Haifa itu benar. Saya baru
sedar terlalu banyak kesilapan yang dilakukan Setiausaha BDP kita kali ini.
Afiqah, saya mahu awak buat semula minit mesyuarat kali ini. Kalau boleh saya
nak cepat. Minggu depan saya, Haifa dan Sara hendak bentangkan usul itu kepada
Cikgu Fadzil. Hujung minggu ini pastikan minit mesyuarat yang baru tu dapat
pada tangan saya atau Haifa. Boleh?”
Afiqah mengangguk lemah. Dia perlu akur
dengan kehendak ketuanya itu.
‘Habis
rosak plan aku! Siap kau Haifa, aku tak kan biarkan kau hidup aman!’ Afiqah
sudah menyimpan dendam terhadap Haifa. Mesyuarat tengah hari itu tamat setelah
dua jam bersidang. Adham sempat mengusik Afiqah tentang minit mesyuaratnya itu.
Berderai tawa para pengawas itu sekali lagi.
***
Haifa
mengemas barang-barangnya yang berselerak di atas meja. Fail-fail Badan
Disiplin dan Pengawas juga di susun sekali lagi sebelum di hantar ke Bilik
Gerakan Pengawas. Farasyiqeen sudah menghilangkan diri ke tandas. Tinggal Haifa
serta Adham sahaja yang masih setia menanti Haifa mengemas barang-barangnya.
“Haifa, tunggu sekejap.” Adham bergegas mengunci pintu Bilik Mesyuarat
untuk mengejar Haifa. ‘Susah-susah aku tunggu dia, selamba aje dia tinggalkan
aku.’ Adham berleter sendirian sambil berlari anak mendapatkan Haifa. Haifa
sudah mengah menunggu si Adham itu. Lembab! Dahlah aku ni macam mengandung
sembilan bulan. Bukan main berat lagi fail-fail ni.
“Boleh
saya tolong awak? Berat ni..” Akhirnya ‘pergi’ juga beban Haifa itu. Haifa
segera memberi kesemua fai-fail tersebut kepada Adham. Dah baik hati sangat,
angkatlah semua. Adham berlagak macho mengangkat fail-fail yang berat itu.
Mereka berjalan beriringan menuju ke Bilik Gerakan Pengawas.
“Haifa,
saya ingat kes merokok tu saya nak serahkan kepada awak. Bolehkan?” Adham
memecahkan sunyi sewaktu mereka sudah bergerak keluar dari Bilik Gerakan
Pengawas itu.
“Kenapa
pula? Sara kan ada? Lagipun jawatan dia lebih tinggi daripada saya. Nanti apa
pula dia cakap.” Haifa bingung dengan kehendak Adham kali ini. Haifa tidak
pernah diberi kes-kes yang ‘berprofil tinggi’ seperti itu. Kes merokok kali ini
dikatakan mempunyai kaitan dengan Syahir, anak kepada Yang Dipertua PIBG tahun
ini. Mesti dia akan gunakan segala kuasa vetonya untuk membela anaknya itu.
“Sara
dan saya sendiri sudah mempunyai kes-kes yang belum diselesaikan. Haifa jangan
risau, si Timbalan Ketua Pengawas pertama itu takkan kata apa-apa. Dia sendiri
sudah beritahu saya dia tak mahu turut serta dalam kes merokok itu. Sebab tu
dia tak turun mesyuarat kali ni. Demamlah konon. Tolong Haifa, awak seorang
saja harapan saya,” sengaja Adham merayu-rayu kepada Haifa. Dia sendiri tidak
mahu memegang kes merokok itu memandangkan Syahir punyai pengaruh yang kuat di
sekolah itu. Adham tidak mahu mencari masalah.
Haifa sudah memikirkan risiko sekiranya dia bersetuju dengan permintaan
Adham itu. Risikonya memang tinggi. Apakan daya, ini memang risiko yang patut
di ambil setelah dia bersetuju menyandang jawatan Timbalan Ketua Pengawas kedua
setelah Sara. Haifa mengangguk tanda setuju. Adham tersenyum seronok. Hilang
satu masalahnya.
“Nanti
saya bagi tahu Haifa kalau Cikgu Fadzil setuju. Benda ni kena minta persetujuan
cikgu dulu. Okeylah ya, saya balik dulu. Assalamualaikum..” Adham sudah
menghilang bersama motorsikalnya.
Adham
memang berkaliber, namun Haifa juga tahu Adham tidak berani apabila berdepan
dengan masalah seperti itu. Lebih-lebih lagi melibatkan Syahir. Nasib baik aku
ada, kalau tak nak harapkan siapa lagi? Afiqah? Jangan harap!
Haifa
mengatur langkah menuju ke tempat letak basikal. Farasyiqeen sudah lama setia
menunggunya di situ. Kesian pula Haifa melihat Farasyiqeen menunggu sendirian
di situ. Segera dia berlari-lari anak mendapatkan rakan baiknya itu.
“Amboi,
bukan main lagi menyembang dengan cik abang dia tu. Kawan sendiri di lupakan
ya,” sengaja Farasyiqeen mengusik rakan baiknya itu. Memang Haifa agak akrab
dengan Adham memandangkan mereka selalu bersama menyiapkan agenda BDP.
“Banyaklah kau. Dah jom balik. Aku tinggalkan kau nanti baru tau.” Haifa
sudah mengayuh basikalnya meninggalkan Farasyiqeen yang masih tersengih-sengih.
Segera Farasyiqeen mengayuh laju mahu memintas Haifa.
“Hei, tunggu lah!”
Subscribe to:
Posts (Atom)