Wednesday, 14 November 2012

Selamat tinggal kawanku II ~

Kesinambungan entry Selamat tinggal kawanku I ~

After days pass by days, aku tak sure macam mana aku boler 'ter'BFF dengan dia. Seriously, aku tak sedar langsung macam mana aku boleh rapat dan terima dia dalam hidup aku. Pada hal sebelum tu bukan main lagi aku maki hamun dia walau pun dia buat muka 'derk' ja dekat aku.

Hari berlalu pantas. Every sweet and sour moments kami lalui bersama. Dalam banyak-banyak sweet, lagi banyak sour. Tak aku sangka, kisah silam dia sungguh perit. Perit macam mana ya? Dia sebenarnya gengster maktab. Banyak kali dah keluar masuk JDM. Apa hangpa rasa bila tau BFF kita sebenarnya macam tu? Absolutely aku terkejut plus beruk !

Aku cuba menerima hakikat tu. Lagipun aku dengar semua kisah silam dia ni dari mulut orang lain. Actually, musuh ketat dia sendiri. Nak buat macam mana, dah aku 'ter'kawan dengan musuh dia tu. Asyik 'TER' ja. . Ngeh Ngeh Ngeh . .

Bila aku tanya dia, dia mengamuk. Dan tu saat paling sedih. Dia hangin gila dengan aku sebab aku tekad tak mau bagitau identiti manusia yang cerita pasal semua kisah silam dia tu. Dia marah gila aku backup mamat tu. Dia kata siapa sekarang kawan aku. Dia ka mamat tu. Huh! First time aku tengok. Muka dia yang putih jadi kemerahan dah. Tangan dia banyak kali menumbuk meja dengan pintu sebelah aku. Seriously, aku takut. Classmates yang lain memang tak mampu buat apa-apa. Sebab budak-budak lama dah faham sangat perangai dia bila dia marah. Semua yang masuk campur mesti makan penumbuk arr. Ni dugaan paling besar. Aku kecut perut dekat situ. Aku nangis. Dia geram, blah pastu tendang dinding. Kuat juga bunyi dia.

Aku terus menangis, dan menangis. Aku takut dia pi terkam sesiapa ka, pi bagi satu das, dua das kat muka anak orang ka. . Ya Allah, tu semua salah aku ! Kenapa aku terima dia dalam hidup aku ? Kenapa terima dia jadi BFF aku ? Andai ja aku tahu . . Mungkin ada hikmah. Kan ?

Untung, classmates aku caring. Depa pujuk gila aku. Presiden memang ketua yang aku sayang gila. Aku nangis ja mesti dia mai. Macam tau-tau ja.Tapi, sungguh presiden aku ni comel. Macam orang Korea. Cuma dia 'sihat' sikit macam Shin-Dong, SuJu tu. Pape je la . .

Tiba-tiba, Izzat masuk. Dia tengok aku sekilas, pastu blah. Dia duduk kat tempat duduk dia. Tak lama lepas tu, Mr. Yun masuk. Dia ni Ketua warden. Memandangkan aku duduk kat tepi pintu depan, terus dia kalih tengok aku yang dengan mata merah berair.Tapi, dia buat bodoh ja, paham kot budak-budak baru ni tengah homesick kan. Nasib dia tak kata apa-apa.

Tapi, masa dia keluar dia sempat kata, "Take a look to your other friends. Kalau tak, tak lama la tu. . ". Okey fine, dia nampak mata aku. Arrggghhh. .   dia tu la Daddy aq. Nanti dia report dekat Mummy Rohani aku lagu mana?? ( Cikgu Rohani bini Mr. Yun, mak homeroom aku . . ) Lantak ar, comment thing la budak baru dok sedeih-sedih ni kan. Homesick~

Dua tiga hari jugak la dia tak cakap dengan aku. Sampailah satu hari. .

"Sorry, aku tak terniat".

Tak terniat, bapak arr Izzat. Tabik spring arr. Dah hang tendang itu ini, tumbuk itu ini, memang tak TERniat la tu?? Untuk meredakan ketegangan aku terpaksa balas, "Tak apa, bukan salah hang. Salah aku." Hahahahaha. .  dalam hati berbakul-bakul aku maki.

"Memang salah hang pun, sapa suruh backup mamat tu?", Izzat balas balik.

Amboi, salahkan aku pula. Untung aku ni sayang nyawa tau, tau la juga nak jaga mulut ni. Ikutkan hati mati hang kena nuklear aku wei.

 "Dah ar Izzat. Malas nak gaduh-gaduh. Hang ni memang, suka seksa aku macam-macam. Kata befriend forever la. Tengok sapa  yang buat aku nangis dulu?", aku luahkan semua.

Ambik hang ! Rasa puas sikit.

 "Kata sudah dah. Dia yang mengungkit. Tengok tu," Izzat senyum tengok aku dok ajuk balik dia cakap.

 "Nangis macam mati suami, tengok tu mata sembab. Buruk!". Wah, sedap hang mengata ! "Izzat!".

"Hahahahaha. . ", berderai gelak kami berdua.

Seriously, kadang-kadang aku rasa Izzat ada masalah kecelaruan identiti. Sekejap panas, sat ja dia sejuk balik. Mcam specific heat capacity of water. Easy to hot, easy to cools down. Bak kata Cikgu Jasmi ar. Izzat, persahabatan yang terjalin dari sebuah pergaduhan. Persahabatan yang aku tak pernah sangka.

Kami di duga dengan macam-macam. Di tuduh kapel dan nama aku jadi buah mulut rakan-rakan batch Form 4. Entah la macam mana boleh timbul isu tu, ramai yang tanya hubungan kami. Bila aku kata kawan, buat muka suspicious pula. Dah tu hangpa nak aku kata apa lagi?? Nak suruh mengaku kapel?? Tunggu kiamat ar, sebab aku takkan buat benda macam tu, okey! Izzat cuba redakan keadaan, pergi explain dekat budak ex-mrsm sebab yang buat cerita semua ni, depa arr. Annoyed person ! Tapi alhamdulillah, benda ni tak sampai ke mana-mana cikgu.

Izzat dan aku bertambah rapat masa Activity Week. Dan saat tu juga aku kehilangan dia. Dia buat kes, dan aku tak mampu buat apa-apa. Dia kena buang maktab. Itu yang pasti. Aku ingat lagi petang sebelum majlis penutup, ahli 405 diminta berkumpul di kelas. Dalam keadaan hujan lebat, aku tunggu dekat kelas. Tapi tak ada orang pun. Yang ada cuma aku, beberapa orang lelaki dan Amirah. Aku lepak dekat kelas. Budak-budak laki dekat luar. Amirah mula-mula ada. Pastu hilang. Dan saat dia hilang pun aku tak sedar sebab dia tak bagi tahu.

Tiba-tiba, "Aina". Aku rindu suara tu. Aku pusing belakang, "Izzat!".

"Wei, apa dah jadi? Naim kata. . "

"Betullah apa Naim kata tu. Aku kena buang. Nak buat macam mana kan. . ". Izzat boleh lagi buat muka badak depan aku dengan tangan sedap makan keropok lekor. "Nah ambik ni. Kata nak guna malam ni". Izzat hulurkan kain samping dia. Aku kena pakai tu untuk persembahan malam ni.

"Apa hang buat? Hang dah lupa janji hang kat aku?", mata aku dah berair.

"Sorry wei. Tak terkawal masa tu. .  Dia memang cabar aku. Mana aku tak angin. . " , Izzat teruskan cerita dia. Aku pun teruskan drama air mata.

"Bodoh! Cuba kawal. Tengok apa dah jadi", aku menangis lagi.

"Aku tau salah aku. Benda dah jadi Aina. . ". Ish, bengnag pula aku dengan mamat ni. "Dah la Aina. Aku pun tak tentu lagi kena buang terus ke tak. Masih dalam pertimbangan. Tapi, lebih cenderung kena buang ar. Doakan aku ya".

"Aku benci hang!". Muktamad.

Izzat senyum. Senyuman pertama yang nyaris buat aku tergoda. "Nak keropok lekor? Aku tau hang ni kalau sogok makanan sikit terus okay. Hehehehe. . ".

"Banyak la hang. Aku bunuh jugak kang!". Aku mendengus. "Malam ni hang ada tak?"

"Tak, aku tak dibenarkan ikut aktiviti maktab. tapi aku akan ada dalam dewan la. Cuma tak boleh buat persembahan".

"Tak apalah. Jumpa malam ni arr. Lagipun dah pukul 6. Nak kena siap-siap solat Maghrib pula. Haih. .  " Aku baru sedar pukul  6. Dan aku baru sedar tak ada sesiapa dekat situ melainkan aku dan Izzat. Budak-budak laki tadi pun tak ada. Mak ai ! Mampus !

Aku jatuh terduduk. Nangis. Izzat cuak. Mau tak cuak, kalau kena tangkap memang kena gantung ar! Aku terperangkap !!

Izzat mencangkung depan aku. Cuba pujuk, kalau mampu la. "Wei, diam lah. Hang nak kena tangkap ke? Cepatlah wei. "

"Lap air mata tu". Izzat bawa aku sampai dekat depan tangga. "Lap air matanya. Nak orang nampak ke?", Izzat agak tegas nadanya. Aku pun lap ar. Tapi dok mengalir juga air mata ni. takut punya pasai. .

"Aku turun dulu, sepuluh minit lepas aku blah baru hang turun. Kalau turun sekali nanti kena tangkap pula". Aku bagi arahan.

  "Tap. Tap. Tap".

Aku berdiri tegak. Ya Allah! Cikgu !

To Be Continued~



Monday, 9 April 2012

Badlishan VS Highlanderz !

Saya bangga menjadi warga Badlishah !
Saya bangga menjadi warga Badishah !
Saya ulang,
Saya bangga menjadi warga Badlishah !

Aku benci di lempar ke PH. Walaupun kami berlima di lempar ke PH, apa gunanya kalau tak ada geng asrama aku kat sana. Aida, Azwa, Ika, Ain, Alyya, Teyn, Dayah, Dzariz, Munirah !

