Friday, 30 December 2011

Hyeunja Harina: Part I


BAB 1 : PERTEMUAN
Krreeekk...”
          Gadis itu menghela nafas. Jam dipergelangannya ditoleh sekilas. 7.20 pagi. Puas hatinya pagi ini. Pintu pagar utama Sekolah Bandar Mahkota sudah ditutup rapat. Siap dikunci lagi dengan mangga besar. Tugasnya sudah selesai. Gerenti beres! Senyuman sinis terukir di bibir. Sememangnya dia nampak kelibat dua orang pelajar lelaki yang menapak lembab ke arah pintu pagar sekolah.
         Baru padan muka korang. Ingat ni sekolah bapa korang ke? Dia tersenyum sinis sambil mengatur langkah selamba dengan lenggoknya.
          ‘You're my next victims, boys.’ Dia ketawa jahat ala Cruela De Vil dalam kartun animasi 101 Dalmatian. Sempat lagi dia melemparkan senyuman manis kepada Pak Abu, pengawal keselamatan sekolah. Pak Abu hanya menggeleng lemah melihat gelagat gadis itu ‘mengurung’ pelajar-pelajar lelaki tersebut di luar pagar.
          “Hoi, kau buta ke apa, hah? Tak nampak kami ni ke ?!” Terkedu gadis itu seketika. Ayat itu benar-benar menggetarkan gegendang telinganya.
         Amboi, ‘cantik’nya bahasa. Memang kau sengaja cari fasal. Kau tak kenal aku lagilah, ni Haifa Harina. Aku ulang, Haifa Harina tau! Tak pernah ada seorang makhluk di atas muka bumi ni yang berani cakap dengan aku macam tu. Habis kau nanti, aku ganyangkan kau. Haifa pantas menoleh. Ingin mencari tahu gerangan anak jembalang mana yang berani meninggi suara kepadanya.
           Ada dua orang pelajar lelaki sedang berhadapan dengannya sekarang. Seorang berkaca mata, seorang lagi nampak kemas dan menarik perhatian cuma dari riak mukanya yang bengis, hilang segala daya tarikannya. Pasti pelajar itu yang meninggi suara tadi.   Wajah mereka tidak pernah lagi di lihat Haifa di dalam Sekolah Bandar Mahkota. Haifa yakin, mereka pasti pelajar baru.
           “Aku belum rabun atau buta lagilah. Ya, aku nampak. Nampak sangat. Tapi sedar tak yang kau ni datang lewat. Lewat dua puluh satu saat. Dua puluh satu saat  kau tau tak!” Sudah melambung tinggi lontaran suara Haifa kepada pelajar lelaki itu. Pelajar itu sengaja menyimbah minyak tanah ke dalam api kemarahan Haifa dengan mulut yang di cebik. Pelajar lelaki berkaca mata di sebelah mamat kurang ajar itu hanya mengambil tindakan yang lebih efektif. Berdiam diri.
          “Eleh, kepohlah kau ni. Dua puluh satu saat pun kau kira ke?” Pelajar lelaki itu menambah marak api kemarahan Haifa. Mulutnya dicebik lantas memalingkan wajah ke tempat lain. Nak muntah pula tengok muka minah ni lama-lama!
         
