Saturday, 31 December 2011

Hyeunja Harina: Part II


          Haifa mengatur langkah longlai menuju ke bengkel Kemahiran Hidup bersama Farasyiqeen. Malas rasanya mahu belajar hari ini. Pagi-pagi lagi dia sudah di sapa dengan senyuman sinis si mulut laser itu. Hari yang di jangka indah berubah mendung dengan angin bertiup kencang tatkala senyuman itu menerjah korena matanya.Farasyiqeen pula asyik menceritakan tentang dua orang pelajar lelaki semalam. Dia di minta untuk menunjukkan kawasan sekolah kepada dua beradik itu semalam. Namun, sedikit pun cerita pengalaman Farasyiqeen tidak menarik perhatian Haifa. Apa yang dapat ditangkap gegendang telinga Haifa, si mulut laser itu namanya Zarif Ilham. Abang dia pula Za.. Za.. Za apa entah. Ah, malas nak ambil tahu! Cukup ajelah senyuman sinis mamat tu.
          Mata Haifa tertancap kepada beberapa pelajar senior Tingkatan Lima yang berbaris panjang, berdiri tegak kalah tentera Jepun ketika dia melintasi tapak perhimpunan. Bersemangat mereka di denda Cikgu Fadzil dengan menyanyikan lagu Negaraku sebanyak lima kali. Itulah, datang lewat lagi. Rasakan! Nasib baik bukan aku yang jaga pintu pagar, kalau tak makin teruk korang kena.
          Sesi pembelajaran Kemahiran Hidup hari ini sungguh bosan. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Tapi, pelajar-pelajar lain seronok semacam pula. Biarlah, diorang nak pandai. Haifa lesu tidak bermaya hari ini. Sarapan pagi pun tidak dijamah. Dua jam waktu pembelajaran berlalu begitu sahaja bagaikan angin menghembus lembut. Farasyiqeen sudah hilang daripada pandangan ketika mereka sama-sama ingin menuju ke kafeteria. Laparlah konon. Orang dekat Somalia tahan sebulan tak makan tau. Kebuluran lagi! Haifa mengatur langkah lambat.
          ‘Malas la nak ke kafe, balik kelas ajelah.’ Haifa sudah berpatah balik menuju ke kelas. Terbelalak matanya melihat seorang pelajar lelaki yang betul-betul di hadapannya. Hidung comel Haifa hampir saja menyentuh dada pelajar itu yang bidang. Tulah, pendek sangat! Habis semua duit syiling di tangannya bertaburan. Pelajar lelaki itu segera terbongkok-bongkok mengutip duit-duit syiling tersebut. Haifa membuka satu langkah ke belakang untuk menjarakkan diri. Haifa masih memerhati. Masih kaget agaknya dengan pelajar lelaki itu.
         “Maafkan saya.” Pelajar lelaki itu menghulurkan duit syiling kepada Haifa sambil membetulkan kedudukan kaca matanya. Haifa masih kaku. Entah apa yang difikirkannya. Fikirannya jauh menerawang merentas Asia Pasifik.
          “Awak.” Sapaan itu membuatkan Haifa kembali ke alam nyata. Lama menatap raut  wajah di hadapannya. Sejumlah duit syiling itu bertukar tangan. Pantas Haifa melangkah pergi. Mahu melarikan diri daripada lelaki itu. Lelaki itu lebih pantas menghalang laluan Haifa. Sengaja lelaki itu mendepakan tangannya. Apa kena dengan mamat ni?
          “Maaf, saya nak ke kelas ni. Boleh ketepikan tangan awak tu?” Haifa bersuara lembut. Sedaya upaya dia cuba untuk bersabar hari ini. Semua ini atas nasihat Mr. Counselor semalam. Haifa menghela nafas. Sabar, sabar Haifa. Anak mata Haifa tepat menatap mata lelaki itu. Cuba mencari kemahuan sebenar lelaki itu.
         “Saya Zafri Iskandar,” lelaki itu menghulurkan salam perkenalannya. Terpinga-pinga Haifa dibuatnya dengan tingkah figura di hadapannya itu. Aku tanya nama dia ke tadi? Berkerut sedikit wajah Haifa. Cuba untuk mencari kepastian.
          “Saya cuma nak minta maaf fasal kejadian semalam. Adik saya memang macam tu. Dia panas baran sikit. Sorry ya,” sayu sahaja suaranya. Ikhlas. Baru Haifa teringat, pelajar lelaki ini ada bersama si mulut laser semalam. Cuba menjadi penyelamat keadaan.
          “Okey, saya maafkan. Ada apa-apa lagi tak? Saya nak ke kelas sekarang.” Haifa menjawab acuh tak acuh. Mahu secepat mungkin pergi dari sini. Sudah bertukar merah kulitnya keputih-putihan terkena terik matahari. Kepalanya juga sudah terasa pening. Dahlah orang asyik perhati aje dari tadi, tak fasal-fasal kena tuduh skandal dengan mamat ni.
          “Tak, itu aje.” Mendengar akhir kata Zafri, Haifa sudah menghayun langkah pergi. Zafri menghantar Haifa dengan pandangan sayu.
        Dia tak mahu sembang panjang dengan aku ke? Huh, redha ajelah. Dah orang tak sudi, buat apa nak memaksa. Zafri bermonolog di dalam hati. Dia sudah ingin berpatah balik menuju ke Blok Tawakal, blok khas Tingkatan Lima.
          ‘Alamak, dia patah balik! Macam mana ni?’ Zafri membetulkan rambutnya yang tersikat rapi menggunakan tangannya. Dia tersengih bagai kerang busuk melihat Haifa yang semakin mendekat.
           “Awak tak nak masuk kelas ke? Kalau tak salah saya sekarang waktu rehat Tingkatan Tiga aje dan awak ni Tingkatan Lima kan? Dah tak tau peraturan sekolah?” Tergamam Zafri dibuatnya. Ingatkan Haifa hendak bersembang dengannya lagi, rupa-rupanya hendak menghalaunya ke kelas. 
            “Ops, maaf. Saya pergi dulu. Bye..” Zafri sudah berlari menuju ke kelasnya sambai melambai-lambai ke arah Haifa. Haifa tersenyum. Seronok melihat si Zafri itu kelam-kabut. Bukan apa, Haifa suka melihat wajah Zafri yang comel itu. Iras pelakon Korea, Rain yang berlakon dalam drama bersiri Full House itu. Haifa kembali menapak pulang ke kelas dengan hati yang berbunga ceria kembali.