Cuma, satu kepastian . Surrounding di PH tersangatlah baik. Orang-orang kat sana okey-okey ja . Mana nak cari satu tempat yang semuanya baik kan ? Orang kat PH dengan Badlishah sama ja . Cuma, meh aku cerita dugaan minggu pertama P&P selepas seminggu orientasi.

Hari pertama okey ja . Cikgu masuk cuma buat sesi perkenalan. Kebetulan petang tu ada perjumpaan Homeroom. Aku Homeroom Rohani . Seriously janggal sebab tak kenal siapa-siapa pun. Tertekan la juga. Sesi perkenalan bersama ahli homeroom. Aku cuba buat mesra dalam homeroom, tapi nampaknya hampeh. Aku tak berjaya cubaan pertama. Dan aku tekad, sebegini selamanya. maafkan aku ahli Homeroom Rohani!

Dalam kelas, bertambahlah perit. Jadi Bendahari kena cop mata duitan. Wei, tu duit hangpa okey, bukan duit aku. Cubalah jaga sikit perasaan aku ni. memanglah aku senyum juga bila hangpa kata macam tu, tapi jauh di sudut hati hangpa tau apa aku rasa? Heh!

Dekat PH ni, tak sampai sebulan duduk dah macam-macam panggilan aku dapat ; Angry bird, Hulk, Materialistik and what so ever !

Kalau dekat Badlishah satu ja panggilan Aina. Tu ja. Tak ada yang berani bagi kata ganti nama keempat dekat aku. Kalau ada tu memang mahluk Allah tu sengaja tempah keranda arr! Badlishah pun banyak achivement. Baru-baru ni Debat Bahasa Melayu menang peringkat Negeri. Bakal mewakili Kedah ke peringkat kebangsaa. Boleh bayangkan tak keterujaan tu? Badlishah memang top arr! Belum lagi Pertandingan Kawad. Lagi mahsyur Badlishah seantero dunia.

Bahagiakah aku di PH? Terus-terang 50-50. Aku di PH masih di peringkat penyesuaian. Classmates and roomates banyak membantu. Bodoh juga rasanya membandingkan SMK Sultan Badlishah dan MRSM Pengkalan HUuu. Dua-dua bagiku terbaik. Sebab manusia terbaik sahaja boleh masuk kedua-dua institusi ni. Apa-apa pun, Badlishah banyak membantu untuk aku sampai menjejak kaki di PH.

Berada di PH bukan kemahuan aku. Kehendak abah. Aku tak sanggup musnahkan harapan abah tengok anak dia masuk MRSM. Kak dengan Abang Cak dah terlepas. Aimi pula dah sah-sah tak mau duduk asrama. Beban tu pada bahu aku. Beban? Aku tak rasa tu beban. Ia lebih kepada amanah abah dan mama untuk tengok aku berjaya. Mungkin di PH tempatku.

By the way, terima kasih warga Badlishah yang sudi menerima kehadiran saya di sini. Tiga tahun di sana banyak mengajar aku erti sebenar persahabtan, satu bentuk kepimpinan atas dasar amanah. Terima kasih!

MRSM PH, aku baru dua bulan di sini. Izinkan lagi diri ini meneroka dirimu. Takdir aku sekarang bersama hang. So, bagi aku ruang dan peluang menjadi seorang Highlanderz. Bukan aku menolak takdir, cuma beri aku satu kesempatan untuk menyesuaikan diri. Boleh kan? Aku sayang hangpa!

Namun, semakn hari menarik tabir, aku semakin jelas nampak kemesraan di sini. Aku bahagia. PH sekarang ada di hati. Bukan bermaksud membuang Badlishah selamanya, tapi life's goes on. Aku takkan berpatah balik. Apa nak jadi, jadi arr! Homesick ni akan aku buang jauh-jauh.  Hatiku milikmu, PH!

Selamat tinggal kawanku I ~


Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Ok dah memang
Bukan mudah untuk ku menerima hakikat
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat
Apa yang ku harapkan
Kasih sayang yang suci murni
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi
Dulu hari-hari ku berwarna warni
Kini kian mendung
Ia tinggal satu memori
Jangan jangan lepaskan genggamanku ini
Hidupku hanya bermakna jika kau di sini
Mana janji mana erti
Kenapa gembiraku kini menjadi sepi
Musnah segala apa yang ku impikan
Tetapi ku tetap tabah
Kerana Tuhan yang menentukan
Kau tetap pergi apakan daya
Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal
Namun ku terpaksa melepaskanmu baby

Selamat tinggal
Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini
Tiada ertinya kau tinggalkan aku
Sedangkan teramat ku mengasihi dirimu
Cuba ingat semua yang kita pernah lalui
Sayang bukalah fikiranmu kembali
Ku tak mahu hidup tanpamu di sisi
Hanya kau seorang yang pernah aku kasihi

Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Jika aku yang engkau cintai
Kenapa semua ini
Kenapa semua ini
Mengapa semua ini
Jika aku yang kau cinta
Mengapa semua ini
Kenapa semua jadi begini
Kenapa mengapa
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini

Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi (jangan biarkan ku menderita)
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)
Walau ku pergi sayangku (usah pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal
Jangan biarkan ku menderita di sini
Jangan biarkan ku tersiksa di sini sayang
Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)
Walau ku pergi sayangku (jangan pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal
Aku menyintai dirimu sayang
Jangan biarkan aku sendiri di sini sayang
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal

Lagu ni Zizan feat Dina tajuk 'Selamat tinggal'. Ikhlas credit to Izzat Haizal Hamdan. Nak tahu sapa? One of my classmate merangkap kawan baik aku selama aku dekat PH ni. As I say dalam entry lepas, mamat nilah yang aku maksudkan. Yang menjadi orang pertama cari pasal dengan aku dalam PH ni. Tak sampai sejam dalam kelas dia dah buat perangai dengan aku. Nak tau dia buat apa? Meh aku cerita. .

Masa tu hari pertama belajar. Aku ingat lagi, first subjek Sivik. Dengan Cikgu Gee. Lepas-lepas briefing dan ice-breaking, kelas lepas tu cikgu tak masuk (maybe nak bagi chance kami berkenalan kot). Tiba-tiba, satu makhluk Tuhan ni masuk kelas. Naim Rozi . Presiden Homeroom aku. Dan aku baru teringat aku kena bagi maklumat peribadi ahli homeroom dekat dia hari ni. Masa tu juga arr aku terlupa nama dia. Apa lagi, kata ganti nama kedua selain awak, kamu, hang dan kau? "Hoi!", Okey, tu ja yang terkeluar. My fault. Takkan nak panggil 'awak'. Kalau panggil 'hang' macamlah budak Manjung ni paham . Tu ja yang sesuai (bagi aku arr).
         Di saat itu jugalah, Izzat masuk kelas. Yang peliknya, Naim tak sedar "hoi" aku tu untuk dia. Tapi Izzat tu yang perasan! Dia kalih tengok aku dengan muka tak puas hati lepas tu cakap, "Amboi, budak perempuan. Cuba cakap lembut-lembut sikit." Aku buat muka panas. Hei, I'm not talking to you bro! Lu pahal? Cari nahas ka cari maut, hah?!
          "Heh! Aku tak panggil hang pun. Yang hang terasa pahal? Aku tak kacau hidup hang pun kan? Aku panggil Naim tu!", bentak aku kepadanya. Aik, ingat pula nama Naim time ni. Hehehe . . Saat tu, satu kelas pandang aku dan Izzat. Izzat pun nampak terkedu. Aku yang pada mulanya pendiam dalam kelas, dah terkeluar perangai brutal aku ni. Boleh bayangkan tak perasaan aku? Aku terus terduduk, tekup mulut. Macam mana boleh hilang sabar ni. Mamat ni kalau aku dapat aku cincang dia hidup-hidup. Tak pasal-pasal  terkantoi brutal aku ni!
          Dalam hati, berbakul-bakul sumpah aku curahkan seikhlas hati dekat dia. Panas hati gila wei. Hancur imej bersih aku.

Habis waktu rehat, cikgu tak masuk juga. Boring. Aku rindu Badlishah. Aku lentokkan kepala atas meja dan dalam proses nak tidur lena dah. Tiba-tiba. .
Meja aku di ketuk tiga kali. Dengan muka dah tak bermaya-maya aku angkat kepala. Niji mata aku dah macam nak terjojol keluar. Mamat tadi! Masa ni aku tak tau lagi nama dia. Masa ice-breaking pun bukan aku bagi tumpuan sangat. Aku terus letak kepala. Nak tidur.

          "Wei.. ," No respon. Aku terus letakkan kepala. Tak bergerak langsung.
          "Aina, aku nak cakap sikit ni. Tengoklah aku," dia bersuara lagi. Aku masih begitu, kekal kaku.
          "Marahkan aku, ya? Aku minta maaf. Bukan apa, aku cu.. ".

          "Hang nak apa? Tak puas lagi cari pasal dengan aku? Aku tak kacau hang jangan kacau aku. Pi la duduk tempat hang tu!", aku membentak kasar. Namun, di balis segaris senyuman manis kepadaku. Dia tak marah? Perlahan-lahan dia berlalu ke tempat budak-budak laki. Dia pergi lepak dekat meja guru dengan geng budak laki yang duduk depan meja guru. Ada Dhiya, Mazri dan Alif. Entah hantu apa rasuk depa, nun jauh di seberang lautan manusia depa dok panggil-panggil nama aku. Wei, sengaja nak cari perhatian kelas ka? Capap! Izzatlah tu yang mengajar. Aku cuma bagi jelingan maut ja. Tu ja yang mampu. Malas arr bertekak pulak.

           "Aina". Satu suara lembut menyapa dari belakang. Figura seorang pelajar perempuan berada betul-betul belakang aku. Dia ex-mrsm ni. "Aku cuma nak pesan, jangan layan sangat dia. Nanti lama-lama dia naik kepala. Hati-hati". Ringkas kan? Tu aje yang dia pesan. Aku angguk-angguk dan terus lentokkan kepala balik. Minah tu pun blah. Aku pun tak tahu apa masalah maktab ni. Adoyai . .

Masa berlalu. Izzat cuba bercakap dengan aku banyak kali. Aku tak tahu apa maksudnya. Aku tak mau layan. Bak kata budak perempuan tu. Sampailah satu hari . .