          “Maaf ya. Boleh tolong bukakan pintu pagar ni tak? Kami cuma lewat beberapa saat aje. Janganlah berkira sangat ya. Kami minta maaf.” Pelajar lelaki yang dari tadi berdiam diri pula bersuara. Alahai, sopan-santunnya. Muka berkerut Haifa sudah beransur manis.  
         ‘Erm.. sekali tengok rasanya budak ni lebih senior daripada aku. Muka pun boleh tahanlah juga. Dahlah pakai kaca mata bingkai putih, terserlah raut wajahnya yang berkulit cerah. Bahasa pun okey aje.’ Sempat lagi Haifa menafsir figura pelajar lelaki di hadapannya. Lagaknya cuba menjadi survivor di sini.
          Haifa mendengus geram. Ingin saja dicilikan mulut si kurang ajar tu, tetapi pelajar lelaki yang baik semacam itu sudah berjaya memadamkan sedikit api kemarahannya. Huh, tak kiralah. The point is they're still late. Haifa, jangan lemah sangat dengan budak lelaki ni. Budak lelaki macam ni memang patut di ajar.
          “Hah? Tolong bukakan? Sampai kiamat pun aku takkan buka pintu pagar ni untuk korang. Tunggu aje kat sini, aku ‘tolong’ panggilkan guru disiplin untuk korang. Baru padan muka korang. Nak tunjuk bagus sangat ya, rasakan!” Haifa menghambur lagi kemarahannya. Sengaja ditekankan lagi perkataan ‘tolong’ itu. Api kemarahan Haifa meledak kembali.
          “Apa kau ingat bagus sangatlah kau tu? Pengawas hingusan macam kau ni setakat hujung ibu jari kaki aku ajelah. Ada aku heran kau nak panggil siapa pun. Panggillah, pergi panggil. Panggil Adolf Hitler pun aku tak kisah. Alang-alang tu panggil sekali dengan pasukan SWAT, CIA, Interpol atau FBI. FRU sekali pun tak apa. Panggillah!” Lancang sungguh si kurang ajar itu. Memang cari nahas sungguh. Pelajar lelaki itu sekadar memeluk tubuh dengan wajah yang selamba. Dasar selamba anak badak!
          “Rif, biar abang handle okey.” Pelajar lelaki yang berkaca mata itu pula bersuara. Menyampuk!
          “Okeylah. Macam ni, kalau awak nak panggil guru disipiln pun tak apa. Kami memang kena pergi jumpa guru disiplin pun. Cikgu Fadzil kan? Tak apalah, kalau awak nak pergi panggil, kami tunggu aje dekat sini.” Sekali lagi pelajar berkaca mata itu hendak menjadi hero penyelamat di sini. Haifa terus tertekan di hadapan pintu pagar sekolah itu. Kaki kanannya menghentak tanah.
          “Kau dengar sini..”
          “Tadikan kau kata nak panggil guru disiplin kau tu. So, kau terpacak apa lagi dekat sini? Pergilah. Aku tak ingin pun nak tengok muka kau lama-lama dekat sini. Nak muntah tau tak?!”
          “Rif, please. Kawal sikit bahasa tu”
          Dia menghadap Haifa dan menyambung lagi. “ Awak, kami minta maaf sangat. Kami sebenarnya pelajar baru. Kami baru nak melapor diri pagi ni. Tapi, sebelum tu kami kena jumpa Cikgu Fadzil dulu. Memang kami lewat. Kami mengaku. Mungkin, awak boleh tolong kami. Hari ni hari pertama kami. Bawa kami jumpa Cikgu Fadzil. Awak bolehkan pertimbangkan permintaan saya ni?”
          Haifa mencebik.
         Baiklah konon. Piirah!
          “Eeee... bernanah juga telinga comel aku ni. Buat ayat merayu pula.” Omel Haifa sendirian. Tanpa disedari omelan Haifa mampu mencecah ke gegendang telinga dua orang pelajar lelaki itu.
