Wednesday, 30 July 2014

제주 반 @ 인텍 사 알람

             제 이름은 아이나 입니다. 저는 그다 사람입니다. Assalamualaikum. . Ni mukadimah masa first time masuk kelas Korea. Perkenalkan nama and asal mana. Tapi, dalam bahasa Korea lah kan. Hahaha.  . masa ni terketaq-ketaq mulut aku nak cakap Korea first time. For mostly budak kelas aku, depa dah biasa dah. Sebab memang budak yang apply programme ni memang minat K-pop. But, not for me. Aku ada sebab tersendiri apply for program ni. :) Ini semua cerita masa aku kat kelas Ulsan. Sekarang dah tukar kelas. Masuk kelas Jeju. Kalau perasan la, nama-nama kelas ni guna nama tempat kat Koea. The same goes untuk program-program negara lain. Kalau UK, adalah nama-nama kat UK tu. Entah apa nama pon aku tak tau. Yang aku tau, untuk program Jepun tu ada kelas nama dia Tokyo.

Ni textbook Korea. Title dia tu tulis, Korean Language Seoul University.
Ulsan with Lee Sonsengnim!
              Then, aku hanya sempat bernafas dalam dua minggu ja dalam kelas Ulsan. Because of the new intake's students yang nak disumbatkan dalam Ulsan, kami 16 orang insan tidak bersalah ni dicampakkan ke empat kelas yang lain. Dan nak dijadikan cerita, enam orang daripada Ulsan tu dicampakkan ke Jeju. Aku, Rofidah (my roommate), Suraya (jiran rumah atas), Jo Yeen (budak paling pandai dalam Ulsan dan sekarang ni paling pandai dalam Jeju), Amirul (kaki lawak slapstick) dan Syamsul (presiden kelas Ulsan). So, bertambah la manusia-manusia dalam kelas Jeju ni. Bertambahnya kami menjadikan 22 orang dalam kelas ni. Sembilan lelaki, 13 perempuan. Masa awal masuk agak kekok juga, tapi lama-lama bila dah kenal memang daebak!

Jeju!
With Rofidah, my roommate a.k.a my classmate too!
             Depa banyak tolong aku. Berapa kali aku kena retest, depa la yang banyak tolong aku dalam study. Depa jenis tak kisah sangat bila orang minta tolong, lagi depa suka adalah. Aku kan sangat tak berminat subjek sains ni, so agak sengal gak la bila masuk course engineering. Terpaksa melupakan cita-cita sebagai peguam, aku akan ada titile IR kat depan nama aku nanti. InsyaAllah. . Presiden kelas Jeju ni namanya Ammar. Asal Negeri Sembilan. Dia masa awal-awal aku masuk aku rasa dia dingin sikit kat aku. Sebab aku asyik bezakan dia dengan Syamsul, bekas presiden Ulsan. Tapi lama-lama, kira okeylah. Aku punya silap juga tak boleh terima kenyataan aku dah pindah kelas. Pastu dah jadi kewajipan wujudnya group kelas dekat Whatsapp. Aku refuse nak bagi nombor aku kat admin group tu, Nasrul. Ale-ale, dia dapat dulu dari roommate dia, bekas budak Ulsan gak! Aku luku gak nanti.

            Ada satu statement dari seorang budak lelaki kelas Jeju ni masa aku stress gila dengan test-test yang tersusun. Namanya Afiq. Dia tua setahun dari kami semua sebab dia lepas habis SPM tahun 2012, dia spends a year untuk belajar dekat pondok. Kira bagus juga dia ni tau. Kebetulan masa minggu orientasi dulu (juga dikenali sebagai Minggu Destini Siswa), kami satu kumpulan. Dia kata kat aku yang dia terkejut gila dengan kebolehan aku hafal satu buku program MDS tu dalam tempoh kurang 15 minit. And because of me, kumpulan kami tak kena denda untuk tugasan tu. Aku bab hafal fakta boleh la, nak terima teori-teori tak diterima akal tu macam Newton's and Galilei's tu memang tak boleh terima! Tak logik! Hahahahaha! Bagi akulah. Ni ke gaya nak jadi engineer?? Aigoo. . So, dia bagi solusi kat aku suruh hafal je buku teks Physics and Chemistry tu. Hafal jawapan dia. Tak payah faham. Tip top! Dengan cara dia tu la, aku berjaya lepas test and quiz aku. Hehehehe. .
                