"Aina". Senyuman manis terukir lagi dibibirnya yang merah. Tanda bukan penghisap rokok! Kulitnya yang putih itu menampakkan lagi raut wajahnya yang manis. Kaca matanya turut menambahkan seri wajahnya. Sungguh, aku terpaut pada wajahnya. Namun, bukan dirinya.

"Aku malas nak bertekak". Itu aje yang aku balas.
"Aku bukan nak cari pasal la. Aku nak cakap dengan kau," terus dia bercangkung di depan meja aku. Mamat ni sewel ke apa?! Tangannya menongkat dagu di atas meja aku. Senyuman masih terukir.
"Habis tu nak apa?". Dingin.
"Aku nak berkawan dengan kau. Aku minta maaf." Sumpah, aku terkedu. Sah sewel mamat ni.
"Orang gila ja yang nak berkawan dengan aku. Okey, aku maafkan. Dah blah". Masih dingin. Aku lekakan diri buat sedikit nota.
"Memang aku gila. Betul ni aku cakap. Aku nak berkawan dengan kau".
"Okey, dah. Kita berkawan okey. Dah pi duduk tempat hang".
"Macam tu aje? Wei, kenapa kau macam ni ya? Tak senyum langsung. Budak-budak lelaki lain semua takut dekat kau. Tu yang diorang hantarkan aku suruh cakap dengan kau. Kenapa, ye?", banyak pula persoalan mamat ni. Nak kena cepuk kot?
"Habis tu nak macam mana lagi? Siapa yang nak bercakap dengan aku? Buat apa aku buang masa bercakap dengan depa?".
"Sepatutnya kalau kita nak berkawan, bagilah senyuman paling manis dekat kawan kita tu. Aina, kau tau tak nanti kita kena coorperate juga akhirnya. Nanti macam-macam kita kena buat sebagai aktiviti kelas. Homeroom kau lagi. Kesian Naim, layan kerenah kau ni".
"So, what? Ada kacau hidup hang ka?!".
Suaraku melantun tinggi menarik tumpuan kelas. Izzat masih tersenyum. Aku buat muka sebal.
"Memanglah tak kacau hidup aku, tapi kesian dekat classmates lain. Cuba bagi cooperation sikit. SEnang kerja Hatim, senang kerja kita. Setel".
"Okey, okey. Tak payah nak berletiaq dekat aku pula. Pandai-pandailah aku nak cooperate nanti. Hang tak payah nak masuk campur. Tengok ja nanti".
"So, kita kawan okey?". Izzat buat muka comel.
"Sapa nak berkawan dengan hang?".
"Kau lah. Kenapa kau tak nak berkawan dengan classmate kau sendiri? Hei, kawan biar seribu, musuh jangan satu".
"Perlu ka hang tahu soal hidup aku? Suka hati akulah wei!". Aku makin panas hati. Hang siapa nak masuk campur hidup aku.
Izzat terkedu sebentar. Mungkin dia sedar aku benar-benar marah kali ini. Perlahan-lahan dia mengundur diri. Sebelum lebih jauh, "Aku takkan berhenti sampai kau jadi kawan baik aku".

Nadanya tegas, nampak bersemangat. Tapi, ada aku kisah ??

~To Be Continued~

Lovin' you 405's !

Pertama kali menjejak kaki ke kelas 405, aku nangis. Hari itu, sememangnya aku menangis teruk ! Aku nak 3A9 aku yang dulu . Aku benci kelas ni ! Aku benci kelas ni ! Aku benci kelas ni !
          Dan aku start buat perangai macam budak-budak. Aku duduk dekat belakang kelas, nangis. Pulon la budak-budak perempuan ex-mrsm tu pujuk aku. Aku bagi macam-macam alasan. Kata rabun la, tak nampka kalau duduk dekat belakang. Silau kalau duduk tepi. Dah tu nak duduk dekat mana? Amboi, kalau dekat Badlshah tu bukan main lagi aku nomad dekat mana-mana tempat aku suka. Aku start dah meregeh dekat situ. Tak pasal-pasal serabut kepala otak Presiden tu, Syed Hatim. Orang Baling dia ni. Dia dah buat muka serabut habis bila kena layan perangai entah apa-apa ni. Last-last sekali, Ezzatul mai memperbetulkan keadaan. Nasib baik Hatim dengan Ezzatul memang dah sedia kenal masa kami beratur nak ambil buku teks. Ezzatul lah yang conversation dengan Hatim. Tak pasal-pasal aku duduk sebelah budak Chinese nama Tan. Tan Rui Qiung. Tempat aku betul-betul sebelah pintu. Seriously strategik! Tingkap dekat sebelah aku bolehlah aku pergunakan untuk perbetul tudung aku yang senantiasa senget-benget. Apa pun, best duduk dengan Tan. Dia banyak tolong kalau aku tak faham. Tapi pening juga bila dia nak cakap Melayu.
          Pertama kali dalam hidup dekat PH ni, aku dah cari pasal dengan seorang budak laki ni. Seriously, aku mai PH tak pernah senyum dekat orang. Saja buat dingin. Sebab aku dah tekad, aku tak mau rapat dengan sesiapa sebab aku tak mau hadapi satu kehilangan lagi. Cukuplah aku menangisi pemergian aku dari hidup seorang Badlishan. Aku tak sanggup kehilangan lagi. Dan mamat ni betul-betul cabar keimanan aku. Aku bukan panggil hang pun! Yang hang nak perasan kenapa?! Bab ni nanti aku buat entry lain okey. Sebab kes ni special sikit. Malam tu, Hatim conduct lantikan AJK kelas. And you know what? Pertama kali dalam hidup aku setelah 15 tahun hidup makluk Tuhan dalam kelas ni lantik aku jadi Bendahari. Gila wei! First time kot! Selalu jadi Penolaong Ketua Kelas atau S/U. Tapi kat PH ni dapat jawatan lain dari dunia aku. Seriously aku mengaku, aku memang liat nak bayar duit kelas masa dekat PH. Tak pasal-pasal aku dekat sini yang kena kutip pula. Lepas tu, mesti kena conversation dengan ahli kelas. Huwaa! Macam mana dengan tekad aku? Aku baru nak jadi budak paling pendiam di alam semesta (yang sememangnya bukan diri aku yang sebenar arr). Okey fine, kun fayakun. Takdir Allah lah ni . . Redha aje la Aina oi!
          Hari berlalu dengan pantas. Tugas aku sebagai seorang Muslimah di sini tertunai sepenuhnya. Sememangnya tuntutan agama Allah tak pernah lekang apabila berada di PH. Ini sedikit sebanyak menggembirakan aku juga. Gila wei, tak pernah buat solat sunat. Dekat PH ni ajelah aku belajar buat pun. Tiba-tiba, aku dikejutkan satu berita yang sememangnya mencabar kesabaran ake dekat sini. Kalau setakat classmates tak nak bayar duit buku aku boleh tahan lagi, tapi kalau suruh aku berlakon plus menggedik memang hang cari nahas wei! Semua bermula apabila kami pelajar Tingkatan 4 diminta untuk 'mementaskan' drama untuk Minggu Aktiviti. Kelas aku dapat drama Melayu. "Dua Geliga Hikmat". First, aku jadi penulis skri dengan Pijoy. TAPI, SEMUA GARA-GARA SEORANG MAMAT MERANGKAP DIRECTOR KELAS YANG PAKSA AKU JADI DAYANG! Boleh bayang tak bila dia cakap aku cukup sesuai bawa watak jadi dayang gedik tu! Wei, aku dah taubat tak bergaduh dengan orang, tak mau ungkit kisah silam gedik aku tu, hang boleh kata macam tu dekat aku pula? Hei, hang memang cari nahas plus pasal! Nak tau sapa? Nama dia Basyir, ex-Presiden MRSM Grik. So, ada aku kisah hang tu Presiden dekat sana? Aku ada satu ja Presiden, Hatim. Syed Hatim!
          Seriously, aku menagis teruk gara-gara tu. Ramai gila cuba conversation dengan dia. Langsung tak lut. Hati dia keras gila wei. Dia kata dia takkan pernah tarik balik kata-kata dia. Aku cuba terima watak tu, tapi saat tu juga dia robek lagi jiwa. Betapa pedasnya kata-kata dia yang memang point dekat aku. Walaupun dia kata ni subjektif, wei nampak sangat arr hang memang kata dekat aku! Ingat aku bodoh sangat ka?! Time tu memang aku hangin gila. Aku lari pi kelas Ezzatul, teriak dekat Am. Then, Izzat dengan Alif mai pujuk. Walaupun depa janji nak slow talk dengan Basyir, tetap tak menjadi. Dia memang hati batu. Sabar ajelah. . Tapi, Alhamdulillah di sebabkan drama tu aku jadi dekat dengan classmates aku. Aku baru boleh terima aku sebagai pengganti 3A9 (walaupun kadang-kadang 3A9 pun selalu serabutkan aku juga). Kelas kami dapat Persembahan Drama Terbaik, Pengarah Terbaik (Syed Hatim), Pelakon Lelaki Terbaik (Syed Hatim) dan Penulis Skrip Terbaik (Hafizzul a.k.a Pijoy). Aku enjoy gila malam tu. Sememangnya aku sayang hangpa. Presiden, Vice Presiden yang sungguh memahami. Even Basyir aku dah dapat terima dia sebagai classmate aku. Kelas aku really happening. Sememangnya mereka menghiburkan. Setakat ini, 405 ada 15 pelajar lelaki, 12 pelajar perempuan. Total 27 orang. Sepatutnya ada 29, dua orang telah mengundur diri. Liyana dan Izzat. Aku tahu, depa mesti ada walau sekelumit rasa bangga sebagai ahli 405. Hei, sapa tak bangga? Even aku yang benci gila kelas ni pun boleh terjatuh sayang dengan depa. Walaupun sakit hati sebab depa liat tak mau bayar duit buku, sayang tetap sayang.

Betullah apa kata orang, Jangan benci-benci sangat nanti sayang! Sungguh, lovin' you 405's !