***

           Rutin biasa bagi Shira, petang itu dia perlu bertugas di perpustakaan sekolah. Perkara paling dibencinya pada setiap hari Selasa. Bukan apa pun yang akan dilakukannya di perpustakaan itu selain hobi kesukaannya, tidur! Yalah, Cikgu Razak selalu tiada di perpustakaan. Shira pun bermaharajalelalah! Hahaha.. Shira menolak perlahan slide door perpustakaan itu. Terhendap-hendap ke dalam ruang perpustakaan itu mencari kelibat Cikgu Razak. Yes, tak ada! Hati Shira berbunga riang. Resah yang menyelubung diri kerana lewat datang melapor diri hilang begitu sahaja. Barulah aman hari ni nak jalankan ‘tugas’ aku tu nanti.      
          “Ehem.” Deheman itu amat dikenalinya. Perlahan-lahan dia menoleh kebelakang. Alamak, cikgu! Shira sudah tersengih-sengih seperti kerang busuk.
          “Awal kamu datang hari ni.” Aduh, pedasnya. Terasa sampai ke ulu hati. Nada Cikgu Razak lebih ke arah memerli Shira. Tergaru-garu Shira mencari alasan. Kepalanya yang bebas kutu itu  terasa gatal sekali.
          “Er.. er.. Maaf cikgu. Tetiba aje tadi perut saya memulas-mulas. Saya pergi tandas sekejap. Tak sangka sampai satu jam. Entahlah saya makan apa tadi. Mungkin keracunan,” sengaja Shira membuat wajah yang berkerut-kerut untuk menambahkan lagi perisa dalam lakonannya. Walaupun tidak nampak berasas terperap dalam tandas sampai satu jam, tapi itu yang paling relevan baginya. Lebih baik daripada mengaku tertidur di dalam surau sehingga meleleh air liur di atas sejadah surau! Habis berpeta sejadah itu dibuatnya. Itupun nasib baik Farasyiqeen mengejutnya dari tidur. Alamatnya tak datang bertugaslah si Shira ini.
          “Tak mengapa. Kira bagus jugalah perut kamu tu tak sakit lama. Ada kerja yang kamu kena buat petang ni. Ada stok buku baru sampai. Cikgu dah suruh pustakawan junior masukkan data ke dalam sistem. Cuma nak kena susun aje. Tapi kamu kena buat seorang. Najiha ada kecemasan, jadi dia tak boleh datang bertugas. Dia dah inform kepada cikgu tadi. Kamu boleh buat seorang kan? Kerja senang aje.” Arahan diktator Cikgu Razak menyentap seluruh kehidupan Shira petang itu. Macam mana tidur aku? Huwaaa.. kejamnya Najiha! Sampai hati kau biarkan aku terkontang-kanting kat sini seorang diri. Huhu.. hari Shira di rasakan gelap petang itu. Habis rosak program aku!
          “Shira.”
          Shira kembali menatap wajah diktator di hadapannya. Terkebil-kebil dia melihat Cikgu Razak. Sengaja di comelkan mukanya untuk mendapat simpati Cikgu Razak. “Kamu boleh buat kan? Kerja senang ja ni..”
          Senang? Memanglah senang, tapi... .
           “Apa yang cikgu tahu, pukul lima nanti cikgu datang tengok kamu. Okey? Cikgu pergi dulu, ya.” Shira masih melihat kelibat Cigu Razak pergi sehingga hilang dari pandangan mata. Shira menapak masuk ke dalam perpustakaan itu. Segera dia melihat pada jam di pergelangan tangannya. 3.00 petang. Dua jam lagi sebelum Cikgu Razak datang semula. Yes, ada masa lagi. Kalau tidur sejam aje pun cukup dah ni. Asalkan boleh ‘qada’ tidur aku yang diganggu Farasyiqeen tadi. Semua buku di atas kaunter pertanyaan itu di tolak ke tepi. Belum sempat lima saat berlalu, mata Shira sudah terpejam rapat apatah lagi dengan bantuan suhu dingin 22 darjah celcius.