           “Mana ada, at least berkudis aje telinga comel awak tu.” kata-kata pelajar lelaki berkaca mata itu disusuli pula dengan senyuman manis yang terukir di bibirnya. Nak ambil hati akulah tu! Erm.. ada lesung pipit dekat sebelah kiri pipi dia. Kacak!
          “Student baru ke.. student lama ke, korang tetap buat salah. Salah tetap salah! Tak apa, korang tunggu dekat sini. Nanti baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah. Siap kau!” Jari telunjuk Haifa lurus ke batang hidung pelajar lelaki yang kurang ajar tadi. Tegas suara Haifa sebelum dia menapak pergi. Mahu cepat-cepat beredar sebelum imannya cair dek kata-kata manis pelajar lelaki berkaca mata itu tadi. Tetapi tak semudah itu juga. Pantas dia berpusing ke belakang.
          “Opocot mak kau!” Habis terkeluar latah Haifa akibat terkejut dengan kehadiran Farasyiqeen di belakangnya. Terhambur keluar tawa kedua-dua pelajar lelaki itu. Tetapi lagi kuat Pak Abu mentertawakannya. Kurang asam! Orang tua ni pun naik sama.
          Mana tidaknya, hampir saja di luku kepala rakan baiknya itu. Mujur Farasyiqeen sempat mengelak. Sudah masak sangat dengan perangai si Haifa ini. Tersenyum Farasyiqeen melihat muka rakannya yang terkejut dengan kehadirannya.
         “Muka nampak muda lagi, tak sangka tahap latah kalah mak nenek.” Kata-kata si mulut laser itu di ikuti pula dengan tawanya yang berdekah-dekah. Pelajar lelaki yang berkaca mata turut ketawa tapi masih cuba mengawalnya. Merah padam muka Haifa menahan malu, menahan amarah. Pantas budak lelaki itu di jeling 180 darjah.
         “Gelak sampai nak tercabut anak tekak. Apa yang lucu sangat?!” Suara Haifa meninggi dalam menutup malunya. Kedua-kedua pelajar lelaki masih terus mentertawakannya. Pak Abu tidak terkecuali!
          Farasyiqeen hanya menunggu reaksi rakannya. Sudah puas dia melihat babak pertama pergaduhan rakan baiknya dengan pelajar baru itu tadi. Sekarang, masuk babak kedua. Tapi kali ini lebih teruk. Berani sungguh pelajar lelaki itu mengejek si ‘singa betina’ ini. Memang cari nahas! Tiada lagi walau seorang pelajar pun si Sekolah Bandar Mahkota ini yang berani mengejek Haifa, tetapi pelajar baru itu sudah lebih!
         “Shut up!” Terbelalak mata Farasyiqeen. Rakannya sudah mengamuk. Habislah, tak fasal-fasal bertukar jadi The Incredible Hulk pula. Mata Haifa kembali tertancap pada Farasyiqeen.
          “Kau buat apa dekat sini? Tak reti bagi salam dekat orang dah?” Kata-kata Haifa agak kurang ajar tapi itu sudah menjadi kebiasaan bagi Farasyiqeen. Sempat lagi Farasyiqeen melemparkan senyuman manis. Kaca mata yang sedikit melurut jatuh di betulkan. Mencari kekuatan untuk berhadapan dengan Haifa yang sudah menyinga.
           “Er..er.. Aku dah lama berdiri belakang kau tadi. Kau aje yang tak perasan. Sebenarnya, Cikgu Fadzil suruh aku panggil diorang ni. Cikgu  takut apa-apa jadi dekat diorang ni sebab kau yang jaga pintu pagar hari ni. Gerenti tak boleh masuk punya. Cikgu dah maklum tentang kelewatan diorang ni. Sorry ya, kalau aku buat kau terkejut. Tak ada niat pun.” Teragak-agak Farasyiqeen menyusun ayat. Kalau tersalah cakap, takut bertukar jadi monster pula. Cukup ja la Hulk biru ni.