Thursday, 2 February 2012

Sayonara III~

Aku tak tahu kenapa aku rasa macam jadi sewel semacam aje aku hari ni. Nak kata aku seronok nak pindah.. TAK! Nak kata aku seronok dapat lepak dengan kawan-kawan aku ni.. itu mungkin YA!
Hehe.. serius mental aku ni!
Azwa dengan Sukri asyik main keja-kejar dari tadi. Aku pun naik pening di buatnya. Depa dok sembang pasal 'melantun'. Nak tau apa yang melantun? Perut Sukri! HahahaXD! Azwa kutuk Sukri sebab dia tak ada six pack (betul tak aku eja ni?) macam Siwon dia tu. Sukri balas balik, 'buat apa nak ada six pack, asalkan boleh melantun cukup arr'. Huh! Entah apa-apalah depa ni. Kami ada berborak pasal AJL semalam. Cikgu Nazmah tanya sapa yang menang. Aku buat klip video Hafiz tu dekat dalam koop. Sambil nyanyi lagu Awan Nano, aku berlari-lari keliling koop. Lepas tu, aku tiru gaya rock Faizal Tahir dengan lagu Karma dia tu.

"Jangan kau sentuh, aku bukan boneka! Heyeaaahh.. ", lebih kurang la lirik dia. Seronok lagu dia! Bersemangat aku nyanyi. Lepas tu Cikgu Nazmah gelak besar dan rakan-rakan lain  ketawa dengan perangai sewel aku ni. Aku terhibur dengan keletah aku sendiri. Terdetik dalam hati, bila lagi aku boleh gelak macam ni dengan depa?   . . .

Tak lama lepas tu, Cikgu Nazmah kata dia nak balik. Aku ikut dia sampai ke pintu dan menyalaminya. Aku takut aku mati tak sempat minta maaf. Mana la tau ada buat salah terkata belakang. Mulut aku ni bukan boleh percaya sangat, asyik terlepas aje! Hehe.. Dan lepas tu, makin gamat kami di dalam koop. Tinggallah empat dara dan tiga teruna di situ.

Makin sewel kami di situ. Macam-macam perangai mental kami buat. Fitri asyik bersama kameranya. Ada la dia ambil gambar-gambar kami. Kemudian, datang lagi seorang rakan kami. Acap! Yang tadi aku cakap dia dapat SMS Syed Syeh Shahabuddin tu. Dia dok sembang pasal aweks dengan Zul. Zul ada la recommend sorang dua kawan perempuan dia dekat sana. Dulu Zul pernah menjejakkan kaki dekat situ. Tapi tak lama. Beberapa hari aje. Lepas tu mai lari balik Badlishah. Entah macam-macam alasan dia bagi. Hehehe..

Okey, back to story. Dan masa berlalu kencang. Tak lama kemudian Mr. Rozzain mai menyebok. Aku dengan Zul ada ambil gambar berdua. Macam pa gi gambar aku tu! Lepas tu, aku halau Rozzain. Nak tau pasal pa? Biarlah rahsia..

Dia blah dengan buat muka geram dekat aku. Aku kuatkan hati tak mau pujuk dia! Biar! Aku terpaksa demi Zul dan Fitri!

Masa berputar ligat. Kami dah nak tutup koop pun. Masa tu aku tahan air mata aku dari tumpah dekat situ. Takkan nak nangis dekat tempat public ni. Kuat Aina, kuat!

Dan saat terakhir aku tengok Zul, Fitri, Sukri dan Acap. Sebab depa terus nak pergi solat asar dekat surau. Aku, Aida, Azwa dan Dzariz pula nak balik asrama terus. Aku nak ambil beg aku dekat sana. Aku buat lambaian terakhir dekat empat teruna tadi tu sebelum depa hilang ke dalam surau.

Perjalanan ke asrama terasa begitu singkat. Aku tak sangggup lagi berpisah dengan depa. Ya Allah, peliharalah sahabat-sahabatku ini, Ya Allah. Naungilah kami dengan keberkatan dan rahmat suciMu, Ya Allah.

Air mata jatuh berguguran jua saat aku kejap memeluk Aida. Perpisahan antara kami begitu terkesan. Aku sayang dia, Ya Allah. Tak sanggup lagi aku bendung kekecewaan perpisahan ini..

Aku peluk Azwa. Aku peluk Aida. Dzariz aku tak perasan hilang pergi mana entah. Lama aku peluk depa. Tapi tak la lama sangat. aku tengah rush sebab aku yakin mesti abah dah tunggu.

"Er, mana depa ni? Depa tak nak turun ke? Aku dah lewat ni?", aku bersuara dalam sedu merujuk pada rakan-rakanku Fatin, Ain, Dayah, Alyya dan Munirah. Sungguh, aku rindu mereka!
"Sekarang baru 5.30. Depa tengah bersiaplah tu," Aida menjawab.
"Aku nak jumpa depa. Aku rindu", rengekku dalam air mata.
"Tak apalah. Kirim salam ajelah dekat depa. Aku tak sempat tunggu lagi ni", tambah aku lagi.

Aku menghayun langkah pergi. Sampai di laluan berbumbung, aku melambai buat kali terakhir. Air mataku berguguran lagi. Runtuhnya hati aku bila melihat air mata Aida juga. Sungguh, aku akan rindu hang!

Sayonara sahabatku!

Wednesday, 1 February 2012

Sayonara II ~

"Ingat! Jangan lupa aku! Kita kawan walau macam mana pun", dia menambah lagi.

Aku mengangguk lagi tanda mengiyakan. Lidah aku kelu sebenarnya. Berat hati hendak tinggalkan makhluk ni. Bukan apa, banyak kenangan dengan dia. Kalau nak tahu, dia pernah minta kapel dengan aku masa Form 1 dulu. Tapi aku tolak mentah-mentah. Siap aku maki hamun lagi. Aku ni dah lah pantang dengar kapel-kapel ni. Dia pula nak masuk line. Memang malanglah nasib hang, wei..

Tiba-tiba Fitri memunculkan diri. Dan mengganggu terus conversation kami. Makhluk itu hanya memerhati apabila aku terus melayan satu per satu pertanyaan Fitri. Kemudian, Azwa dan Dzariz datang kacau daun. Kalau ada Azwa, suasana bungkam tadi terus jadi happy! Azwa memang loyar buruk lebih. Tu yang seronok berkawan dengan dia. Apa pun, kawan-kawan aku semua ada kelebihan sendiri. Macam-macam perangai. Tak lama lepas tu, Azwa dan Dzaris blah pergi koop. Depa kena jaga koop hari ni. Fitri pula ajak makhluk tu masuk DM. Depa tak makan lagi. Dah asyik menyembang sangat. Makluk itu masih berdiri. Tangan kirinya didepakan agar aku pergi dahulu ke Learning Station. Lebih kurang dia suruh aku pergi dulu baru dia pergi masuk DM.

Aku menggeleng. "Tak mau! Hang masuk dulu baru aku blah. Aku nak tengok hang".
"Okey-okey."
Dan si dia memalingkan diri dan terus berjalan menuju ke DM.
Aku masih berdiri di situ. Mataku setia menemaninya sehingga hilang ke dalam DM. Di pertengahan jalan, dia memalingkan diri dam melambai ke arahku. Aku membalas dengan senyuman. Kemudian dia terus masuk ke dalam DM. Dan aku harap ia tidak terhenti di sini.

Kembali ke Learning Station, Ika dah makan hampir separuh nasi tu. Aku pun dah tak ada selera sangat bila tengok kawan-kawan sedih tad. So, aku habiskan aje paha ayam bahagian aku dan jamah beberapa suap nasi. Selebihnya, aku suruh Ika habiskan. Apa lagi, melonjak budak tu. Kesian Ika, lapar ya? Makan, makan.. Hehehe..

Aida tunjukkan dekat aku gambar-gambar 'dating'aku dengan makhluk tu tadi. ada tiga gambar semunya. Kalau orang yang tak tahu pangkal cerita mesti dah tuduh dan maki aku macam-macam. Bukan apa, kawan aku sorang ni banyak peminat. Baru-baru ni dia baru clash. Aku dah banyak kali cuba 'clash'kan dia dengan awek dia tu. Aku benci sangat tengok depa kapel. Macam apa lagi entah! Menyampah I!

Dan akhirnya aku berjaya! Walaupun bukan aku punya pasal, tapi kira aku berjaya la juga. Ahaks!

Sambil-sambil membotakkan paha ayam dalam genggaman aku tu, Aida, Ika dan aku masing berceloteh. Macam-macam kami bualkan. Bila lagi boleh macam ni kan? Hanya waktu dan takdir yang tahu.. kuasa Allah..

Tak lama lepas tu, Atirah (pewaris jawatan aku dalam Biro Akademik) turun. Sempat juga aku salam dia. Bukan apa, respect dia sebagai pemimpin kami. Dia tu ketua Form 3 Asrama tahun lepas. Tahun ni tak tau la sapa. Aku pun dah cabut awal-awal dari asrama. Aku usik-usik dia sikit. Bagi tips handle Biro Akademik tu. Serius susah jadi Penolong Ketua Biro Akademik ni. Tapi aku bertuah sebab ada Abang Amir yang cerewet, punctual dan kreatif itu sebagai Ketua aku. So, selama aku jadi Penolong dia aku hanya tengok, tengok, dan tengok saja. Dah dia tak bagi sentuh apa-apa. Kata tulisan tak lawa la, senget la.. macam-macam dia kritik aku. Oke fine. Tak apalah, kalau tak nak bagi aku buat kerja. Ringan beban sikit. Padan muka dia tanggung sorang-sorang beban dua fail biro tu. HahahaXD!

Dan kemudian Deq Ah datang menemani hari-hari terakhirku. Aku tak tahu nak cakap apa. Tapi banyak cakap-cakap belakang pasal dia aku dengar. Bagi aku, dia belum melamau sangat. Biasalah tu, masih awal mahu menyesuaikan diri. Aku suka tengok dia buat mulut muncung. Serius comel! dan sekadar yang aku tahu, dia 'hot-stuff' masa dekat SMK Jitra. Dekat sini, kalau nak jadi 'hot-stuff' senang ja. Buat muka gedik lepas tu kapel dengan budak perasan bagus, dah jadi 'hot-stuff'. Entah pape la sekolah ni. Biarlah dekat depa. Asalkan aku bahagia..