           Jeju, asalnya merupakan sebuah tempat peranginan yang terkenal di Korea. Tapi hari ni, Jeju menjadi sebuah kelas yang terlampau havoc dengan many sorts of people with different backgrounds and identity denga satu cita-cita yang sama untuk fly ke Korea. Tapi lepas ni, budak-budak program Korea akan dirombak lagi. Tengoklah nanti, entry baru aku akan cakap pasal kelas baru pulak. Sebab every 10 weeks kami akan rombak kelas. Supaya ukhwah budak Korean Programme akan bertambah utuh. Itulah harapan para 선생님 kami.

Monday, 28 July 2014

Korean Preparation Programme @ INTEC, Shah Alam

Kalau masuk hari ni, dah hampir dua bulan aku kat INTEC Shah Alam. Alhamdulillah, 5 Jun 2013 hari tu kami semua berjaya mendaftarkan diri. After 5 days orientation, kami semua sudah disatukan dalam lima group yang lebih kecil. Group ni actually macam kelas ja. Satu kelas dalam 20 orang macam tu ja la. For this year, nama-nama group antara lain ialah SEOUL, JEJU, ULSAN, INCHEON dan BUSAN. For the first two weeks, I was in Ulsan. Unfortunately, tetiba ada second intake masuk dan Ulsan telah dibubarkan supaya the second intake's students disumbatkan dalam Ulsan. Bermula detik tu lah, aku buat World War dengan budak second intake tu sebab aku bengang gila bila dipisahkan budak-budak Ulsan ini. Hah! Stress!

             And, now, currently I'm in Jeju 반. 네!!! Setelah dua bulan belajar, Alhamdulillah. . kalau nak baca tulisan Korea tu memang okey. Cuma tak lancar. And sekarang ni, actually kami tengah cuti raya Aidilfitri. Dapat cuti seminggu ja. Pastu lagi dua minggu ni, pakat test habis! Memandangkan Korean Programme ni short-programme, so our time is totally packed! Tak ada masa untuk istilah 'enjoy'. 미안해요! Untuk past dalam preparation programme ni untuk fly ke Korea, students JPA kena past 3.00. Ni cut-off point dia okey! And untuk students Mara pulak, 3.50 pointernya! So, strive harder. Kami di sini hanya untuk sembilan bulan sahaja. Then, sambung preparation programme lagi setahun di Seoul National University. Preparation programme ni pulak ada 6 level. Kat INTEC ni just buat sampai dua level ja. Pastu yang lain di SNU. So, kena past 6 level ni baru boleh buat A-level and so on. Okey??

             So, don't worry. Programme ni tak tough sangat. Korea ada satu tulisan ja. Not like Japan yang ada sampai tiga jenis bahasa yang perlu dikhatamkan dalam tempoh dua tahun. Besides, selain belajar bahasa Korea, kami pun ada belajar Physics, Chemistry, Fundamental of Islamic Studies dan Speech. Hahahahaha! Kalau yang Fundamental of Islamic Studies macam subjek agama dalam SPM dulu. But, for me it is easier and more likely macam Tasawwur Islam. Untuk yang non-muslims, of course lah belajar macam moral tu. Tapi kali ni macam perbandingan agama di Malaysia. Kena hafallah ciri-ciri setiap agama tu. Banyak menghafal okey? Yang speech tu best gila! Tak belajar grammar dah macam dulu-dulu tu. Tutup dah kamus Oxford International Advanced Learner's tu. Kita cakap ja dalam kelas Speech ni. Sebab nama pon speech kan. Cakaplah! And aku dah kena cop 'ganas' dengan Miss Farah, lecturer untuk subjek speech ni. Hahaha. . kantoi brutal depan dia! Malu cheqqq! Okey, tamat dah lah kot. Penat dah malam-malam ni menaip. Kalau ada masa esok, I tulis lagi okey? Nanti nak cerita pasal kelas baru I tu! Hehehe. .

사랑해요!