Kira-kira sebulan yang lalu, aku pergi menghadiri sesi temu duga untuk biasiswa JPA atau lebih dikenali sebagai Students Assesment Centre (SAC) di Seameo Recsam, Gelugor, Pulau Pinang. Kalau tak salah akulah, aku pi temu duga tu beberapa hari selepas bekas ADUN Tasek Gelugor, Karpal Singh maut nahas jalan raya. Setelah lebih sebulan berlalu, 23 Mei lalu, geng-geng yang tunggu Program Khas Kejuruteraan Jerman, Perancis, Jepun dan Korea (JPJK) telah pun diumumkan. Dan aku, salah seorang yang berjaya menempah tempat untuk ke Korea! :)
So, sekarang ni, nak sharelah sikit apa yang jadi di sepanjang tiga jam lebih di sepanjang SAC tu. Mudah-mudahan, dapatlah membantu bakal-bakal junior yang teringin nak join the club untuk ke Korea nanti, ya?? By the way, actually sebelum SAC tu berlaku, kami kena buat satu ujian atas talian (online) iaitu Ujian Psychometrics. Lebih kepada minat kita, kecenderungan dan nilai-nilai murni. Tak susah, cuma kena jujur dengan diri sendiri ja. Disebabkan program ni khas untuk kejuruteraan semata-semata, depa sebenarnya nak tengok kita ni memang betul-betul minat kejuruteraan ke tak. Atau sekadar isi borang biasiswa yang mana ada. Then, barulah kita pi SAC!
Sebenarnya sesi aku mula pukul 2.00 petang. Tapi kami diarahkan berkumpul setengah jam lebih awal. Lepas makan tengah hari dekat food court area-area tu, aku pi solat zuhur dekat surau dia. Masa dalam surau tu, ada seorang lagi budak perempuan yang datang untuk interview jugak. Nama dia Mimi, budak SMS Tuanku Azlan Shah. Dia sebenarnya dah study dekat UTP, guna duit mak bapak dia sendiri. Tengah tunggu mana-mana biasiswa untuk further study gak. Sebab dia kata, sengkek juga mak bapak dia nak sponsor dia belajar kat UTP tu. Kira bagus lah dia tu, aku tengah mood cuti dan rehatkan minda, dia dok belajar. Kalau mak bapak aku kaya pun aku nak belajar. Tapi, apakan daya. .
Dalam pukul 1.30 petang kami dihimpunkan. Lepas tu dapat teg nombor masing-masing. Aku dapat nombor 21. Dan kami terus dibahagikan dalam kumpulan yang lebih kecil. Enam orang sekumpulan. Then, kami kena bagi salinan fotostat seperti yang diminta dan salinan asal sijil-sijil dan etc. Masa ni, ada seorang budak Cina lelaki yang datang tanpa sebarang persiapan. Dia pakai memang smart laa. Tapi dia kata, dia tak sempat nak print atau fotostat segala benda tu sebab dia baru tau lewat malam semalam. Dia sibuk katanya sampai tak sempat nak buka laman web JPA yang hot tu! So, untuk junior-junior akan datang, be prepare! Actually, masa tunggu result SPM hampa tu, fotostat la IC mak bapak hampa, sijil lahir mak bapak hampa, dan yang sewajarnya siap-siap. Fotostat banyak-banyak!! Kalau tak, kalut nanti. Nasib baik akak bertugas tu bagi dia join SAC, tapi kena bagi semua yang berkaitan tu sebelum tamat SAC. Punya kalut la mak dia. Aish! Kalau mak akulah, dah lama dia ngamuk kat situ! Hehe. .
Dalam kumpulan aku, ada dua orang lelaki Melayu, dua orang lelaki perempuan, seorang amoi Cina dan seorang mamat India. Macam SRK kot muka dia! :) First slot kami ialah 'Permainan Minda'. Dia bagi tiga soalan tricky, bincang dalam kumpulan dan bentangkan. Masa ni, daripada enam orang tu kena pecah kepada dua lagi kumpulan. Kebetulan kumpulan kami semua Melayu. Aku, seorang lagi perempuan Melayu budak Sekolah Tun Fatimah dan seorang lagi budak lelaki Melayu. Gila susah kot soalan dia yang first tu. Lepas tu dia panggil seorang wakil setiap kumpulan. Kumpulan aku gagal bagi wakil, dah tu aku yang disebut juri tu! Aduss! Dah la kami tak capai kata sepakat jawapan dia apa, memang serabut arr!! Aku nak cakap apa??! Dah pi kat depan tu, aku bebel la apa yang logik berdasarkan apa yang aku conteng. Time wakil kumpulan lagi satu tu bentang, dia macam terketaq sikit. Pastu teammate dia bangun kata "Mohon pencelahan!". Amboi, ingat ni debat ke?? Free ja mamat tu kena warning ngan juri. Encik juri tu kata, "Ni bukan debat ya, nak debat satgi slot kedua. Bagi kawan awak cakap dulu". Pada pendapat akulah, tindakan dia menyebabkan point kena potong sebab sangat NO MANNERS. Lepas tu, seolan ketiga dia tanya pasal pendapat. Dekat sini, kita kena kreatif dan kritis la nak cari solusi sesuatu masalah tu kan. Kata nak jadi engineer?? Kena banyak fikirlah~ Lupa pulak nak cakap, slot ni dalam Bahasa Melayu sepenuhnya. Sapa yang terketaq English tu, cubalah dominate slot ni. Lagi satu, disebabkan ni berkumpulan, Biasakan sebut, "kami", "kita". . Kurangkan sebut "Pada pendapat saya" okey??