Bahagia? Aku bahagia ke sekarang ni? aku sememangnya bahagia. Bahagia dengan segala yang aku punya. Abah, mama, kakak, abang cak, adik dan kawan-kawan buat aku selalu di ulit bahagia itu. Tetapi setiap pertemuan ada perpisahan, dan saat itu saat yang aku paling benci! Rasa macam kehilangan separuh hidup aku. Entahlah, aku harap kehidupan yang lebih baik di MRSM tu nanti. Walau apa pun, kawan-kawan Badlishah takkan aku lupa! Itu janji aku!

Dan masa pantas berlalu. Hujan pun mulai turun dengan lebatnya. Seiring dengan perasaan hiba yang mula menjengah. Sebab aku sedar, saat itu akan muncul.

Ika bergerak ke meja sebelah sebab dia nak buat kerja sekolah. Deq Ah masih di meja kami. Atirah pula join Ika di meja sebelah sebab meja dia tadi terkena tempias hujan. Aku hanya memandang sayu hujan yang turun. Aida ralit menikmati air limau aisnya. Deq Ah pula asyik bersama kertas kerja Sejarahku. Apa lagi, nak tiru la!

Apabila hujan sudah mulai renyai, aku mengajak Aida ke pejabat sekolah untuk mengambil sijil berhenti sekolahku. Tapi hampa. Pengetua belum tanda tangan sijil berhentiku. Macam tak nak bagi aku pindah ja Pengetua ni. Ahaks!

Kemudian, aku terniat nak jumpa Azwa dan Dzariz di koop. Lagipun masih awal. Deq Ah pada mulanya ikut aku dan Aida ke koop. Namun di pertengahan jalan..
"Aina, Zul suruh cepat. Dia nak jumpa," kata Lyana Aqilah apabila kami berselisih. Dia dan rakan-rakannya baru pulang dari 'membeli-belah' di koop. Dan aku pasti, Zul yang suruh pesan dekat aku.
"Oh, oke. Aku pun on the way ni. Thanks!", aku membalas mesra.
"Zul? Zul mana ni?" Deq Ah bertanya kalut. Ada riak gelisah.
"Zulfazli la.."
"Hah? Tak jadi ikutlah. Okey bye!", Deq Ah terus berpatah balik. Aku tak sempat berkata apa.
Dalam hati, aku tersenyum. Segan dengan Zul la tu.. Hehe.. Nak habaq mai ni. Makluk yang tadi aku 'dating' dengan dia tu ialah Zul! Zulfazli! Hehe..

"Assalamulaikum!", terus aku serbu geng koop di situ. Cikgu Nazmah sedikit terkejut. Tersenyum sungging aku di situ.
Dekat koop tu ada Azwa, Dzaris, Zulfazli, Fitri dan Sukri. Tak terkecuali Cikgu Nazmah. Cikgu Ku pun ada, tapi tak lama. Seminit aku dekat situ, guru kelas aku tu dah balah. Tak sempat nak ngurat cikgu. Hehe..
Aku berceloteh panjang dekat situ dengan kawan-kawan. Dan kemudian dengan tak tau malu pun aku ceroboh masuk koop. Cikgu Nazmah tak kata apa pun. Aku serbu tak pakai helmet ajelah!

~To Be Continued~


Monday, 30 January 2012

Sayonara~

15.05
Awan mendung berarak laju. Tanda-tanda hujan bakal turun membasahi bumi.

Aku menyandarkan badan ke kerusi. Sungguh, kenyang perut! Ika yang duduk di depanku pun begitu. Kami baru usia menikmati makan tengah hari bersama di Learning Station. Nasi putih bersama dua ketul paha ayam goreng bersama kuah kicap menjadi pembuka selera kami. Aku dan Aida keluar sebentar tadi membeli lauk itu di restoran mamak depan sekolah. Memang menjadi 'port' panas pelajar sekolah di kawasan itu. Kalau tidak pelajar Badlishah, pelajar SMKK dan SMK Tungku Panglima Besar pun turut serta. Tetapi sewaktu aku dan Aida menjejak kaki ke restoran itu, masih lengang. Mungkin kebanyakan pelajar belum pulang dari sekolah. Memandangkan kami pun keluar setengah jam dari awal! Jahatkan kami ni? Jangan tiru aksi kami di sekolah. Bukan apa, aku dan Aida bersama-sama menyelesaikan tugas terakhir di sekolah. Sijil Berhenti Sekolah! Apabila usai segalanya, tiada kerja lagi yang boleh dilakukan selain lepak di perpustakaan! Hehe..

Erm, berbalik kepda Ika. Sebenarnya, aku cuba menunaikan hasrat terakhir rakan baikku ini. Katanya, kalau boleh dia mahu meluangkan waktu makan tengah hari bersamaku. Tambahnya lagi, "Aina, kalaulah ada sehari kita berdating dua orang nak tak? Kita makan tengah hari ke."

Terharu. Satu perkataan yang boleh aku gambarkan waktu Ika menyuarakan pendapatnya itu. Dan hari ini, aku tunaikannya. Sebagai satu tanda ikhlas hatiku menghargainya sebagai seorang sahabat baik. Dan lagi satu, katanya, "Aina, kalau dekat Hulu Aina tu ada orang nama Ika juga, suruh dia tukar nama dia. Kalau nama dia Syafiqah, panggil dia Syafiq ke, Fifi ke, Fiq ke, apa-apa ajelah. Asalkan bukan Ika. Sebab Ika aje satu-satunya kawan Aina yang nama Ika. Tau."

Dia bukan melawak okey. Dia serius. And I take it serious. Segalanya demi seorang sahabat, Ika.

Seorang lagi sahabatku, Aida. Nurul Aida Asyiqin binti Mohamad A'Azizan. Antara kawan yang rapat dengan aku. Cukup memahami perasaan orang. Aku happy ke, aku sedih ke, mesti aku nampak muka dia aje. Sebab dia ni jenis kawan 'susah senang bersama'. Susah nak cari kawan macam ni. Aku bersyukur sangat sebab di pertemukan dengan manusia macam ni. Kalau boleh tak nak terpisah langsung dengan dia. Nak buat macam mana, dia akan membawa haluan ke MRSM Baling, aku pula ke MRSM Pengkalan Hulu. Tak apa, waktu outing boleh pergi pekan Baling jumpa dia. Satu ja masalah dia ni, kalau orang nangis mesti dia nak nangis juga. Over lah dia ni kan? Hehe.. Aida kalau hang baca, jangan marah ya!

Okey. Kembali pada cerita kami makan tengah hari tadi.

Sambil-sambil makan tu, Aida ada snap beberapa gambar adegan romantik aku dan Ika. Apa lagi, kami pun berposing dengan tulang ayam tu. Waktu nak makan tu pula, ada seorang makhluk Allah ni panggil dari laluan berbumbung. Dengan tangan yang masih ada nasi yang melekat, aku pun meluru dekat dia. Nak tau siapa dia ni? Nanti aku bagi tau. Hehe..

Aku bersandar di satu tiang. Dia bersandar di satu tiang lain. Dia diam aje. Aku pun diam ajelah. Nak cakap apa lagi? Dia yang panggil aku, dialah yang kena cakap dulu kan ?

"Err.. err.. aku nak cakap apa, hah?", makhluk tu bersuara.
Dia boleh tanya aku? Aku diam aje. Sesekali aku angkat muka tengok muka dia. Takut-takut rindu pula nanti tak tengok muka dia. Erm..
"Acap nak pergi dah...", jari lurusnya terus pada susuk tubuh Asyraf Radzi, yang sedang menyarung kasut sekolahnya di depan surau antara rakan kami yang turut bertukar sekolah. Acap dapat tawaran ke SMS Syed Syeh Shahabuddin.
"Aida bila nak keluar asrama pula?", ada sedu di hujung ayatnya.
"Sabtu ni". Hanya itu jawapanku. Sebenarnya aku sedang menahan air mata dari terus mengalir.
"Oh, hang hari last kan?".
Anggukkan menjadi jawapan.

"Hang dekat sana jangan lupa aku tau. Dok sana elok-elok. Doakan aku dapat juga nanti", nasihatnya kepadaku.
Aku angkat muka lagi. "Okey. Hang pun jaga diri dekat sini. Aku doakan hang dapat second intake nanti. Harap dapat Pengkalan Hulu la ya?".
Aku cuba mengukir senyuman. Baru aku sedar, matanya bergenang. Tiba-tiba, setitis jatuh. Segera di seka dengan tangannya. Aku mengetap bibir. Alamak, aku salah cakap ke?
"Wei.. jangan buat aku camni. Ala..", aku sudah bengong di situ hendak memujuk. Apa boleh buat?
Sambil-sambil tu, ada sekumpulan budak junior aspura sibuk meng'usha' kami dekat situ. Tidak terkecuali, Aida yang sibuk snap gambar-gambar hot kami ni. Hot? Tak hot kot. Suam-suam kuku ja. Jarak kami jauh okey!
Air matanya terus mengalir. Dan di samping itu juga dia terus cuba menyeka manik jernih itu.
Aku masih berdiri kaku, memandangnya sambil mengetap bibir. Takut tengok budak lelaki nangis!

"Tak apala. Hang pergilah sambung makan dengan Ika".
"Eh, tak apalah. Biarlah Ika makan sorang-sorang. Takkan hang nak pesan dekat aku satu ayat ja?".
"Tak apalah. Aku tak tau nak kata apa. Aku tunggu Fitri nak pergi makan ni", suaranya tersekat-sekat. Sambil menundukkan muka, dia menyeka lagi air matanya yang terus mengalir. Acap kali ada senior yang lalu, mesti dia tunduk. Dan aku, hanya melemparkan senyuman manis kepada mereka. Even though depa buat muka pelik tengok aku dengan makhluk ni, biar ajelah.

Figura di depanku ini sudah beransur tenang. Manik jernih sudah tidak kelihatan lagi. Sekadar hidungnya yang merah dan matanya yang sedikit sembab.


~To Be Continued~

Sunday, 29 January 2012

Selamat tinggal kawan . . !!