***

          Shira terkebil-kebil bangun. Dia cuba untuk membuka kelopak matanya yang terasa berat. Berpinar-pinar matanya menahan sinaran cahaya lampu pendaflour di dalam perpustakaan itu. Bunyi tolakan slide door yang agak kuat itu mengejutkannya. Kelibat seorang pelajar lelaki masuk ke dalam perpustakaan. Shira masih lagi dalam keadaan mamai. Air liur basi yang masih melekat di pipinya segera di lap. Sempat lagi pelajar lelaki itu memberi senyuman manis kepada Shira dengan adegan menjijikannya itu. Terlopong mata Shira. Handsomenya!
          Shira kembali sedar. Anak matanya kembali menyoroti figura itu sehingga pelajar lelaki itu mengambil tempat duduk. Shira menoleh sekilas jam di pergelangan tangannya. 4.30 petang. Ala, baru 4.30.. awal lagi.  
        4.30? Awal? Tu kau kata awal. Lagi setengah jam Cikgu Razak nak datang tau.
        Tergopoh-gapah Shira mengangkat sekotak stok buku baru di bawah kaunter. Ada dua kotak ke? Ya Allah, banyaknya.. Segera di bawa kotak itu ke sebuah rak buku.
          “MasyaAllah, tingginya. Macam mana nak panjat?” Shira sudah tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Semua rak buku di bahagian bawah sudah terisi penuh. Tinggal tiga bahagian atas saja yang tidak di isi lagi pada rak bahagian Sejarah dan Geografi. Segera di capai sebuah kerusi plastik di sudut meja bacaan di situ. Satu per satu buku itu di susun. Kelam-kabut Shira menyusun buku-buku itu yang agak tebal itu.
          Matanya tiba-tiba tertancap pada satu kelibat. Pelajar lelaki itu! Tangannya sudah terhenti dari menyusun buku. Matanya telah terpaku pada satu figura kacak di hadapannya itu. Matanya menyoroti tingkah pelajar itu yang sedang mencari buku di sudut rak yang sama.
          Tiba-tiba mata mereka bertemu. Kaget Shira. Habis kantoi aku, kan dah kena tangkap! Shira kembali menyusun buku dalam keadaan terkoncoh-koncoh. Zafri hanya tersenyum melihat aksi gadis itu yang terkantoi memerhatikannya dari tadi. Bukan dia tidak perasan, sengaja dia mahu memerangkap gadis itu. Shira sudah tidak menghiraukan pelajar itu. Segera dia kembali fokus pada tugas yang menanti untuk dibereskan. Shira cuba meletakkan buku di ruang paling atas. Dia menjinjatkan kakinya agar dapat diletakkan juga. Tidak semena-mena, Shira hilang pertimbangan. Dupp!! Bagai nangka busuk gugur, Shira jatuh bersama-sama buku-buku yang tebal itu.
          “Aduh, sakitnya kepala aku! Kurang asam punya buku. Salah kaulah!” Shira mengusap-usap kepalanya yang sakit akibat dihempap buku-buku tebal itu. Zafri turut sama terkejut. Dia yang baru ingin menapak pergi terkejut mendengar bunyi seperti dentuman gempa bumi. Agak kuat. Terkejut dia melihat gadis tadi jatuh terkangkang bersama-sama buku-buku yang berselerakan di sisnya.
              Shira segera manarik kain sekolahnya yang sudah terselak sehingga ke pangkal betis. Terserlah kakinya yang berpeta-peta itu! Shira cuba untuk berdiri, namun ruang yang sempit itu menyukarkan dirinya. Segera Zafri menarik lengan gadis itu sekadar untuk membantu gadis itu berdiri. Mujur berlapik. Lagipun, tiada niat lain pun.
          “Terima kasih,” hanya itu yang terpacul perlahan dari mulut Shira. Panas menyelubung mukanya akibat terlalu segan. Apatah lagi hanya mereka berdua saja yang berada di dalam perpustakaan itu. Boleh kena tangkap basah ni. Pelajar lelaki itu hanya tersenyum nipis. Ada lesung pipit! Terserlah lagi kekacakannya.
          “Awak okey?” Bagai orang bodoh sahaja Zafri menanyakan soalan itu kepada Shira. Walhal, dia sendiri nampak Shira yang mengusap-usap kepala dan pinggangnya itu. Mesti sebab jatuh terkangkang tadi.
            “Okey.” Sepatah sahaja yang terpacul keluar.
         Sungguh, pinggangnya terlalu sakit mengenangkan dirinya yang terjatuh dalam ruang yang sempit. Aduh, malang la nasib kau Shira. Zafri segera menarik sebuah kerusi plastik lalu di tolak kepada Shira. Shira yang masih bingung hanya menurut. Segera dia duduk di atas kerusi  itu. Huh, lega sikit kesakitan pinggangya. Alamat boleh mandul aku kalau tiap-tiap hari jatuh macam itu.
          Zafri mengutip buku-buku yang bertaburan di atas lantai. Segera dia meletakkannya ke dalam sebuah kotak di situ. Satu per satu buku-buku tebal itu di susun. Dengan ketinggian seperti seorang pemain bola keranjang, mudah sahaja bagi Zafri untuk menyusun buku-buku itu. Bukan macam Shira. Sampai terjatuh!
          Shira merebahkan kepalanya di atas meja bacaan itu. Teruja melihat pelajar lelaki itu menyiapkan segala tugasnya tanpa di suruh.
          ‘Amboi, baiknya! Kasihanlah pula, nak tolong ke tak? Malaslah, baik tidur.’
          ‘Apa pula, tak kan kau nak biar dia buat sorang aje kot? ‘
         ‘Aku tak suruh pun, dia yang nak. ‘
          ‘Habis kau nak tengok aje? Serius tak nak tolong?’
          ‘Yalah, aku tolonglah ni.’
          Perbalahan antara akal dan nafsu Shira akhirnya berpihak kepada akal. Terpaksalah Shira menggagahkan diri membantu apa yang patut. Tak ikhlas pun! Shira menghulur setiap buku tebal itu kepada Zafri. Mudah bagi Zafri agar tidak terbongkok-bongkok mengambil buku-buku itu.
           Simpati Zafri melihat gadis itu. Sakit-sakit pun nak tolong juga. Gadis itu nampak malu-malu. Mungkin segan kepadanya memandangkan gadis itu sudah terkantoi memerhatikannya tadi. ‘Hahaha.. kacak sangat ke aku ni? Perasan! Huh.’ Tangannya masih ligat menyusun buku.
          Tiba-tiba sahaja gadis itu mengatur langkah pergi. ‘Aik? Dia nak pergi mana pula? Tak kan nak biarkan aku susun sorang-sorang? Padahal ni kerja dia kan?! Tak boleh jadi ni! Ishh!’ Zafri sudah turun dari kerusi itu. Segera mencari si gadis hitam manis itu. Tak ada?! Huh..
          Matanya tiba-tiba tertancap pada susuk seseorang yang sedang terbongkok-bongkok di tepi kaunter pertanyaan itu. Susuk tubuh yang tersarung baju uniform sekolah berwarna kuning sedang mencari-cari sesuatu. Gadis tu kan? Zafri segera mendekati. Zafri menjengah ke dalam kawasan kaunter itu di sebalik tubuh gadis itu yang menghadangnya.
          “Nah, ni ada satu kotak lagi. Awak boleh tolong saya kan?” Segera Shira menghulur sekotak buku-buku yang perlu di susun kepada Zafri. Kotak itu bertukar tangan. Shira mendahului jalan di hadapan manakala Zafri hanya mengikut dari belakang. Macam Queen Contol pula lagaknya. Segera Zafri memanjat kerusi plastik itu tanpa di suruh.
          Tatkala itu juga Shira terus-menerus menghulur satu per satu buku kepada Zafri untuk di susun. Sepi. Tiada sepatah kata pun yang terpacul dari mulut Shira mahupun Zafri. Masing-masing membisu.
          Shira yang selama ini peramah orangnya itu pun tidak tahu bagaimana ingin memulakan kata. Otaknya beku! Hanya sesekali helaan nafas terdengar dari mulut Zafri. Mana tidaknya, pantas sahaja Shira mencapai setiap buku lalu di hulrkan kepada Zafri. Semput Zafri dibuatnya. Akhirnya dua kotak buku itu sudah siap tersusun.
          “Terima kasih.” Ringkas.
          Hanya itu yang mampu terucap oleh Shira sebelum mengambil tempat di kaunter pertanyaan. Jam di tangan di toleh sekilas. Tepat. Jarum jam tangannya tepat menunjukkan pukul lima.
          Zafri terkebil-kebil melihat tingkah gadis itu tadi. Itu aje? Susah-susah aku susun, terima kasih aje dia bagi. Bukan nak belanja aku minum ke, okeylah juga. Zafri melangkah pergi ke tempat duduknya lalu menyusun semua alat tulisnya. Dia menyimpan semua buku rujukan yang diambil tadi. Bunyi slide door ditolak mencuri perhatiannya. Wajah Cikgu Razak, penyelaras pusat sumber terpacul di muka pintu. Guru itu sedang berbual dengan gadis tadi. Gegendang telinga Zafri sempat menangkap perkataan ‘stok baru’ ketika melintasi di hadapan mereka. Ooo, ni mesti kes cikgu suruh dia susun buku-buku tadi tu. Tak fasal-fasal aku pula yang susun.
          Zafri menapak keluar. Segera dia menyarung kasut sekolahnya. Gadis itu turut sama keluar. Dia segera mengambil posisi duduk di hujung bangku yang sama sedang diduduki Zafri. Gadis itu turut menyarung kasut sekolahnya. Gadis itu lebih pantas. Segera Shira mengatur langkah pergi turun dari bangunan tiga tingkat itu. Tidak mahu berlamaan di situ memandangkan hanya mereka berdua sahaja di bangunan itu. Shira yakin, pejabat di tingkat dua sudah ditutup termasuk juga bilik guru di tingkat yang sama.
          Zafri terkocoh-kocoh mengikat tali kasutnya kerana mahu mengejar gadis itu. Zafri membuka langkah seribu mendapatkan gadis itu. Tiba di tangga paling bawah, matanya meliar mencari kelibat gadis itu. Aik? Hilang? Bela hantu ke budak tu? Huh.. dah lah tak tau nama dia, sekurang-kurangnya dapatlah juga nombor telefon. Ni tak, habuk pun tak ada!

