BAB 1 : PERTEMUAN
“Krreeekk...”
Gadis itu menghela nafas.
Jam dipergelangannya ditoleh sekilas. 7.20 pagi. Puas hatinya pagi ini.
Pintu pagar utama Sekolah Bandar Mahkota sudah ditutup rapat. Siap dikunci lagi
dengan mangga besar. Tugasnya sudah selesai. Gerenti beres! Senyuman sinis
terukir di bibir. Sememangnya dia nampak kelibat dua orang pelajar lelaki yang
menapak lembab ke arah pintu pagar sekolah.
Baru padan muka korang.
Ingat ni sekolah bapa korang ke? Dia tersenyum sinis sambil mengatur langkah
selamba dengan lenggoknya.
‘You're my next victims,
boys.’ Dia ketawa jahat ala Cruela De Vil dalam kartun animasi 101
Dalmatian. Sempat lagi dia melemparkan senyuman manis kepada Pak Abu,
pengawal keselamatan sekolah. Pak Abu hanya menggeleng lemah melihat gelagat
gadis itu ‘mengurung’ pelajar-pelajar lelaki tersebut di luar pagar.
“Hoi, kau buta ke apa, hah?
Tak nampak kami ni ke ?!” Terkedu gadis itu seketika. Ayat itu benar-benar menggetarkan
gegendang telinganya.
Amboi, ‘cantik’nya bahasa.
Memang kau sengaja cari fasal. Kau tak kenal aku lagilah, ni Haifa Harina. Aku
ulang, Haifa Harina tau! Tak pernah ada seorang makhluk di atas muka bumi ni
yang berani cakap dengan aku macam tu. Habis kau nanti, aku ganyangkan kau. Haifa
pantas menoleh. Ingin mencari tahu gerangan anak jembalang mana yang berani
meninggi suara kepadanya.
Ada dua orang pelajar
lelaki sedang berhadapan dengannya sekarang. Seorang berkaca mata, seorang lagi
nampak kemas dan menarik perhatian cuma dari riak mukanya yang bengis, hilang
segala daya tarikannya. Pasti pelajar itu yang meninggi suara tadi. Wajah
mereka tidak pernah lagi di lihat Haifa di dalam Sekolah Bandar Mahkota. Haifa
yakin, mereka pasti pelajar baru.
“Aku belum rabun atau buta
lagilah. Ya, aku nampak. Nampak sangat. Tapi sedar tak yang kau ni datang
lewat. Lewat dua puluh satu saat. Dua puluh satu saat kau tau tak!” Sudah melambung tinggi lontaran
suara Haifa kepada pelajar lelaki itu. Pelajar itu sengaja menyimbah minyak
tanah ke dalam api kemarahan Haifa dengan mulut yang di cebik. Pelajar lelaki
berkaca mata di sebelah mamat kurang ajar itu hanya mengambil tindakan yang
lebih efektif. Berdiam diri.
“Eleh, kepohlah kau ni. Dua
puluh satu saat pun kau kira ke?” Pelajar lelaki itu menambah marak api
kemarahan Haifa. Mulutnya dicebik lantas memalingkan wajah ke tempat lain. Nak
muntah pula tengok muka minah ni lama-lama!
“Maaf ya. Boleh tolong
bukakan pintu pagar ni tak? Kami cuma lewat beberapa saat aje. Janganlah
berkira sangat ya. Kami minta maaf.” Pelajar lelaki yang dari tadi berdiam diri
pula bersuara. Alahai, sopan-santunnya. Muka berkerut Haifa sudah beransur
manis.
‘Erm.. sekali tengok rasanya
budak ni lebih senior daripada aku. Muka pun boleh tahanlah juga. Dahlah
pakai kaca mata bingkai putih, terserlah raut wajahnya yang berkulit cerah. Bahasa
pun okey aje.’ Sempat lagi Haifa menafsir figura pelajar lelaki di hadapannya.
Lagaknya cuba menjadi survivor di sini.
Haifa mendengus geram.
Ingin saja dicilikan mulut si kurang ajar tu, tetapi pelajar lelaki yang baik
semacam itu sudah berjaya memadamkan sedikit api kemarahannya. Huh, tak kiralah.
The point is they're still late. Haifa, jangan lemah sangat dengan budak
lelaki ni. Budak lelaki macam ni memang patut di ajar.
“Hah? Tolong bukakan?
Sampai kiamat pun aku takkan buka pintu pagar ni untuk korang. Tunggu aje kat sini,
aku ‘tolong’ panggilkan guru disiplin untuk korang. Baru padan muka korang. Nak
tunjuk bagus sangat ya, rasakan!” Haifa menghambur lagi kemarahannya. Sengaja
ditekankan lagi perkataan ‘tolong’ itu. Api kemarahan Haifa meledak kembali.
“Apa kau ingat bagus
sangatlah kau tu? Pengawas hingusan macam kau ni setakat hujung ibu jari kaki
aku ajelah. Ada aku heran kau nak panggil siapa pun. Panggillah, pergi panggil.
Panggil Adolf Hitler pun aku tak kisah. Alang-alang tu panggil sekali dengan
pasukan SWAT, CIA, Interpol atau FBI. FRU sekali pun tak apa. Panggillah!” Lancang
sungguh si kurang ajar itu. Memang cari nahas sungguh. Pelajar lelaki itu
sekadar memeluk tubuh dengan wajah yang selamba. Dasar selamba anak badak!
“Rif, biar abang handle
okey.” Pelajar lelaki yang berkaca mata itu pula bersuara. Menyampuk!