20.49

Papan kekunci ini ditekan laju. Sebenarnya berat dah kepala ni sebab ngantuk sangat. Tapi gagahkan diri juga. Bukan apa, satgi AJL ! HahahaXD. Okey, be serious! Sebenarnya ada lagi sepuluh hari sebelum tapak kaki aku ni bakal meninggalkan kesan di ruang tamu rumah. MRSM Pengkalan Hulu dah menyeru nama aku ni. Aku pun dah terbayang-bayang kehidupan dekat sana. Hati cuba di tekad memandangkan aku pun pernah duduk asrama juga dekat Badlishah. Cuma mesti jadualnya jauh berbeza. Semestinya lebih tekad, lebih berundang-undang, lebih terpelihara, lebih tergesa-gesa, lebih pening dan lebih HURU-HARA! ^.^!

OKEY! Tadi pagi dah siap sikit-sikit apa yang patut di bawa nanti. Lepas minta kebenaran pulang awal dari Papa Zaini, aku terus straight pergi klinik buat medical check-up. Then, singgah Happy Home beli gayung dan penyepit baju. Yang lain dah ada guna tahun lepas punya. Nak cerita pengalaman menyakitkan hati abg Happy Home yang ternga-nga depan aku ni. Nak di jadikan cerita la, aku masuk sambil tertunduk-tunduk sebab, sebab! Aku pakai baju sekolah dan masa tu baru pukul 12.00! Budak sekolah rendah pun tak balik lagi tau! Kaki pun terus terpa dekat barang-barang plastik. Tangan capi penyepit baju. Mata melilau cari gayung. Pusing punya pusing punya pusing, tak jumpa-jumpa juga! Tiba-tiba, ada seorang abang hensem ni merangkap pekerja Happy Home tu datang dekat. Ops! Jangan dekat. Jangan dekat la 0oi! Aku nak lari dah sebab tak ada orang lain dekat situ tapi kaki macam melekat aje dekat tile tu (ke aku yang hegeh tak mau lari).

"Ya adik. Nak cari apa?", abang tu tanya.
"Er.. er.. nak beli gayung. Gayung ada tak."
"Gayung?" muka abang tu dah berkerut. Muka aku lagi la berkerut. Apa hal kau kerut-kerut dekat aku, hah?!
"Yalah, gayung. Gayung", tangan aku menunjukkan isyarat mencedok air. Macam orang gila juga aku cuba yakinkan dia.
"Hah? Apa benda gayung tu?". Astaghfirullahalazim.. kau tak tahu ke gayung tu apa? Makhluk apa hang ni?
"Er.. er.. apa orang sini cakap. Cebok ya?", baru otak aku teringat bahasa orang kedah ni. Mama selalu ingatkan jangan tersasul cakap Kl selalu dengan orang. Tak ramai orang tahu.
"Oh, cebok ka? Cebok dekat sana dik. Awat tak habaq awai-awai tadi. Buat orang ternganga-nganga pulak."
Hello! Aku dah habaq dekat hang dari tadi okey! Hang yang tak faham tau tak!
Aku ketap bibir rapat. Lepas tu baru aku senyum sedikit. "Terima kasih ya. Tak nampak tadi."
Then, aku hayun kaki pergi kaunter, bayar dan terus berambus. Lintas jalan pula pergi kedai Kodak ambil gambar. Kakak Chinese tu terpaksa ambil gambar aku dua kali sebab kepala aku senget. Yang kali kedua pun tetap senget! Pahal la kau buat pasal dengan aku kepala comel 0oi?! Kakak Chinese tu terpaksa proceed juga sebab ramai lagi nak ambil gambar. Dah la aku nak 12 keping pula tu. Dengan nak touch up lagi. Mesti lama.
Lepas habis semua tu, baru aku balik. Sampai rumah Mama dah siap makanan. Apa lagi sembat arr! HahahaXD

Huh! Okey. Sebenarnya jauh di lubuk hati ni aku rindu sesangat. Rindu pada kawan-kawan. Yang bakal pindah lusa nanti. Rindu pada kawan-kawan yang akan di tinggalkan. Rindu pada si dia yang buat bodoh aje dekat aku tadi. Rindu pada cikgu-cikgu yang menabur budi. Huhu..

Wish a happy good luck dekat kawan-kawan semua. Dekat mana pun kita belajar, environment dekat Badlishah takkan sama dengan tempat lain. Pengkalan Hulu pun tak tentu lagi. Tadi jumpa Papa Zaini dia gelakkan aku! Dapat hulu. Tapi lepas-lepas tu dia nasihat la sikit-sikit. Aku buat-buat dengar aje. HahaXD

Tak pa. Esok boleh minta nasihat lagi dekat Papa. Bukan apa, tadi serius kalu sangat. Jadual pack sesangat.
Harap faham. Lagi satu nak cerita, monitor kelas aku tu. Kureng asam jawa betul! Geram sangat! Boleh perli aku lagi tu dalam hari-hari last aku ni. "Hang dok minta maaf dekat aku pasai pa? Minta maaf dekat satu kelas tu. Asyik kacau kedamaiaan hidup orang aje hang ni!"

GGGrrr.. MOHD FAEZMIRUL ZABIDI! Jaga hang esok. Aku cincang buat sup daging arr!

Huhuhu.. Jahat-jahat dia pun monitor aku juga. Biar lah. Erm, nk story apa lagi ya?

Ha! Kawan-kawan aku yang bakal pindah antara lain Nurina Izzati, Noorfarhanim, Aida Asyiqin, Zulhelmi dan Asyraf Radzi. Zulfazli on the way. Kesian pula bila kenang masalah dia. Bukan apa, aku pernah alami apa dia alami sekarang. Sama macam masa aku Form 1. Beria-ria sangat nak pergi SMS Kubang Pasu. Tapi abah kegawatan ekonomi masa tu. Tempat abah kerja muflis. Aku pun muflis sekali.. Kesian kan?? Kan ??

Tak apalah Zul, aku doakan terbaik untuk hang. Mungkin jodoh hang dekat Badlishah kan?

Okelah, mata nak tumpu dekat TV pula. AJL ni. Tiga tahun tak tengok tau. Alang-alang nak pergi MRSM dah nanti.. manfaatkan segala peluang!
Oke, good nights buddy! Assalamualaikum..

Sunday, 8 January 2012

Hyeunja Harina:Part III


          Haifa sudah tidak senang duduk. Jam dinding sudah berdetik sembilan kali. Batang hidung mama masih tidak kelihatan. Selalunya mama akan beritahu andainya dia balik lewat. Tapi kali ini tidak. Telefon tidak, mesej pun tidak. Panggilan yang dibuat pula masuk dalam voice mail box. Aku dahlah takut duduk seorang-seorang dalam rumah ni. Mama pula buat hal. Hatinya tidak senang, takut-takut ada sesuatu yang buruk berlaku kepada mama. Kena rompak ke, kemalangan ke, entah-entah kena... Nauzubillah. Apa yang aku merepek ni? Bunyi deruman enjin di luar pagar sedikit-sebanyak melegakan hati Haifa. Namun, bunyi enjin itu agak berlainan daripada deruman enjin Toyota Camry mama tu.
          Haifa terhendap di balik langsir. Pelik, kenapa mama tak bawa kereta dia sendiri? Mana kereta mama? Dahlah balik dengan siapa tu? Lelaki? Tak pernah-pernah mama balik dengan lelaki asing. Ni mesti ada apa-apa.
          “Assalamualaikum..” Daun pintu rumah teres dua tingkat itu ditolak Puan Halida. Tersenyum melihat anak gadisnya itu sedang khusyuk membaca novel. Buat-buat aje tu. Padahal tadi menyibuk hendap ke luar tingkap. Haifa pantas berdiri dan menyalami mamanya. Segera di capai tas tangan dan brief case mamanya.
         “Anak mama tak tidur lagi?” Soalan itu hanya dijawab dengan gelengan. Mulut Haifa sudah tergam rapat tanda protes. Tak pernah-pernah dia buat perangai macam ni. Kenapa pula? Puan Halida mengambil tempat di sisi anak tunggalnya itu. Dialah buah hati pengarang jantungnya.
          “Kenapa anak mama ni? Ada masalah ke, sayang?” Soal Puan Halida sambil mengelus lembut anak rambut Haifa. Haifa yang membatu. Matanya masih terpaku pada pembacaannya itu. Dibiarkan soalan yang di tanya mamanya berlalu begitu sahaja.
          “Tak pernah-pernah anak mama buat perangai macam ni? Cakaplah.. ,” kali ini Puan Halida menarik dagu Haifa agar matanya dapat menatap bebola mata Haifa yang berwarna coklat. Mewarisi dari bapanya.
          “Tengoklah phone mama.” Segera Puan Halida membuka tas tangan dan mencapai telefon bimbitnya. Terbeliak mata Puan Halida. 85 panggilan tidak di jawab, 57 mesej tidak dibalas! Semuanya daripada Haifa. Puan Halida kembali menatap wajah bujur sirih anaknya itu. Muncung mulut Haifa kalah ikan todak! Puan Halida mengukir senyuman.
          “Maaflah sayang. Bateri lemah. Tu yang mama off terus phone mama tu. Mama memang nak call Haifa, tapi tak boleh nak buat macam mana..” Sebenarnya, dia tidak mahu langsung menerima sebarang panggilan tadi termasuk daripada Haifa sendiri. Tetapi, tidak sangka begitu risau anak gadisnya itu kepadanya.
          “Telefon awam kan ada? Kenapa tak guna? Kalau macam tu baik tak payah kerajaan buat telefon awam banyak-banyak kalau tak mahu guna. Bazir duit aje. Lepas tu, jadi habuan vandelisme.” Haifa membidas dengan wajah yang mencuka. Alasan tak relevan!
            Puan Halida ketawa kecil. “Haifa buat lawak ke? Tak kan seorang arkitek tersohor di Kuala Lumpur ni nak guna telefon awam? Tak rasionallah..” Kata-kata itu di susuli tawa yang meledak Puan Halida. Adoi, bangga pula mama aku ni!
          “Tak berdosa pun kan kalau guna pun? Tak masuk neraka kan?” Sinis kata-katanya. Terpaku Puan Halida dibuatnya. Anak gadisnya benar-benar marah nampaknya.
          “Okey Haifa. I admit those're my fault. Janganlah muncung dekat mama macam ni. Tak comel dah muka Haifa. Sekarang Haifa nak mama buat apa sebagai denda mama balik lewat? Cakap aje..” Puan Halida sudah melentokkan kepalanya di bahu Haifa. Suaranya pun segera di lunakkan bagi mendinginkan suhu tinggi Haifa.
          Perangai panas baran yang sememangnya di warisi daripada dirinya sendiri. Banyak perkara yang di warisi daripada dirinya berbanding ayah Haifa. Perangai, perwatakan sememangnya mewarisi daripada dirinya. Namun, wajah dan otak geliga Haifa sudah tentu daripada bapa Haifa. Bapa Haifa memang bijak, pemilik sebuah syarikat perkapalan yang terkemuka di Malaysia. Tubir mata Puan Halida sudah mengalirkan air dingin tatkala teringatkan suaminya itu. Segera diseka air mata itu takut di lihat Haifa.
          Fikiran Haifa ligat memikirkan denda yang sewajarnya di terima mama. Siapa suruh balik lewat? Sudah termaktub dalam enakmen undang-undang rumah itu sesiapa yang pulang lewat tanpa memberitahu kepada satu sama lain, akan di denda. Memang layak pun mama kena. Hehehe..
         “Masak.” Rasanya itu yang paling rasional memandangkan cacing di dalam perutnya sudah makin rancak menari.
          Dahi Puan Halida sudah berkerut. Kenapa kena masak?
          “Yalah, mama tau tak Haifa tak makan lagi ni? Kesian dekat perut Haifa ni, nyanyi lagu keroncong dah lama dah. Dahlah tengah hari tadi Haifa tak makan sebab balik lewat. Sarapan tak sempat makan. Haifa dah macam puasa terlebih waktu tau,” makin panjang mulut Haifa memuncung. Geram sahaja Puan Halida melihat muncung Haifa, mahu sahaja di potong muncungnya itu. Bukan main lagi rajuknya itu.
          “Okey. Tapi Haifa kena tolong mama?”
          “Tolong apa?” Ragu-ragu Haifa menyoal. Takkan nak suruh Haifa yang masak, Haifa mana pandai memasak!
          “Urut mama dulu. Lepas tu, mama pergi mandi. Then, baru mama masak. Badan mama sakit-sakitlah. Tadi pergi tengok site. Lenguh sangat ni. Boleh ya, sayang?” Puan Halida sudah merebahkan kepalanya di atas sofa yang empuk. Haifa pantas mengurut bahu mamanya. Kesian mama, penat bekerja sampai malam semata-mata mereka dua beranak. Puan Halida memejam rapat matanya. Asyik dia diurut anak kesayangannya itu. Urat-urat sendinya terasa longgar sekarang.