Friday, 30 December 2011

Hyeunja Harina: Part I


BAB 1 : PERTEMUAN
Krreeekk...”
          Gadis itu menghela nafas. Jam dipergelangannya ditoleh sekilas. 7.20 pagi. Puas hatinya pagi ini. Pintu pagar utama Sekolah Bandar Mahkota sudah ditutup rapat. Siap dikunci lagi dengan mangga besar. Tugasnya sudah selesai. Gerenti beres! Senyuman sinis terukir di bibir. Sememangnya dia nampak kelibat dua orang pelajar lelaki yang menapak lembab ke arah pintu pagar sekolah.
         Baru padan muka korang. Ingat ni sekolah bapa korang ke? Dia tersenyum sinis sambil mengatur langkah selamba dengan lenggoknya.
          ‘You're my next victims, boys.’ Dia ketawa jahat ala Cruela De Vil dalam kartun animasi 101 Dalmatian. Sempat lagi dia melemparkan senyuman manis kepada Pak Abu, pengawal keselamatan sekolah. Pak Abu hanya menggeleng lemah melihat gelagat gadis itu ‘mengurung’ pelajar-pelajar lelaki tersebut di luar pagar.
          “Hoi, kau buta ke apa, hah? Tak nampak kami ni ke ?!” Terkedu gadis itu seketika. Ayat itu benar-benar menggetarkan gegendang telinganya.
         Amboi, ‘cantik’nya bahasa. Memang kau sengaja cari fasal. Kau tak kenal aku lagilah, ni Haifa Harina. Aku ulang, Haifa Harina tau! Tak pernah ada seorang makhluk di atas muka bumi ni yang berani cakap dengan aku macam tu. Habis kau nanti, aku ganyangkan kau. Haifa pantas menoleh. Ingin mencari tahu gerangan anak jembalang mana yang berani meninggi suara kepadanya.
           Ada dua orang pelajar lelaki sedang berhadapan dengannya sekarang. Seorang berkaca mata, seorang lagi nampak kemas dan menarik perhatian cuma dari riak mukanya yang bengis, hilang segala daya tarikannya. Pasti pelajar itu yang meninggi suara tadi.   Wajah mereka tidak pernah lagi di lihat Haifa di dalam Sekolah Bandar Mahkota. Haifa yakin, mereka pasti pelajar baru.
           “Aku belum rabun atau buta lagilah. Ya, aku nampak. Nampak sangat. Tapi sedar tak yang kau ni datang lewat. Lewat dua puluh satu saat. Dua puluh satu saat  kau tau tak!” Sudah melambung tinggi lontaran suara Haifa kepada pelajar lelaki itu. Pelajar itu sengaja menyimbah minyak tanah ke dalam api kemarahan Haifa dengan mulut yang di cebik. Pelajar lelaki berkaca mata di sebelah mamat kurang ajar itu hanya mengambil tindakan yang lebih efektif. Berdiam diri.
          “Eleh, kepohlah kau ni. Dua puluh satu saat pun kau kira ke?” Pelajar lelaki itu menambah marak api kemarahan Haifa. Mulutnya dicebik lantas memalingkan wajah ke tempat lain. Nak muntah pula tengok muka minah ni lama-lama!
         