          Haifa menghela nafas. Cuba menahan amarah. Bukan salah rakannya pun, dia memang kuat melatah. “Tak apalah. Kau pun tau perangai aku kan. Tapi, no, no, nope and never. Mana kreadibiliti kau, Qeen? Takkan sebab tengok muka dua orang mamat separa handsome ni kau dah cair? Hei, wake up man! Aku takkan lepaskan sesiapa pun yang langgar undang-undang sekolah. Dahlah sesuka hati sesedap rasa dia melawan aku. Siap gelakkan aku lagi. Kurang ajar!” Pandangan Haifa kini kembali kepada si kurang ajar plus mulut laser.
            Dia hanya berpeluk tubuh sambil bersiul halus. Tiada sedikit pun perasan gentar jika di sabitkan kesalahan. Kerana dia tahu dia akan terlepas! Cikgu Fadzil tak kan berani mengambil tindakan terhadapnya. Face dulu papa aku kalau nak sentuh anak bongsu dia ni. Cuma, muka pelajar berkaca mata itu sahaja yang kelihatan resah semacam. Resah dengan keadaan yang semakin genting. Adiknya pula tidak sedar diri lagi asyik menuang berbotol-botol minyak tanah ke api kemarahan Haifa.
          “Tapi, ni arahan Cikgu Fadzil. Biarlah dekat diorang, kita biarkan aje Cikgu Fadzil yang ambil tindakan. Lagi pun apa sangatlah yang kita boleh buat. Setakat boleh ambil nama aje. Bukannya kita boleh libas diorang pun. Cikgu pun tak buat. Dahlah ya, bagi kunci pagar tu  dekat aku. Biar aku aje yang buka. Ya?” Farasyiqeen cuba menarik semula perhatian Haifa. Tangan Haifa yang erat menggenggam kunci pagar di tarik lembut. Cuba mengambil kunci dari genggaman Haifa.
         Tangannya di rentap. Mengeras seluruh tubuh Haifa. Bibirnya diketap rapat.
          “Tak nak! Aku takkan lepaskan dua orang mamat ni. Sengaja diorang nak cabar kredibiliti aku. Apa diorang ingat ni sekolah bapa diorang?! Kalau ya sekalipun, diorang takkan terlepas dari peraturan sekolah!” Tinggi nada suara Haifa. Gunung berapi sudah meletus. Meluap-luap api kemarahannya kali ini. Keadaan semakin gawat. Habis wajah yang putih-keputihan itu merona merah akibat menahan geram. Geram bercampur amarah. Ini tak boleh jadi, korang memang nak mati awal! Kecut perut dua orang mamat itu dibuatnya. Kaca mata Farasyiqeen turut terlurut jatuh. Pergh, memang dahsyat!
          “Haifa, sabar kawan. Sabar..” Farasyiqeen menenangkan perasaan kawannya ini. Dapat ditangkap dengusan nafas Haifa yang keras. Tangan Haifa yang memegang erat kunci mangga pintu pagar sekolah dielus lembut. Terus ditarik kunci pagar itu dari genggaman Haifa. Terkedu Haifa dibuatnya. Senyuman manis lantas diukir supaya kemarahan Haifa tidak meletus lagi.
         “Cikgu Fadzil dah tunggu lama tu. Nanti apa cikgu kata pula. Apa-apa pun, terima kasih Haifa.” Terus Farasyiqeen mengatur langkah pergi membuka pintu pagar sekolah sambil menggoyang-goyangkan kunci mangga pintu pagar sekolah.
          Tersenyum kambing si mulut laser itu. Sempat lagi dia melanggar keras bahu Haifa sewaktu melewati di sebelah Haifa sehingga hampir terdorong ke depan gadis itu dibuatnya. Haifa mendengus geram. Sudah di angkat tangannya mahu meluku kepala pelajar itu. Pantas pelajar itu berlari-lari anak daripada Haifa untuk beriringan dengan abangnya. Haifa hanya mampu melihat dua orang pelajar lelaki itu pergi bersama lenggok Farasyiqeen.
          Puas hati Zarif melihat muka berkerut si singa betina itu. Hahaha.. padan muka kau! Tapi, ini tak cukup lagi!
           “Aargh!