***

          Puan Halida menuruni tangga dengan pantas. Pasti Haifa sedang menantinya. Segera dia mendekati Haifa yang tekun memotong sayur-sayuran. Terus dia mengucup ubun-ubun anak gadisnya itu. Terkejut dia melihat lobak merah yang dipotong Haifa. Dah macam togeh! Haifa memotong lobak merah itu terlalu halus. Hancur dibuatnya. Namun, disimpan sahaja riak terkejutnya itu takut memanjang pula rajuk Haifa. Puan Halida mencari-cari sesuatu yang boleh di masak bersama lobak merah Haifa itu. Ada ayam, sayur sawi, cili, bawang, halia.. Masak sup ayam sajalah. Tekun dua beranak itu memasak di dapur. Masing-masing menyiapkan tugas sendiri.
          “Mama balik dengan siapa tadi?’ Soalan yang ingin ditanya dari tadi kepada mamanya akhirnya terkeluar juga. Selagi tidak di tanya, makin runsing otaknya ligat berfikir gerangan lelaki itu. Kawan mama ke, bakal papa ke, boss mama ke, macam-macam terlintas dibenak fikirannya.
          Puan Halida menelan air liur. Haifa nampak ke aku balik dengan dia ke? Puas otaknya mencari-cari orang yang sesuai dijadikan mangsa penipuannya. Tak mungkin dia akan berlaku jujur dalam hal ini. Terbongkar pula semuanya nanti. Er.. er..
          “Tu client mamalah. Mama pergi dinner dengan dia sebab nak bincang dengan dia tentang projek baru syarikat. Kebetulan kereta mama rosak, dia nak tolong mama. Dia hantar mama balik. Kereta mama masuk workshop. Mahu tak mahu tumpang naik dengan dia, tapi terpaksa juga. Kan dah malam, mama takut tak dapat teksi pula nanti.” Puan Halida puas dengan tipu helahnya. Moga-moga Haifa percaya. tapi fasal kereta rosak tu betul tau. Orangnya saja yang tak betul.
           “Mama, setahu Haifa tiada polisi mana-mana syarikat pun yang membenarkan stafnya bekerja di luar waktu pejabat. Paling kurang pun sampai pukul tujuh. Tapi itu tak termasuk dengan janji temu di luar pejabat. Tak tahulah pula Syarikat Indera Maju buat polisi macam tu dekat staf-stafnya. Kesian dekat mama. Lagi satu, bukan ke mama ada nombor Pak Mat? Teksi tetap mama tu. Kalau mama telefon dia, dia boleh datang ambil mama kan?” Selamba sahaja Haifa membangkang kata-kata mamanya itu. Nak kelentong Haifa ya? Otak Haifa malam-malam macam nilah dia ligat berfikir, ma. Don't you know that my dearest, mama?
          “Syarikat mama tu lain, Haifa. Dia bagai due date sesuatu projek tu, kita sendiri kena bijak urus masa yang ada. Diorang cuma nak tahu projek tu beres. Kesian dekat mama kan? Mama dah telefon Pak Mat, kebetulan anak dia sakit. Dia tak boleh ambil mama. Esok mama tak tau macam mana. Kereta dah masuk workshop. Pandai-pandailah mama esok,” sungguh bijak arkitek itu memanipulasi fakta. Siap meraih simpati lagi. Hehehe.. kau nak kata apa lagi, Haifa? Nak bidas mama lagi?
          “Boss mama tu memang tak ada akal kan? Tak jaga kebajikan staf langsung. Kesian pula tengok mama ni. Kalau Haifa jadi boss la nanti, Haifa takkan buat macam tu dekat staf Haifa. Habis tu, bila due date projek baru mama tu?” Akhirnya Haifa pasrah dengan mamanya itu. Tapi jangan ingat mama akan terlepas. Watch out, mama! Tangan Haifa ligat menyusun pinggan di atas meja makan. Puan Halida juga sibuk mengacau sup ayam di dalam periuk itu.
          “Bagus anak mama ni. Kalau Haifa jadi boss, Haifa jangan buat macam tu ya. Kesian pula staf Haifa nanti kan? Mama kena siapkan projek tu sebelum.. sebelum.. 28 Januari ni. Nanti awal bulan Februari dah nak mula pembinaan,” ketika itu masing-masing sudah mengambil tempat di tempat duduk masing-masing. Berkepul-kepul asap keluar dari mangkuk yang terisi sup ayam itu. Hari ni makan sup aje. Dah macam orang sakit pula.
          “Perbincangan mama tu dah siap ke belum? Tak kan tak cukup tiga jam tu?” Nada Haifa ternyata sinis buat mamanya. Haifa sudah merangka perangkap buat mamanya.
          “Belum sayang. Tak sempat rasanya tadi. Lagipun, orang tu datang lewat. Mama pula nak cepat balik. Kepala ni asyik teringat dekat Haifa aje.” Tangan Puan Halida sempat mencuit dagu Haifa.
          “Mama, hari ni sudah 29 Januari tau mama. 1 Februari lagi tiga hari aje. Sempat ke mama nak hand up projek tu nanti?” Terkedu dia mendengar kata-kata Haifa yang penuh lagak selamba itu. Haifa mengangkat kening dua kali. Mata Puan Halida segera meliar mencari kalendar. Ya Allah, betullah! Puan Halida sudah menelan liur. Alasan apa lagi aku nak buat ni? Aduh, susah juga kalau anak dah terlebih pandai.
           “Mama lupa pula nak buat air. Kita minum jus ajelah ya? Sekejap mama ambil dekat peti sejuk ya,” segera Puan Halida menukar topik. Tidak mahu dia terus-menerus diasak dengan soalan-soalan kontroversi anaknya itu. Haifa sudah tersenyum sinis melihat kelibat mamanya yang menghilang masuk ke dapur. Kan dah kena. Nak tipu Haifa lagi? Haifa Harina bukan sebarangan orang tau. Hahaha...