          “Maaf ya. Boleh tolong bukakan pintu pagar ni tak? Kami cuma lewat beberapa saat aje. Janganlah berkira sangat ya. Kami minta maaf.” Pelajar lelaki yang dari tadi berdiam diri pula bersuara. Alahai, sopan-santunnya. Muka berkerut Haifa sudah beransur manis.  
         ‘Erm.. sekali tengok rasanya budak ni lebih senior daripada aku. Muka pun boleh tahanlah juga. Dahlah pakai kaca mata bingkai putih, terserlah raut wajahnya yang berkulit cerah. Bahasa pun okey aje.’ Sempat lagi Haifa menafsir figura pelajar lelaki di hadapannya. Lagaknya cuba menjadi survivor di sini.
          Haifa mendengus geram. Ingin saja dicilikan mulut si kurang ajar tu, tetapi pelajar lelaki yang baik semacam itu sudah berjaya memadamkan sedikit api kemarahannya. Huh, tak kiralah. The point is they're still late. Haifa, jangan lemah sangat dengan budak lelaki ni. Budak lelaki macam ni memang patut di ajar.
          “Hah? Tolong bukakan? Sampai kiamat pun aku takkan buka pintu pagar ni untuk korang. Tunggu aje kat sini, aku ‘tolong’ panggilkan guru disiplin untuk korang. Baru padan muka korang. Nak tunjuk bagus sangat ya, rasakan!” Haifa menghambur lagi kemarahannya. Sengaja ditekankan lagi perkataan ‘tolong’ itu. Api kemarahan Haifa meledak kembali.
          “Apa kau ingat bagus sangatlah kau tu? Pengawas hingusan macam kau ni setakat hujung ibu jari kaki aku ajelah. Ada aku heran kau nak panggil siapa pun. Panggillah, pergi panggil. Panggil Adolf Hitler pun aku tak kisah. Alang-alang tu panggil sekali dengan pasukan SWAT, CIA, Interpol atau FBI. FRU sekali pun tak apa. Panggillah!” Lancang sungguh si kurang ajar itu. Memang cari nahas sungguh. Pelajar lelaki itu sekadar memeluk tubuh dengan wajah yang selamba. Dasar selamba anak badak!
          “Rif, biar abang handle okey.” Pelajar lelaki yang berkaca mata itu pula bersuara. Menyampuk!
          “Okeylah. Macam ni, kalau awak nak panggil guru disipiln pun tak apa. Kami memang kena pergi jumpa guru disiplin pun. Cikgu Fadzil kan? Tak apalah, kalau awak nak pergi panggil, kami tunggu aje dekat sini.” Sekali lagi pelajar berkaca mata itu hendak menjadi hero penyelamat di sini. Haifa terus tertekan di hadapan pintu pagar sekolah itu. Kaki kanannya menghentak tanah.
          “Kau dengar sini..”
          “Tadikan kau kata nak panggil guru disiplin kau tu. So, kau terpacak apa lagi dekat sini? Pergilah. Aku tak ingin pun nak tengok muka kau lama-lama dekat sini. Nak muntah tau tak?!”
          “Rif, please. Kawal sikit bahasa tu”
          Dia menghadap Haifa dan menyambung lagi. “ Awak, kami minta maaf sangat. Kami sebenarnya pelajar baru. Kami baru nak melapor diri pagi ni. Tapi, sebelum tu kami kena jumpa Cikgu Fadzil dulu. Memang kami lewat. Kami mengaku. Mungkin, awak boleh tolong kami. Hari ni hari pertama kami. Bawa kami jumpa Cikgu Fadzil. Awak bolehkan pertimbangkan permintaan saya ni?”
          Haifa mencebik.
         Baiklah konon. Piirah!
          “Eeee... bernanah juga telinga comel aku ni. Buat ayat merayu pula.” Omel Haifa sendirian. Tanpa disedari omelan Haifa mampu mencecah ke gegendang telinga dua orang pelajar lelaki itu.
           “Mana ada, at least berkudis aje telinga comel awak tu.” kata-kata pelajar lelaki berkaca mata itu disusuli pula dengan senyuman manis yang terukir di bibirnya. Nak ambil hati akulah tu! Erm.. ada lesung pipit dekat sebelah kiri pipi dia. Kacak!
          “Student baru ke.. student lama ke, korang tetap buat salah. Salah tetap salah! Tak apa, korang tunggu dekat sini. Nanti baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah. Siap kau!” Jari telunjuk Haifa lurus ke batang hidung pelajar lelaki yang kurang ajar tadi. Tegas suara Haifa sebelum dia menapak pergi. Mahu cepat-cepat beredar sebelum imannya cair dek kata-kata manis pelajar lelaki berkaca mata itu tadi. Tetapi tak semudah itu juga. Pantas dia berpusing ke belakang.
          “Opocot mak kau!” Habis terkeluar latah Haifa akibat terkejut dengan kehadiran Farasyiqeen di belakangnya. Terhambur keluar tawa kedua-dua pelajar lelaki itu. Tetapi lagi kuat Pak Abu mentertawakannya. Kurang asam! Orang tua ni pun naik sama.
          Mana tidaknya, hampir saja di luku kepala rakan baiknya itu. Mujur Farasyiqeen sempat mengelak. Sudah masak sangat dengan perangai si Haifa ini. Tersenyum Farasyiqeen melihat muka rakannya yang terkejut dengan kehadirannya.
         “Muka nampak muda lagi, tak sangka tahap latah kalah mak nenek.” Kata-kata si mulut laser itu di ikuti pula dengan tawanya yang berdekah-dekah. Pelajar lelaki yang berkaca mata turut ketawa tapi masih cuba mengawalnya. Merah padam muka Haifa menahan malu, menahan amarah. Pantas budak lelaki itu di jeling 180 darjah.
         “Gelak sampai nak tercabut anak tekak. Apa yang lucu sangat?!” Suara Haifa meninggi dalam menutup malunya. Kedua-kedua pelajar lelaki masih terus mentertawakannya. Pak Abu tidak terkecuali!
          Farasyiqeen hanya menunggu reaksi rakannya. Sudah puas dia melihat babak pertama pergaduhan rakan baiknya dengan pelajar baru itu tadi. Sekarang, masuk babak kedua. Tapi kali ini lebih teruk. Berani sungguh pelajar lelaki itu mengejek si ‘singa betina’ ini. Memang cari nahas! Tiada lagi walau seorang pelajar pun si Sekolah Bandar Mahkota ini yang berani mengejek Haifa, tetapi pelajar baru itu sudah lebih!
         “Shut up!” Terbelalak mata Farasyiqeen. Rakannya sudah mengamuk. Habislah, tak fasal-fasal bertukar jadi The Incredible Hulk pula. Mata Haifa kembali tertancap pada Farasyiqeen.
          “Kau buat apa dekat sini? Tak reti bagi salam dekat orang dah?” Kata-kata Haifa agak kurang ajar tapi itu sudah menjadi kebiasaan bagi Farasyiqeen. Sempat lagi Farasyiqeen melemparkan senyuman manis. Kaca mata yang sedikit melurut jatuh di betulkan. Mencari kekuatan untuk berhadapan dengan Haifa yang sudah menyinga.
           “Er..er.. Aku dah lama berdiri belakang kau tadi. Kau aje yang tak perasan. Sebenarnya, Cikgu Fadzil suruh aku panggil diorang ni. Cikgu  takut apa-apa jadi dekat diorang ni sebab kau yang jaga pintu pagar hari ni. Gerenti tak boleh masuk punya. Cikgu dah maklum tentang kelewatan diorang ni. Sorry ya, kalau aku buat kau terkejut. Tak ada niat pun.” Teragak-agak Farasyiqeen menyusun ayat. Kalau tersalah cakap, takut bertukar jadi monster pula. Cukup ja la Hulk biru ni.
          Haifa menghela nafas. Cuba menahan amarah. Bukan salah rakannya pun, dia memang kuat melatah. “Tak apalah. Kau pun tau perangai aku kan. Tapi, no, no, nope and never. Mana kreadibiliti kau, Qeen? Takkan sebab tengok muka dua orang mamat separa handsome ni kau dah cair? Hei, wake up man! Aku takkan lepaskan sesiapa pun yang langgar undang-undang sekolah. Dahlah sesuka hati sesedap rasa dia melawan aku. Siap gelakkan aku lagi. Kurang ajar!” Pandangan Haifa kini kembali kepada si kurang ajar plus mulut laser.
            Dia hanya berpeluk tubuh sambil bersiul halus. Tiada sedikit pun perasan gentar jika di sabitkan kesalahan. Kerana dia tahu dia akan terlepas! Cikgu Fadzil tak kan berani mengambil tindakan terhadapnya. Face dulu papa aku kalau nak sentuh anak bongsu dia ni. Cuma, muka pelajar berkaca mata itu sahaja yang kelihatan resah semacam. Resah dengan keadaan yang semakin genting. Adiknya pula tidak sedar diri lagi asyik menuang berbotol-botol minyak tanah ke api kemarahan Haifa.
          “Tapi, ni arahan Cikgu Fadzil. Biarlah dekat diorang, kita biarkan aje Cikgu Fadzil yang ambil tindakan. Lagi pun apa sangatlah yang kita boleh buat. Setakat boleh ambil nama aje. Bukannya kita boleh libas diorang pun. Cikgu pun tak buat. Dahlah ya, bagi kunci pagar tu  dekat aku. Biar aku aje yang buka. Ya?” Farasyiqeen cuba menarik semula perhatian Haifa. Tangan Haifa yang erat menggenggam kunci pagar di tarik lembut. Cuba mengambil kunci dari genggaman Haifa.
         Tangannya di rentap. Mengeras seluruh tubuh Haifa. Bibirnya diketap rapat.
          “Tak nak! Aku takkan lepaskan dua orang mamat ni. Sengaja diorang nak cabar kredibiliti aku. Apa diorang ingat ni sekolah bapa diorang?! Kalau ya sekalipun, diorang takkan terlepas dari peraturan sekolah!” Tinggi nada suara Haifa. Gunung berapi sudah meletus. Meluap-luap api kemarahannya kali ini. Keadaan semakin gawat. Habis wajah yang putih-keputihan itu merona merah akibat menahan geram. Geram bercampur amarah. Ini tak boleh jadi, korang memang nak mati awal! Kecut perut dua orang mamat itu dibuatnya. Kaca mata Farasyiqeen turut terlurut jatuh. Pergh, memang dahsyat!
          “Haifa, sabar kawan. Sabar..” Farasyiqeen menenangkan perasaan kawannya ini. Dapat ditangkap dengusan nafas Haifa yang keras. Tangan Haifa yang memegang erat kunci mangga pintu pagar sekolah dielus lembut. Terus ditarik kunci pagar itu dari genggaman Haifa. Terkedu Haifa dibuatnya. Senyuman manis lantas diukir supaya kemarahan Haifa tidak meletus lagi.
         “Cikgu Fadzil dah tunggu lama tu. Nanti apa cikgu kata pula. Apa-apa pun, terima kasih Haifa.” Terus Farasyiqeen mengatur langkah pergi membuka pintu pagar sekolah sambil menggoyang-goyangkan kunci mangga pintu pagar sekolah.
          Tersenyum kambing si mulut laser itu. Sempat lagi dia melanggar keras bahu Haifa sewaktu melewati di sebelah Haifa sehingga hampir terdorong ke depan gadis itu dibuatnya. Haifa mendengus geram. Sudah di angkat tangannya mahu meluku kepala pelajar itu. Pantas pelajar itu berlari-lari anak daripada Haifa untuk beriringan dengan abangnya. Haifa hanya mampu melihat dua orang pelajar lelaki itu pergi bersama lenggok Farasyiqeen.
          Puas hati Zarif melihat muka berkerut si singa betina itu. Hahaha.. padan muka kau! Tapi, ini tak cukup lagi!
           “Aargh!

