Sunday, 30 March 2014

Dilema "Straight A's"

20 Mac 2014, hari yang sangat bersejarah untuk orang yang lahir tahun 1996. Okey, dalam dua minggu lepas, result SPM dah diumumkan. Seperti yang dilaporkan media, ada peningkatan sedikit SPM 2013 berbanding tahun sebelumnya. Tapi, subjek Mathematics, menurun! Itu bukan kita punya hal, pandai-pandai lah kementerian tu kaji. So, as one of the SPM 2013's candidate. . rasa cuak tu memang adalah. Sapa tak cuak beb! Bertolak dari rumah dalam pukul 9 pagi macam tu, sampai dekat puncak Gunung Inas (MRSM Pengkalan Hulu kat atas tu) dalam pukul 10. Kalau ikut berita, pukul 10 dah boleh dapat dah. . tapi kat maktab aku ni, cikgu-cikgu akan hold dulu result untuk buat post-mortem. Kalau ada seorang pelajar yang buat 'slack' kat sesuatu subjek tu, time ni la cikgu nak detect "Si Pembuat Onar"!

             Dalam pukul 10.30 pagi, Pengetua bagi ucapan. Bahawasanya, ada seorang dapat Straight A+! Sorang ja?? Itu pun kira bersyukur la ada wakil tau. . Dan 28 lagi, Straight A's! Time ni lagi cuak! Bilangan orang straight A's dalam batch kami menurun berbanding tahun lepas. So, time ni dalam hati semua, 'akukah salah seorang daripada tu?'. Aku time tu cuba meredakan ketegangan, pi jabat tangan dengan semua kawan-kawan dan ucapkan "TAHNIAH!" sebab dapat A dalam BM. You know why?? Untuk lima tahun berturut-turut, maktab aku dapat rekod bersih straight A BM time SPM. PMR tak sure lah pulak. Ada yang memang betul-betul cuak tu, siap buat muka seposen kat aku! Tak layan lawak aku pagi tu. Pada hal aku nak legakan hati depa. Aishh. .

           Tibalah saat untuk ambil result. Aku buat muka cilex plus cool je time masuk bilik seminar untuk ambil result. Padahal jantung dah nak meletop! Kedebabom!! Kami kena beratur untuk ambil slip SPM tu. Aku orang kelima dalam barisan kelas aku. First sekali kat depan Azierah Dawam. Berani betul dia! Aku memang bet la dia dapat Straight A's. Memang cikang gila arr budak ni. Namun, apakan daya. Takdir dah ditetapkan. Dia kecundang kat subjek Fizik. Dapat B+. Walhal, tu memang major dia lah! Masa time aku pulak, boleh pulak pak cik yang jaga result kelas aku tu pi tayang result aku kat Cikgu Muzaffar, kaunselor maktab. Dia marah-marah aku sebab dia kata Chemistry aku D! Perosak GP maktab! Apa lagi, cuak lah aku. Tapi tak nangis lagi. . sebab adik cameraman sebelah dia dok tersengih-sengih macam kerang busuk. Aku tau dah, prank lah ni!

         Alhamdulillah, keputusannya. . Straight A's. 6A+ 2A 1A-. Masa jalan nak keluar bilik tu, kawan-kawan lelaki kelas aku tahan aku nak tengok result. Dapat ucapan tahniah pertama kali daripada depa. Ada jugak yang ucap "Alhadulillah". Thanks you alls! Nak tau A- aku tu apa?? Fizik. Disebabkan satu A- tu, aku gagal apply scholarship Petronas dan Bank Negara Malaysia. Nak buat macam mana, bukan rezeki kan. . Actually, ada cerita di sebalik kegagalan tu. . Sedih nak cerita! Mana tidak, Add Math yang selama ni dapat C, D and even pernah FAILED boleh dapat A. Fizik yang selama ni aku score A-, kekal dengan A- tu. Aiseman. . Lepas-lepas tu, macam-macam ragam la kat luar bilik tu. Ada yang nangis, ada yang meraung-raung, tak kurang jugak yang tersengih sepanjang hari. Mama ngan abah buat muka rilex ja dekat kerusi parents. Tak cuak ke depa ni?? Then, Mama kata, kalau dah keluar sambil tersengih-sengih tu takkan tak score pulak. Mama kata lagi, "Kalau Mama dengaq ada orang meraung-meraung macam orang gila kat dalam tu, baru Mama nervous". Sebab dia tau, anak dia ja yang boleh meraung macam orang gila meroyan!! Then, ada lah aku jumpa kawan-kawan yang lain, ada yang ucapkan tahniah, Ada yang tak nak tunjuk slip depa. Ada yang marahkan aku kenapa aku dapat Straight A's. Actually, depa marah-marah manja ja tuu. . I know that!

             Kesimpulannya kawan-kawan, rilex brader! SPM bukan titik noktah, tapi langkah untuk selanjutnya. Siapa yang berjaya, TAHNIAH! Siapa yang rasa kurang berjaya. pun TAHNIAH! You deserve it! Sebab kita dah buat sehabis usaha. Itu yang ditakdirkan untuk kita. Sekarang, apply ja mana-mana course yang hangpa suka. Dapat tak dapat tu belakang kira. Sebab aku rasa, even Straight A's pun, tak tentu scholarship yang aku apply tu aku akan dapat. Rezeki setiap insan tu lain-lain. Trust me. Jangan down, please chill up yourselve.

              Satu lagi dilema, bila kawan-kawan tanya, "Kau dapat hadiah apa??". Ni satu hal. Macam mana nak cakap? Memang adat family kami tak kan minta apa-apa kalau berjaya cemerlang gemilang terbilang sekali pun. Kalau tak excell lagilah, nak minta apanya?? Mama and abah pun tak janjikan apa-apa material untuk kami. Even aku sapu bersih Straight A's dalam UPSR, PMR dan SPM, aku tak pernah minta apa-apa atau dapat apa-apa. For me, cukuplah apa yang ada. Memanglah naluri bila tengok kawan-kawan hidup mewah, kita pun nak. Nak buat macam mana, please accept this. Kami tak di manjakan dengan kemewahan duniawi. Nak apa-apa, usaha sendiri. Pandai-pandailah cari inisiatif, nak ikat perut ke, nak main duit kut ke, pandai-pandailah kau hidop! Okey, ni actually prinsip aku. Bukan abah and mama yang cakap. Hehehehe. .

             So, by then, good luck in anyways you like! Assalamualaikum. . Nite!