***

            Haifa membelek-belek minit mesyuarat yang lepas. Terlalu banyak kesilapan ejaan. Itu tidak termasuk lagi dengan bahagian perbentangan usul. Usul yang di kemukakan Adham tentang pelajar yang disyaki merokok di belakang tandas pelajar lelaki tiada! Sudahlah itu isu penting yang ingin di bentang kepada Cikgu Fadzil.  Kalau tak ada, macam mana nak bentang? Adham disisi sedang khusyuk mencatat sesuatu di dalam buku notanya. Ahli Jawatankuasa Badan Disiplin dan Pengawas yang lain juga khusyuk meneliti minit mesyuarat yang lepas. Haifa berdiri tanpa di suruh.
          “Afiqah! Macam mana awak buat kerja, hah? Banyak sangat kesalahan ejaan. Usul hyang dikemukakan Adham pun tak ada. Macam mana kami nak bentang kepada Cikgu Fadzil?” Kesabarannya yang dipelihara selama dua hari ini mencapai tahap maksima. Kalau Mr. Counselor tahu mesti kena marah. Semua ahli jawatankuasa terkejut dengan suara Haifa yang nyaring memecah hening Bilik Mesyuarat itu. Adham di sebelah juga terkejut. Pen di tangannya juga sudah terpelanting  hilang entah ke mana. Segera minit mesyuarat di hadapannya di capai. Kaca mata diangkat sedikit. Mencari-cari bahagian yang dikatakan Haifa tadi.
          Afiqah sudah membuat muka jelik. Geram dengan tindakan Haifa yang cuba mencabarnya. Adham sudah menarik kerusi menyuruh Haifa duduk kembali. Haifa merengus kasar. Haifa membisik-bisik sesuatu kepada Adham. Makin meluat Afiqah dibuatnya. Segera Afiqah berdiri. Mahu menegakkan benang yang basah!
          “Hei, saya tulis guna komputer tau. Biasalah tu kalau ada kesalahan ejaan. Typing error is common thing okey! Yang awak nak marah-marah dekat saya ni kenapa?”
          “I can admit that. Tapi macam mana dengan usul merokok tu? Awak nak kata apa lagi? Tiba-tiba saja tangan awak tertekan delete masa awak tengah taip usul Adham waktu tu. Macam tu?” Geram sungguh Haifa dengan tindakan Afiqah. Nak bela lagi tu, padahal sudah terang lagi bersuluh salah dia. Afiqah bagai cacing kepanasan. Apa lagi yang perlu dikatakan bagi membuktikan yang dia ‘tidak’ bersalah. Afiqah sudah memberi jelingan maut kepada Haifa. Adham sudah cuak. Petikaman lidah antara Haifa dan Afiqah sudah memuncak. Setiap kali mesyuarat mesti macam ni! Aduh..
          “Haifa! Afiqah! Duduk sekarang!” Adham sudah menggunakan kuasa vetonya untuk mententeramkan keadaan. Haifa sudah kembali duduk. Cuma Afiqah yang masih tegak berdiri sambil memeluk tubuh. Adham sudah naik geram dengan tindak-tanduk Afiqah yang degil. Masalah betullah budak ni! Aku sepupu kau sekali pun, tak bermakna kau boleh buat macam ni!
          “Afiqah! Awak nak saya buat  apa lagi sampai awak boleh duduk? Atau awak nak saya halau awak terus?!”. Adham bijak membezakan perihal keluarga dan tugas. Andai berada di luar sekolah, Adham biasa diri dipanggil ‘Abang Am’ apabila berbual bersama Afiqah. Namun, jarang juga Adham berbual dengan Afiqah. Malaslah!
          Segera Afiqah duduk di tempatnya. Takut dengan ugutan Adham. Bukan boleh main dengan si Adham ni. Sekejap-sekejap angin dia baik, sekejap-sekejap boleh jadi taufan pula.
          “Tolong bersikap profesional sikit boleh tak? Kita semua ni pengawas, malah pengawas yang dilantik bagi menerajui BDP tahun ni. Satu badan yang paling  berpengaruh di Sekolah Bandar Mahkota ni. Kita ni contoh kepada pelajar lain, tapi kita sendiri pun tak layak jadi contoh. Jadi pemimpin. Apa-apa masalah kita bincang. Itulah gunanya mesyuarat yang saya jalankan setiap bulan ni. Faham? Sekarang, apa masalahnya, Haifa?”, panjang lebar Adham memberi nasihat kepada semua anak-anak buahnya itu. Sememangnya dia mahukan yang terbaik dalam pentadbirannya tahun ini. Sebagai Ketua Pelajar, itu memang tanggungjawabnya. Haifa di sisi segera di toleh.
          Haifa memberikan senyuman manis kepada Adham. Segera di buka helai demi helai minit mesyuarat di tangannya.
          “Maafkan saya atas keterlanjuran saya tadi. Saya cuma ingin mencari kepastian tentang minit mesyuarat ini. Semua boleh buka bahagian usul pada helaian 11.” Semua ahli mesyuarat membuka halaman seperti yang dinyatakan oleh Haifa.
          “ Satu kemusykilan, di mana usul yang di kemukakan Adham berhubung pelajar Tingkatan Lima yang merokok di belakang tandas? Padahal, kita semua maklum usul itu memang penting sebab kita dah sebulat suara hendak membentangkan usul itu kepada Cikgu Fadzil? Habis sekarang macam mana? Dah lah banyak sangat typing error. Longkang jadi lengkong? Kita nak pastikan longkang yang tersumbat di selenggara ke lengkong yang tersumbat diselenggara? Awak semua tak pelik ke? Itu belum lagi dengan pokok bonzai jadi pokok bohsia!” Seraya itu seluruh ahli jawatankuasa BDP ketawa berdekah-dekah.
         Mesyuarat yang tadinya sepi setelah di tegur Adham menjadi gamat seketika. Adham turut sama gelak. Afiqah sahaja yang masih masam mencuka. Mana tidaknya, kena batang hidung sendiri!
          Afiqah sudah panas pinggul. Seraya dia berdiri untuk membela diri. Namun, niatnya di halang apabila Adham mahu bersuara. Mahu tak mahu, Afiqah terpaksa duduk semula. “Memang apa yang dikatakan Haifa itu benar. Saya baru sedar terlalu banyak kesilapan yang dilakukan Setiausaha BDP kita kali ini. Afiqah, saya mahu awak buat semula minit mesyuarat kali ini. Kalau boleh saya nak cepat. Minggu depan saya, Haifa dan Sara hendak bentangkan usul itu kepada Cikgu Fadzil. Hujung minggu ini pastikan minit mesyuarat yang baru tu dapat pada tangan saya atau Haifa. Boleh?”
 Afiqah mengangguk lemah. Dia perlu akur dengan kehendak ketuanya itu.
          ‘Habis rosak plan aku! Siap kau Haifa, aku tak kan biarkan kau hidup aman!’ Afiqah sudah menyimpan dendam terhadap Haifa. Mesyuarat tengah hari itu tamat setelah dua jam bersidang. Adham sempat mengusik Afiqah tentang minit mesyuaratnya itu. Berderai tawa para pengawas itu sekali lagi. 

***

          Haifa mengemas barang-barangnya yang berselerak di atas meja. Fail-fail Badan Disiplin dan Pengawas juga di susun sekali lagi sebelum di hantar ke Bilik Gerakan Pengawas. Farasyiqeen sudah menghilangkan diri ke tandas. Tinggal Haifa serta Adham sahaja yang masih setia menanti Haifa mengemas barang-barangnya.
          “Haifa, tunggu sekejap.” Adham bergegas mengunci pintu Bilik Mesyuarat untuk mengejar Haifa. ‘Susah-susah aku tunggu dia, selamba aje dia tinggalkan aku.’ Adham berleter sendirian sambil berlari anak mendapatkan Haifa. Haifa sudah mengah menunggu si Adham itu. Lembab! Dahlah aku ni macam mengandung sembilan bulan. Bukan main berat lagi fail-fail ni.
          “Boleh saya tolong awak? Berat ni..” Akhirnya ‘pergi’ juga beban Haifa itu. Haifa segera memberi kesemua fai-fail tersebut kepada Adham. Dah baik hati sangat, angkatlah semua. Adham berlagak macho mengangkat fail-fail yang berat itu. Mereka berjalan beriringan menuju ke Bilik Gerakan Pengawas.
          “Haifa, saya ingat kes merokok tu saya nak serahkan kepada awak. Bolehkan?” Adham memecahkan sunyi sewaktu mereka sudah bergerak keluar dari Bilik Gerakan Pengawas itu.
          “Kenapa pula? Sara kan ada? Lagipun jawatan dia lebih tinggi daripada saya. Nanti apa pula dia cakap.” Haifa bingung dengan kehendak Adham kali ini. Haifa tidak pernah diberi kes-kes yang ‘berprofil tinggi’ seperti itu. Kes merokok kali ini dikatakan mempunyai kaitan dengan Syahir, anak kepada Yang Dipertua PIBG tahun ini. Mesti dia akan gunakan segala kuasa vetonya untuk membela anaknya itu.
          “Sara dan saya sendiri sudah mempunyai kes-kes yang belum diselesaikan. Haifa jangan risau, si Timbalan Ketua Pengawas pertama itu takkan kata apa-apa. Dia sendiri sudah beritahu saya dia tak mahu turut serta dalam kes merokok itu. Sebab tu dia tak turun mesyuarat kali ni. Demamlah konon. Tolong Haifa, awak seorang saja harapan saya,” sengaja Adham merayu-rayu kepada Haifa. Dia sendiri tidak mahu memegang kes merokok itu memandangkan Syahir punyai pengaruh yang kuat di sekolah itu. Adham tidak mahu mencari masalah.
          Haifa sudah memikirkan risiko sekiranya dia bersetuju dengan permintaan Adham itu. Risikonya memang tinggi. Apakan daya, ini memang risiko yang patut di ambil setelah dia bersetuju menyandang jawatan Timbalan Ketua Pengawas kedua setelah Sara. Haifa mengangguk tanda setuju. Adham tersenyum seronok. Hilang satu masalahnya.
          “Nanti saya bagi tahu Haifa kalau Cikgu Fadzil setuju. Benda ni kena minta persetujuan cikgu dulu. Okeylah ya, saya balik dulu. Assalamualaikum..” Adham sudah menghilang bersama motorsikalnya.
          Adham memang berkaliber, namun Haifa juga tahu Adham tidak berani apabila berdepan dengan masalah seperti itu. Lebih-lebih lagi melibatkan Syahir. Nasib baik aku ada, kalau tak nak harapkan siapa lagi? Afiqah? Jangan harap!
          Haifa mengatur langkah menuju ke tempat letak basikal. Farasyiqeen sudah lama setia menunggunya di situ. Kesian pula Haifa melihat Farasyiqeen menunggu sendirian di situ. Segera dia berlari-lari anak mendapatkan rakan baiknya itu.
          “Amboi, bukan main lagi menyembang dengan cik abang dia tu. Kawan sendiri di lupakan ya,” sengaja Farasyiqeen mengusik rakan baiknya itu. Memang Haifa agak akrab dengan Adham memandangkan mereka selalu bersama menyiapkan agenda BDP.
          “Banyaklah kau. Dah jom balik. Aku tinggalkan kau nanti baru tau.” Haifa sudah mengayuh basikalnya meninggalkan Farasyiqeen yang masih tersengih-sengih. Segera Farasyiqeen mengayuh laju mahu memintas Haifa.
          “Hei, tunggu lah!”