***

           Kakinya mendaki laju anak-anak tangga menuju tingkat atas rumah teres dua tingkat itu. Haifa terus meluru laju ke dalam bilik dan mengunci pintu rapat. Di rebahkan badannya ke atas tilam setebal lima inci itu. Empuknya! Fikirannya tidak tenteram sewaktu makan malam tadi mengingatkan seseorang yang pasti menunggunya di alam maya. Papan kekunci komputernya lantas di tekan. Tidak mahu si dia menunggu lama. Yes, dia online. Tertera nama Mr. Counselor dalam chat list miliknya. Hatinya dirundung rindu mengenangkan seminggu tidak chat bersama. Hahaha.. banyak la kau punya rindu. Piirah, sejak bila kau pandai berjiwang sakan ni? Belum sempat Haifa menekan, Mr. Counselor lebih mendahului.
               Assalamualaikum, awk apa khabar? How's ur day? Lama rasanya kita tak online kan?
          Pantas sahaja tangan Haifa menekan papan kekunci komputer itu. Senyum Haifa melebar hingga ke telinga.
               Waalaikumsalam w.b.t. Sihat aje. Agak lama la jga. Rindu la. Hehehe.. It's horrible today. Fed up saya hari ni tau. :(
          Satu lagi mesej chat masuk.
                Ya lah. Masing-masing sibukkan. Kenapa Ms. Fussy? Apa yang dah jadi kat sekolah awk?
          Haifa makin galak menekan. Ingin dia ceriatakan segala sakit hatinya pada sahabat mayanya itu.
               Huh! Ada budak baru kat sekolah saya. Sombong, bongkak! Ada ke patut dia marahkan saya? Padahal dia yg datang lewat. Siap panggil saya buta lagi!
          Mr. Counselor membalas.
               Awak, jangan biarkan amarah menguasai diri. Berapa kali saya dah bagi tau awak, awak kena banyak bersabar. jangan disebabkan kejadian dekat sekolah tadi awak moody pulak hari ni. Tak seronok la.
          Haifa tidak tahu hendak menekan huruf-huruf apa lagi. Haifa bingung seketika.
                 ......
         Mesej chat masuk lagi.
               Benda tu kecil aje, Ms. Fussy. Allah nak tengok bagaimana awak mampu berdepan dengan situasi ni. Ingat, HIDUP TAK SEINDAH MIMPI, HARUS KUAT HADAPI REALITI!
          Haifa tersenyum di hadapan komputernya. Mr. Counselor ini memang tidak lekang dari sebarang nasihat membina. Kata-kata itu yang menjadi pedoman setiap kali dia mengadu masalahnya kepada Mr. Counselor. Ini yang membuat Haifa lebih suka menghabis masa di hadapan sahabat mayanya itu.               
                 Hahaha. saya suka dekat awak. Awak selalu jadi kauselor tak berbayar saya kan? InsyaAllah, saya akan cuba banyakkan bersabar. Tapi kalau mamat tu tetap dengan egonya yang menggunug tu, mana saya boleh bersabar!
           Herot-berot mulut Haifa mengenangkan peristiwa pagi tadi. Pelajar lelaki itu memang menguji kesabarannya.
                Sabar merupakn sebahagian daripada iman yang meliputi semua aspek yang ada dalam diri seorang Muslim. Muslim seperti kita perlu selalu praktikkan sabar dalam kehidupan. Sabar tu dah menjdi sebahagian identiti seorng Islam. sabar kan separuh daripada iman. Mana iman Ms. Fussy kalau Ms. Fussy tak bersabar? U get it??
          Haifa tersenyum simpul. Mr. Counselor memang memahami.
                Kebersihan kan separuh daripada iman. Malu pun separuh daripada iman. Saya ni pembersih dan pemalu tau. Dekat situlah iman saya. Hehe..
         Tawa kecil sebentar Haifa sebelum dia menekan punat ENTER.
               Awak, loyar buruk pulak ya? Apa-apa aje la. Yang penting awak dengar nasihat saya ni. Jangan masuk telinga kiri keluar telinga kanan pulak. Okey?
          Haifa terangguk-angguk membaca nasihat Mr. Counselor.
               InsyaAllah saya cuba. doakn saya berjaya ya? saya akan praktikkan nasihat awak tu.. dapat la awak pahala percuma ya?? Kenangku dalam doamu~
          Haifa menanam azam dalam diri. Sabar..
              Hahaha... saya akan doakn awak nanti. g0od luck ya!
          Haifa menguap. Matanya mulai berair akibat menahan ngantuk.
               Ok la ya, saya perlu off sekarang. My bed is waiting. bye.. Assalamualaikum..
          Mereka sudah mahu mengakhiri perbualan mereka berdua itu.
               Kirim salam saya kat katil awak tu ya. Waalaikumsalam.
          Haifa menutup suis komputernya. Terus dia merebahkan diri di atas katilnya yang empuk. Pantas dikenang kata-kata Mr. Counselor tadi. ‘Hidup tak seindah mimipi, harus kuat hadapi realiti’. Jam Hello Kitty di atas meja tidurnya di toleh sekilas. Masih awal. Tapi matanya sudah kuyu. Dia bergolek-golek di atas katil yang bercadar biru langit itu. Mahu mengelak daripada ngantuk yang cuba menguasai diri ketika itu. Mungkin terlalu letih seharian bergaduh hari ini. Terus-terang, moodnya  hari ini tidak begitu baik. Ramai pelajar yang dimarahnya akibat lewat masuk ke kelas. Lembab! Akhirnya, Haifa terlelap dalam fikiran yang serabut memikirkan hari-hari yang bakal diharunginya nanti.

                                                                              To be continued..

2 comments:

  1. aina buat sendiri ke ni? nice

    ReplyDelete
  2. hehe, yup! buat masa cuti hjung ta0n lps.. bru 60 mkasurat. teringin nak habiskan!

    ReplyDelete