***

           Kakinya mendaki laju anak-anak tangga menuju tingkat atas rumah teres dua tingkat itu. Haifa terus meluru laju ke dalam bilik dan mengunci pintu rapat. Di rebahkan badannya ke atas tilam setebal lima inci itu. Empuknya! Fikirannya tidak tenteram sewaktu makan malam tadi mengingatkan seseorang yang pasti menunggunya di alam maya. Papan kekunci komputernya lantas di tekan. Tidak mahu si dia menunggu lama. Yes, dia online. Tertera nama Mr. Counselor dalam chat list miliknya. Hatinya dirundung rindu mengenangkan seminggu tidak chat bersama. Hahaha.. banyak la kau punya rindu. Piirah, sejak bila kau pandai berjiwang sakan ni? Belum sempat Haifa menekan, Mr. Counselor lebih mendahului.
               Assalamualaikum, awk apa khabar? How's ur day? Lama rasanya kita tak online kan?
          Pantas sahaja tangan Haifa menekan papan kekunci komputer itu. Senyum Haifa melebar hingga ke telinga.
               Waalaikumsalam w.b.t. Sihat aje. Agak lama la jga. Rindu la. Hehehe.. It's horrible today. Fed up saya hari ni tau. :(
          Satu lagi mesej chat masuk.
                Ya lah. Masing-masing sibukkan. Kenapa Ms. Fussy? Apa yang dah jadi kat sekolah awk?
          Haifa makin galak menekan. Ingin dia ceriatakan segala sakit hatinya pada sahabat mayanya itu.
               Huh! Ada budak baru kat sekolah saya. Sombong, bongkak! Ada ke patut dia marahkan saya? Padahal dia yg datang lewat. Siap panggil saya buta lagi!
          Mr. Counselor membalas.
               Awak, jangan biarkan amarah menguasai diri. Berapa kali saya dah bagi tau awak, awak kena banyak bersabar. jangan disebabkan kejadian dekat sekolah tadi awak moody pulak hari ni. Tak seronok la.
          Haifa tidak tahu hendak menekan huruf-huruf apa lagi. Haifa bingung seketika.
                 ......
         Mesej chat masuk lagi.
               Benda tu kecil aje, Ms. Fussy. Allah nak tengok bagaimana awak mampu berdepan dengan situasi ni. Ingat, HIDUP TAK SEINDAH MIMPI, HARUS KUAT HADAPI REALITI!
          Haifa tersenyum di hadapan komputernya. Mr. Counselor ini memang tidak lekang dari sebarang nasihat membina. Kata-kata itu yang menjadi pedoman setiap kali dia mengadu masalahnya kepada Mr. Counselor. Ini yang membuat Haifa lebih suka menghabis masa di hadapan sahabat mayanya itu.               
                 Hahaha. saya suka dekat awak. Awak selalu jadi kauselor tak berbayar saya kan? InsyaAllah, saya akan cuba banyakkan bersabar. Tapi kalau mamat tu tetap dengan egonya yang menggunug tu, mana saya boleh bersabar!
           Herot-berot mulut Haifa mengenangkan peristiwa pagi tadi. Pelajar lelaki itu memang menguji kesabarannya.
                Sabar merupakn sebahagian daripada iman yang meliputi semua aspek yang ada dalam diri seorang Muslim. Muslim seperti kita perlu selalu praktikkan sabar dalam kehidupan. Sabar tu dah menjdi sebahagian identiti seorng Islam. sabar kan separuh daripada iman. Mana iman Ms. Fussy kalau Ms. Fussy tak bersabar? U get it??
          Haifa tersenyum simpul. Mr. Counselor memang memahami.
                Kebersihan kan separuh daripada iman. Malu pun separuh daripada iman. Saya ni pembersih dan pemalu tau. Dekat situlah iman saya. Hehe..
         Tawa kecil sebentar Haifa sebelum dia menekan punat ENTER.
               Awak, loyar buruk pulak ya? Apa-apa aje la. Yang penting awak dengar nasihat saya ni. Jangan masuk telinga kiri keluar telinga kanan pulak. Okey?
          Haifa terangguk-angguk membaca nasihat Mr. Counselor.
               InsyaAllah saya cuba. doakn saya berjaya ya? saya akan praktikkan nasihat awak tu.. dapat la awak pahala percuma ya?? Kenangku dalam doamu~
          Haifa menanam azam dalam diri. Sabar..
              Hahaha... saya akan doakn awak nanti. g0od luck ya!
          Haifa menguap. Matanya mulai berair akibat menahan ngantuk.
               Ok la ya, saya perlu off sekarang. My bed is waiting. bye.. Assalamualaikum..
          Mereka sudah mahu mengakhiri perbualan mereka berdua itu.
               Kirim salam saya kat katil awak tu ya. Waalaikumsalam.
          Haifa menutup suis komputernya. Terus dia merebahkan diri di atas katilnya yang empuk. Pantas dikenang kata-kata Mr. Counselor tadi. ‘Hidup tak seindah mimipi, harus kuat hadapi realiti’. Jam Hello Kitty di atas meja tidurnya di toleh sekilas. Masih awal. Tapi matanya sudah kuyu. Dia bergolek-golek di atas katil yang bercadar biru langit itu. Mahu mengelak daripada ngantuk yang cuba menguasai diri ketika itu. Mungkin terlalu letih seharian bergaduh hari ini. Terus-terang, moodnya  hari ini tidak begitu baik. Ramai pelajar yang dimarahnya akibat lewat masuk ke kelas. Lembab! Akhirnya, Haifa terlelap dalam fikiran yang serabut memikirkan hari-hari yang bakal diharunginya nanti.

                                                                              To be continued..

Thursday, 29 December 2011

Contoh Karangan: Punca-punca Berlakunya Kemalangan Jalan Raya

          Hanya gelengan kepala menjadi jawapan bagi setiap persoalan. Adakah masyarakat kita masih belum sedar dari tidur panjang yang lena? Hampir setiap hari, kita di hidangkan dengan berita mengenai kemalangan jalan raya didada-dada akhbar. Peranan media massa dalam mendedahkan satu persatu kemalangan jalan raya yang semakin meruncing. Mana tidaknya, kemalangan jalan raya yang berlaku telah meragut banyak nyawa selain membawa kecederaan yang serius kepada pengguna. Sebagai memperkukuhkan lagi pernyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu di perincikan demi kebaikan bersama.

          Umum mengetahui bahawa 80% faktor kemalangan jalan raya atas faktor kelalaian pemandu. Negara baru-baru ini di kejutkan dengan tiga sekawan yang terkorban dalam satu nahas jalan raya di Kota Bharu. Usia baru setampuk pinang, tiga sekawan in maut di tempat kejadian apabila merempuh kenderaan lain dan di percayai telah memandu laju. Kebanyakan pemandu mahupun penunggang motorsikal yang bersifat delinkuen gemar memandu melebihi had laju. Ini mungkin sesuai bagi mereka, 'ikut hati mati, ikut rasa binasa'. Dalam pada itu, segelintir pemandu juga banyak ddi cekup dalam kebanyakan operasi yang di jalankan atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol. Jelaslah bahawa kesalahan yang selama ini di tunding kepada pihak berkuasa perlu di perbetulkan kerana terbukti kemalangan jalan raya yang berlaku disebabkan kecuaian pemandu.

         Dalam pada itu, kemelut yang di hadapi pengguna jalan  raya perlu di beri perhatian. Kondisi jalan raya yang tidak memuaskan turut menyumbang kepada peningkatan korban jalan raya. Jalan raya yang berlubang dan tidak rata telah menyebabkan kenderaan hilang kawalan dan terbabas. Keadaan yang makin di pandang enteng oleh pihak berkuasa sering menjadi paparan utama media massa. Kini menjadi persoalan, ke manakah pihak berkuasa yang patut membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka terhadap kekangan ini sementelah menghitung nyawa yang melayang setiap hari? Jangan di ambil mudah akan hal ini lebih-lebih lagi ketiadaan lampu jalan di kebanyakan jalan kampung yang suram dan kelam. Tindakan yang proaktif perlu di ambil!

          Daripada perspektif yang lain, fenomena bencana alam turut menjadi punca yang menyumbang. Kebanyakan kes jalan raya yang berlaku berkemungkinan atas faktor kejadian alam. Hujan yang turun lebat boleh mengaburkan pandangan pemandu lebih-lebih lagi pada waktu malam. Sementelahan pula, pemandu yang egois, tidak mengabaikan nyawa sendiri dan orang lain sengaja memandu laju padahal mereka sudah maklum tentang keadaan jalan raya yang licin. Tidakkah mereka fikir sikap nafsi mereka bakal memakan diri dan insan tersayang? Ini di tambah lagi dengan cuaca buruk yang melanda seperti kabus tebal atau jerebu yang telah menghad jarak penglihatan mereka.