Slot kedua ialah debat. Dalam Bahasa Melayu. Format macam debat ala Parlimen gitu. Dibahagkan sekali lagi kepada dua kumpulan; Kerajaan vs Pembangkang. Aku pihak pembangkang. Dilantik sebagai Menteri Ketiga dan sebagai penggulung hujah pihak pembangkang sebab Ketua Pembangkang aku tu, urm . . urm. . ada problem sikit. Dapat tajuk best gilaa! "Malaysia memerlukan loji jana kuasa nuklear". Hahahaha. . Memang makanan akulah! Dulu masa nak dekat SPM kan cikgu BM aku, Cikgu Hazlin Zehan selalu suruh buat karangan pelbagai aspek. Bagi tajuk isu semasa. Dan ini antara tajuk yang dibincangkan. Sebagai pelajar terbaik Bahasa Melayu masa peperiksaan percubaan dulu (bangga sikit, HahahaXD!), nak cari isi kira boleh la lagi. Lepas bahagi-bahagi isi antara satu sama lain, tolong teammates yang cuak, kami mulakan sesi pendebatan. Kalau debat, kan kita boleh main celah-celah. So, aku tak banyak mencelah. Adalah sekali dua ja. Sampai tergagap amoi Cina kerajaan tu aku buat. Kesian dia. . Kalau aku dok mencelah, aku tak boleh fokus nak cari isi penggulungan untuk bangkang kata-kata Perdana Menteri yang vogue tu! Dia kata dia budak debat sekolah dia sampai peringkat negeri, so aku dah agak dia nak dominate. Kena hati-hati sikit dengan dia. Nasib baik mulut aku ni tak makan saman! Kerja bangkang si PM tu jaa. . Bila debat ni, kita kena tengok muka menteri-menteri, YDP, and even juri. Tangan kena buka sikit. Senyumlah sikit walau dah cuak tak tau nak kata apa. Baru nampak yakin!
Last sekali, study case nama dia. Kami enam orang dalam satu kumpulan. Tak dibahagikan dah. Ni macam buat karangan BM tu. Tapi, totally in English. Aku cuak gila! Mana pandai nak speaking mat saleh ni!! Huwaa. . Nasib baik, depa baik gila. Bagi aku bentang subtopic yang senang ja. Tak complicated sangat. Lupa nak cakap, tajuk kami pasal 'Visit Malaysia 2014'. So, senang kan?? Cakap ja apa hampa nak cakap, tapi dalam lingkungan subtopic hampa. Jangan cakap panjang-panjang sangat, sebab sepuluh mint unuk enam orang bercakap. Kalau kita bebel lebih-lebih, sampai ada orang lain tak dan cakap, hampa rasa point sapa yang kena potong?? Depa ke kita?? Ingat! Then, lepas sorang-sorang cakap, juri tu tanya secara umum pendapat kita. Berjaya ke promosi tu?? Apa-apa jelah dia nak tanya. Lupa nak cakap, masa nak prepare apa kita nak cakap, juri-juri tu jalan keliling tau. Nak tengok kita bagi komitmen tak. Kena perform 24 jam tau. Walaupun dah ngantuk dan lapar, go on lagi! Sekali ja kita kena buat benda ni.
Sesi kali ni berakhir tepat jam 5.30 petang. Aku terus pecut tanpa bid goodbye kat teammates sebab aku ngan Abah kena rush. Almaklumlah, mestilah Jambatan Pulau Pinang tu jam time orang balik kerja ni kan. So, it's the end of my SAC. Erm, kalau tak salah sayalah, untuk biasiswa JPA-MARA pun ada SAC macam ni. Yang paling syok, tak ada sesi interview mata bertentang mata. Kalau berdasarkan experience aku masa interview mata bertentang mata untuk biasiswa UEM hari tu, aku bet SAC memang lagi enjoylah. Interview Mara pun syok jugak. Kalau ada rezeki, pergi aje mana-mana interview yang dapat. Aku slack kat interview UEM tu sebab cuak sangat. But I gain my confident masa SAC ni. So, goodluck untuk batch akan datang. Semoga bertemu di Korea! Annyeonggg~
Tuesday, 27 May 2014
Saturday, 24 May 2014
Program Khas Kejuruteraan (Biasiswa Luar Negara JPA)
![]() |
Alhamdulillah. . Berjaya akhirnya jua! |
Subscribe to:
Posts (Atom)