Hah! Tedia! Nak buat apa la ni??
Masa tu dah dekat laluan berbumbung depan kafe. Beberapa langkah lagi ja nak sampai Blok Puteri. Cikgu ni muncul pulak. .
"Kamu buat apa dekat B.A ni ? Tau tak waktu sekarang tak boleh masuk blok?", Cikgu tu menyoal. Cikgu Azurayana nama dia, mak homeroom Izzat tahun lepas.
"Tadi depa buat announcement suruh tunggu dekat kelas. Nak jumpa untuk persiapan drama malam ni. Tak tau tiba-tiba tak muncul pula". Aku cuba control suara yang memang sedu di hujungnya.
"Dah, balik cepat. Pukul berapa dah ni. Lambat kena tahan pula nanti." Baik la cikgu. .
"Terima kasih cikgu". Aku pecut !
Dua langkah baru aku buka, aku toleh ke belakang. . Bengong!
Izzat dah turun. Cikgu Azurayana buat muka pelik tengok Izzat, lepas tu paling tengok aku. Aku sambung pecutan. Entah apa yang dia kata kat cikgu, lama la cikgu. Aku dah tak nak ambik tahu, kun fayakun !
Masa kaki aku nak masuk Blok Aspuri, tiba-tiba aku dengar nama aku dipanggil. Aku toleh kebelakang. Izzat ada dekat laluan berbumbung, lambai dekat aku lepas flying kiss. Aku buat-buat tepis, tangkap lepas tu baling balik. Dia tangkap, letak dekat dada dia. Then, dia senyum. Aku jelir lidah. Menyampah. Aku lambai balik, dan terus masuk blok. TEngok dia okey ja, tak ada pape la tu.
Malam tu, habis persembahan cari dia. Kelibat dia langsung tak nampak. Dan itu saat terakhir aku tengok dia minggu tu. Masa cuti, kami selalu contact. Dia kata dia akn datng balik walau macam mana pun. Untuk ambil barang. Huwaa. . Tapi bila buka sekolah, seminggu dia tak muncul-muncul. Aku dah cuak. Itu kali terakhir aku tengok dia ke? Semalaman aku nangis,aku terpaksa redha yang dia dah pergi jauh. Jauh sekali. Sejauh yang aku tak mampu pandang.
Seminggu dia tak ada, aku cuba biasakan diri. Tanpa Izzat di PH rasa janggal sekali. Mana tidaknya, selalu jalan dengan dia. Kali ni sorang-sorang. Selalu pi kafe denagn dia, sekarang tak pi dah. Hahahahaha. . Dan aku biasa dengan kebiasaan tanpa Izzat.
Suddenly, hari Isnin minggu kedua. Prep malam. Aku tengah sedia buku nak start study. Tiba-tiba, Tasya (roomate aku) panggil. Aku kalih tengok luar kelas, terkejut beruk Izzat ada dekat sebelah dia. Izzat tengah senyum sambil angkat tangan dekat aku. "Aina, I'm back".
Air mata mengalir. Terus aku keluar kelas cari Farhah. Semua orang cengang tengok aku. Izzat apatah lagi kan.
Aku menangis dekat Farhah. Then, dia pujuk dan suruh jumpa Izzat. Mungkin ni last chance aku nak bersua dengan Izzat. Aku pun bingung sebenarnya kenapa aku nangis. .
Aku balik kelas, tapi Izzat tak ada. Tak apa ar, malas nak cari dia. Aku cuba fokus pada kerja sekolah. tiba-tiba dia masuk. Buat-buat tak nampak aku, jalan straight ja masuk kelas. Suddenly dia reverse, senyum meleret. . toink ! Mencangkung depan meja aku.
"Kenapa ni? Aku tak balik, nangis. Aku balik pun nangis. Ke nak aku mati ja?", Izzat senyum lagi. Dalam hati aku balas, 'boleh jugak'.
Aku diam aje. Tan kat sebelah pon buat bodoh ja. So, sama-sama lah membodohkan diri noh. Izzat bersuara lagi, "Hari Rabu ni last day aku. Aku mai balik pon sebab nak ambil barang ja. Tata."
Izzat still senyum. Aku apatah lagi, hah tedia! Ternganga luas, terkejut beruk ba'ang!
"Hang tipu!", keras suara aku.
"Betul. . . "
"Lantak pi mati la kat hang!"
"Suka hati hang la Aina. . ", Izzat bergerak pergi ke tempat duduk dia. Aku?
Dibiakan sendiri menjawab permegian dia nanti. .
To Be continued. .
No comments:
Post a Comment