          Bagi sesetengah pendapat pula, mereka juga mendapati kebanyakan pemandu sesuka hati mengubah suai kenderaan mereka sesuka hati tanpa mematuhi piawai yang di tetapkan. Hampi keseluuhan anggota kenderaan mereka di ubah suai termasuk bahagian enjin yang menghasilkan bunyi yang bingit. Dalam konteks ini, pihak polis perlu mengenal pasti golongan muda yang di dominasi budaya hedonistik yang tidak befaedah untuk terlibat dalam pelumbaan haram kereta di sekitar ibu kota. Kebanyakan pemandu juga tidak menghiraukan keadaan kenderaan mereka yang tidak konsisten dengan tayar yang tidak berbunga dan brek yang tidak berfungsi. Seharusnya, golongan pemandu ini pelu peka dengan kondisi kenderaan mereka supaya di servis dengan lebih kerap.

          Dari tembok ini, kita selaku masyarakat  yang juga majoriti pengguna jalan raya perlu mengikat sinergi untuk meminimumkan korban kemalangan jalan raya. Kerajaan sudah acap kali menagih simpati dan komitemen semua pihak agar sama-sama kita bergerak sederap, senada dan setempo, mengalun rentak tari mengikut gendang yang di palu agar kemelut ini dapat di basmi sehingga ke akar umbi. Senario ini tidak mungkin kita warisi kepada generasi akan datang. Jangan kita bersikap 'bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing' atau kita mahukan polemik ini sentiasa memomokkan kita? Tepuk dada, tanya iman!

Tuesday, 27 December 2011

My friend.. you are mine!

Entry kali ni tak ada mood sedih dah. Kali ni, nak ceritakan sedikit fasal sahabat aku yang seorang ni. Susah tau tak nak cari sahabat macam ni, dekat pasar raya pun susah nak dapat (lawak kasar sikit..). Jodoh perkenalan kami bermula sewal bulan Januari, 2003. Seorang rakan rapat kami telah menemukan kami sewaktu sesi tukar kelas semasa Darjah Satu. Alhamdulillah, peperiksaan pernilaian awal Darjah Satu berjaya kami duduki dan di tempatkan satu kelas iaitu 1 Anggerik! Kelas first tau tak! Dan kami menempuh satu persatu langkah bersama. Gaduh? Normal lah tu, tapi tak pernah gaduh besar lagi. Paling lama sejan aje kot. B'coz we're good friends. Friends will never apart. Pernah dengar istilah ex-couple? Tapi pernah dengar tak ex-friend? Istilah tu tak pernah hadir dalam kamus hidup sesiapa pun. Walau sebesar mana pun pergaduhan dalam persahabatan itu, trust me.. ia takkan pernah berkubur. InsyaAllah!
         Tetapi! Tetapi, bila sepasang couple ni gaduh besar, teramat besar sampai 'ter'keluar semua perkataan yang 'tut' of course, terus keluar 'kita clash'! Am I right? Lepas tu, mulalah sesi pujuk memujuk ni and so on. Menyampah pula bila dengar ayat-ayat yang tak semena pasangan couple ni. Geli ar! Please la wei, meremang bulu roma aku. Macam orang baru habis honeymoon! Ada ke patut sembang fasal anak! Astaghfirullahal'azim.. Saya tahu semua ni bukan atas pengalaman okey, tapi saya pernah 'ter'baca mesej-mesej cintan-cintun kawan-kawan saya ni.
          Ops! Lupa pula fasal fokus utama saya tadi. Sahabat saya tu, walau apa pun dugaan dia tetap tersenyum. Walau seperit mana hai dia, senyumannya paling manis. Pernah baru-baru ni hati dia menangis, tentang seorang rakan sekelasnya. Sebagai seorang sahabat, lidah sebenarnya terkelu. Tak tahu nak kata apa! Saya bukan pandai nak pujuk-pujuk ni, tapi buat yang seadanya. Memandangkan saya sendiri pernah ada konflik denga si dia, Alhamdulillah itu saya pergunakan sebaik mungkin untuk sahabat saya ni! Hehe..
          Huh, sepanjang lapan tahun ni macam-macam kenangan ada. Sweet, sour, bitter, hot and spicy it's all here, beb! Pernah masa Darjah Lima kami kebumikan seekor burung yang telah menemui ajal. Kami jumpa dia dekat bawah pokok tepi padang sekolah. Ada batu nisan sekali, kami bubuh nama dia ANGGERIK. Sempena nama kelas kami! Kami juga pernah buat team. Team SAZANA! Bersama rakan-rakan yang lain: Sarah, Atiqah, Zul, Ayuni, Nurina dan saya, Aina! Kami buat cerita-cerita penyiasatan menggunakan nama kami sendiri dan rakan-rakan sekelas yang lain sebagai pembawa watak. Semua sekali ada sepuluh episod. Dahsyat tak? Dan sebagai kesinambungan itu, sahabat saya telah bergelar seorang penulis muda. Dah ada dua novel.. On the way nak tambah satu! Baru-baru ni sahabat saya mendapat Anugerah Novelis Pilihan 2011 mengalahkan pencabar terdekatnya, merangkap bekas pemenag tahun lepas, Hasif Hamsyari.
          Nak di ceritakan, sahabat saya ni lahir dekat oversea. Dekat Scotland! Susah sikit nak sebut nama hospital dia tu. Apa benda entah.. Rutherland, Ruthergloft. Yang mana satu entah.
         Kami mengongsi kecemerlangan bersama dalam UPSR dan PMr baru-baru ni dengan cemerlang. Alhamdulillah, kami tetap bersama dalam satu sekolah walaupun di sekolah menengah. Lepas ni, tak tahu la. Wallahu'alam.. Harap still together lagilah!
          Saya sebenarnya budak asrama. So, bila dah duduk asrma memanglah ada geng. Geng bikin hingar ada ar. Dan semenjak itu, kami makin renggang, dan renggang dan terus renggang. Tapi, saya mula sedar apa nila sebenar persahabatan itu. Geng, tak ke mana. Kadang-kadang kita hipokrit dengan kawan-kawan kita sendiri sampailah tak tahan lagi nak tahan dah! Lepas dah terkantoi perangai sebenar tu, masing-masing larikan diri, buat-buat tak kenal. And you say that as a friend? Not at all, sahabat ialah dia yang berada bersama kita tak kira susah dan senang. Dan sahabat saya sudah membuktikannya. Dia bersama saya ketika konflik saya dengan beberapa budak aspura. Kaunselor saya yang bekerja 24 jam tanpa henti selagi saya memerlukannya. Malah, andai saya happy pun dia ada! Tak kira waktu. And sebab tu saya rasa lebih di hargai. Seronok sangat!
         To my one and only sahabat, please jangan pergi jauh dari saya. Mungkin saya pernah hilaf, buat tak layan dengan awak. But trust me, I'm always need you, dear! Selagi saya masih bernafas, jantung masih berdegup, jangan pernah sekali-kali pergi jauh dari saya! Janji?! Janji tau! Saya nak sangat awak jadi pengapit saya nanti. So, jangan kawin dulu kalau saya tak kawin-kawin lagi. Saya cop awak jadi pengapit saya, tau? Saya aje! Hehe.. sayang awak!

Monday, 26 December 2011

Hatiku Siapa tahu ??

Erm, susah mengaharung hidup ni. Blog tak semena bakal di curah luahan hati. Pedih hati ini selama tiga tahun bergelar student Badlishah. Paling perit berada di sini. Susah, susah! Kenapa susah sangat?! Kau nak tahu apa yang susah? Susah bergelar Aina Zalia Izzati! Aku tak pernah kacau hidup orang pun (tak sure la ada kacau ke tak, tapi rasa tak ada) tapi kenapa juga ada orang nak tikam aku? Sengaja nak lupuskan nama Aina Zalia Izzati daripada kamus hidup Badlishah. Entah ramai yang pernah curah sumpah macam-macam. Yang paling ingat, seorang senior aspura. Layak ke di panggil senior macam tu?! Aku takkan lupa tarikh 1 Mac tu, bukan main lagi jari tu tunding tepat dekat batang hidung aku. Fitnah dari mulut mana kau dengar, hah? Aku respect kau senior, habis kenapa sound aku macam nak tercabut keluar anak tekak kau depan aspura tu? Puas hati kau buat aku macam tu?
         Puas hati kau tengok senior aspuri pula gelakkan aku? Puas hati kau?! Puas?!
   Entah macam mana aku boleh dapat kekuatan tahan air mata daripada tumpah depan mata kau. Malaikat comel yang sentiasa bersamaku, Aida dan Ika yang tabah menadah telinga tengok aku kena hentam dengan lelaki dayus macam tu! Memang layak di panggil dayus, dayus kerana takut akan kebenaran. Pada hal kau dah tahu aku tak bersalah, tapi sebab ego lelaki kau yang menggunung, kau lenyapkan kebenaran tu. Pada hal malam tu kau dah dengar cerita sebenar daripada kawan baik kau tu! Lima jam aku nangis tak henti! Lima jam tau! Sampai mata aku bengkak pergi sekolah esoknya. Tidur pun boleh basah mata ni. Sampai aku nangis dalam mimpi tu sebab aku takut, takut sangat aku tak ada kekuatan. Sokongan dan dorongan kawan-kawan. Tapi, hampeh!
         Depa yang lain salahkan aku! Salahkan aku di atas retaknya persahabatan ni. Bukan aku tak nak ajak ampa suma join jumpa mamat tu, aku tak sanggup kita suma kena hentam macam-macam dengan dia. Sebab dia dah bagi tau aku dia ada prob dengan aku je. Itupun ampa tak faham ke?! Aku sakit, sakit sangat. Sakit aku tak pernah orang tahu. Dulu aku tak payah nak kena makan supplement tambahan tu, semenjak aku di hentam time Form 3 ni baru aku ambil vitamin tu. Aku selalu sakit, tak tahan sejuk sebab aku dah biasa menggigil sorang-sorang bila aku takut hadapi masalah aku. Aku sakit bukan sebab salah aku, tapi keadaan sekeliling yang memaksa. Aku tabahkan diri habiskan f3 aku di asrama sebab tak mahu nampak lembik depan mamat tu. Sekarang kau bakal tahu langit tu tinggi ke rendah!
         Sampai kiamat aku takkan maafkan kau! Apa yang kau buat tu terlalu perit untuk aku telan walau dengan 10kg gula tau. Hati aku dah cedera parah, lebam berdarah di sebabkan kau! Aku sakit ni lepas apa yang kau buat aku. Aku tak dapat skor exam masa tu sebab asyik nampak batang hidung kau dalam bayangan aku! Jawab exam pun aku nangis tau tak! Aku tak faham kenapa kau pergunakan songkok atas kepala kau tu untuk tutup kejahatan diri kau. Kau nak malukan agama sendiri ke, hah?
          Hati aku kali ni harap, biar sudah setapak aku melenyapkan diri di balik tirai besi asrama akan aku melangkah lebih jauh. Sikap penghuninya begitu menakutkan sehingga aku akan berfikir ratusan malah ribuan untuk kembali ke asrama. Perit, perit sangat! Untuk lelaki tu, aku harap sangat kau berubah. Tahun ni kau jadi pengawas asrama pula, sediakan diri kau untuk menjadi yang lebih baik. Tak guna kau guna kuasa kau tu nak tutup kesalahan kau. Salah satu ayat masa kau teengking aku dulu. Ingat tak? Dan kepada jenterra pentadbiran asrama, pandai-pandailah buat kerja. Jangan riak dengan kuasa kita. Nanti diri yang termakan. Jangan ingat kita teror bila ada kuasa.
           Ingat, sekali jatuh tak selamnaya jatuh. Kuatkan semangat. Jangan cepat melenting. Walaupun aku rindu bersama senior pengawas asrama aku yang dulu.. nak buat macam mana, perjalanan depa lebih jauh. Rindu sesangat kenangan kita dulu!
       Andai walau seorang pun kawan aku yg sepuluh tu ada baca, ingat kita berkawan bukan cuma bersepuluh. Semua kita kena kawan. Kalau nak hidup, jangan berpuak. Ni pesan Abang Adha. Sebab tu aku tekad tak mahu geng dah. Biar dengan semua orang. Kalau ampa baca ni, ingatlah aku sentiasa doakan ampa walaupun ampa appreciate atau tak. Ampa memang kawan yang baik. Tapi tak semua yang terbaik. Teruskan melangkah mencari seorang sahabat. Walau dalam sejuta, tak tentu ada sahabat ke tak. Susah senang kita bersama. Aku dah jadi budak luar, so kalau ada prob nak suruh aku beli barang ke cakap aje dekat aku. InsyaAllah aku tolong. Tapi tolong temankan ampa date, soory la neh. Tu bukan cara aku. Sebab tu aku marah gila bila tau ampa date. Marah tanda sayang, walaupun sayang aku di tepis jauh ampa. Aku hidup cuma pinjam sikit aje degupan jantung dan oxygen yang Allah bagi. Entah hidup lama ke tak. Aku harap sangat kita boleh berubah menjadi lebih baik, aku harap sangat. Biar lagi sepuluh tahun aku jumpa ampa semua, ampa semua berjaya dalam hidup masing-masing.
        Hati, tabahkan hatimu selagi jantungku berdegup di Badlishah. Walaupun ranting hati ini patah, guna gam uhu dan sambungkan semula. Kerana kau hati, perlu cekal selagi aku bergelar pelajar Badlishah. Kerana itu telah aku ikat ketika kau berjanji sehidup semati dengan ku. Kawan-kawan, biarku damai di smapingNya. Amin..

welcome to me..

Assalamualaikum warga blogger! My first post, my first inspiration. Sekalung ucapan penghargaan dan tahniah kepada saya (hehe, ucap sendiri arr dah tak ada orang nak bagi penghargaan) kerana berjaya menyelinap masuk ke dalam dunia penulisan alam maya ini. Atas dorongan seorang sahabat (Nurina Izzati, penulis muda terkenal, kenal tak <3) saya berjaya menjadikannya suatu kenyataan! Wah, ponong kepala eden bila nak tekan itu ini. Nasib ada yang membantu. Faedah dunia tanpa sempadan! Guna sebaik mungkin jangan salahgunakan macam kebanyakan orang kita. Penipuan melalui internet antara jenayah yang mempunyai rangking tertinggi di Bukit Aman. Dan kebanyakannya ialah wanita muda yang kaya dan cerdik pandai. Belajar sampai U tapi kena kelentong juga. Nampak sangat tak layak graduate. Bukan nak kata, nasihat.. Okey la, see u soon in other post! Nite world!