“Okeylah. Macam ni, kalau
awak nak panggil guru disipiln pun tak apa. Kami memang kena pergi jumpa guru
disiplin pun. Cikgu Fadzil kan? Tak apalah, kalau awak nak pergi panggil, kami
tunggu aje dekat sini.” Sekali lagi pelajar berkaca mata itu hendak menjadi
hero penyelamat di sini. Haifa terus tertekan di hadapan pintu pagar sekolah
itu. Kaki kanannya menghentak tanah.
“Kau dengar sini..”
“Tadikan kau kata nak
panggil guru disiplin kau tu. So, kau terpacak apa lagi dekat sini?
Pergilah. Aku tak ingin pun nak tengok muka kau lama-lama dekat sini. Nak
muntah tau tak?!”
“Rif, please. Kawal
sikit bahasa tu”
Dia menghadap Haifa dan
menyambung lagi. “ Awak, kami minta maaf sangat. Kami sebenarnya pelajar baru.
Kami baru nak melapor diri pagi ni. Tapi, sebelum tu kami kena jumpa Cikgu
Fadzil dulu. Memang kami lewat. Kami mengaku. Mungkin, awak boleh tolong kami. Hari
ni hari pertama kami. Bawa kami jumpa Cikgu Fadzil. Awak bolehkan pertimbangkan
permintaan saya ni?”
Haifa mencebik.
Baiklah konon. Piirah!
“Eeee... bernanah juga
telinga comel aku ni. Buat ayat merayu pula.” Omel Haifa sendirian. Tanpa
disedari omelan Haifa mampu mencecah ke gegendang telinga dua orang pelajar
lelaki itu.
“Mana ada, at least berkudis
aje telinga comel awak tu.” kata-kata pelajar lelaki berkaca mata itu disusuli
pula dengan senyuman manis yang terukir di bibirnya. Nak ambil hati akulah tu! Erm..
ada lesung pipit dekat sebelah kiri pipi dia. Kacak!
“Student baru ke.. student
lama ke, korang tetap buat salah. Salah tetap salah! Tak apa, korang tunggu dekat
sini. Nanti baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah. Siap kau!” Jari telunjuk
Haifa lurus ke batang hidung pelajar lelaki yang kurang ajar tadi. Tegas suara
Haifa sebelum dia menapak pergi. Mahu cepat-cepat beredar sebelum imannya cair
dek kata-kata manis pelajar lelaki berkaca mata itu tadi. Tetapi tak semudah
itu juga. Pantas dia berpusing ke belakang.
“Opocot mak kau!” Habis
terkeluar latah Haifa akibat terkejut dengan kehadiran Farasyiqeen di
belakangnya. Terhambur keluar tawa kedua-dua pelajar lelaki itu. Tetapi lagi
kuat Pak Abu mentertawakannya. Kurang asam! Orang tua ni pun naik sama.
Mana tidaknya, hampir saja
di luku kepala rakan baiknya itu. Mujur Farasyiqeen sempat mengelak. Sudah
masak sangat dengan perangai si Haifa ini. Tersenyum Farasyiqeen melihat muka
rakannya yang terkejut dengan kehadirannya.
“Muka nampak muda lagi, tak
sangka tahap latah kalah mak nenek.” Kata-kata si mulut laser itu di
ikuti pula dengan tawanya yang berdekah-dekah. Pelajar lelaki yang berkaca mata
turut ketawa tapi masih cuba mengawalnya. Merah padam muka Haifa menahan malu,
menahan amarah. Pantas budak lelaki itu di jeling 180 darjah.
“Gelak sampai nak tercabut
anak tekak. Apa yang lucu sangat?!” Suara Haifa meninggi dalam menutup malunya.
Kedua-kedua pelajar lelaki masih terus mentertawakannya. Pak Abu tidak
terkecuali!
Farasyiqeen hanya menunggu
reaksi rakannya. Sudah puas dia melihat babak pertama pergaduhan rakan baiknya
dengan pelajar baru itu tadi. Sekarang, masuk babak kedua. Tapi kali ini lebih
teruk. Berani sungguh pelajar lelaki itu mengejek si ‘singa betina’ ini. Memang
cari nahas! Tiada lagi walau seorang pelajar pun si Sekolah Bandar Mahkota ini
yang berani mengejek Haifa, tetapi pelajar baru itu sudah lebih!
“Shut up!” Terbelalak
mata Farasyiqeen. Rakannya sudah mengamuk. Habislah, tak fasal-fasal bertukar jadi
The Incredible Hulk pula. Mata Haifa kembali tertancap pada Farasyiqeen.
“Kau buat apa dekat sini?
Tak reti bagi salam dekat orang dah?” Kata-kata Haifa agak kurang ajar tapi itu
sudah menjadi kebiasaan bagi Farasyiqeen. Sempat lagi Farasyiqeen melemparkan
senyuman manis. Kaca mata yang sedikit melurut jatuh di betulkan. Mencari
kekuatan untuk berhadapan dengan Haifa yang sudah menyinga.
“Er..er.. Aku dah lama
berdiri belakang kau tadi. Kau aje yang tak perasan. Sebenarnya, Cikgu Fadzil
suruh aku panggil diorang ni. Cikgu takut
apa-apa jadi dekat diorang ni sebab kau yang jaga pintu pagar hari ni. Gerenti
tak boleh masuk punya. Cikgu dah maklum tentang kelewatan diorang ni. Sorry
ya, kalau aku buat kau terkejut. Tak ada niat pun.” Teragak-agak Farasyiqeen
menyusun ayat. Kalau tersalah cakap, takut bertukar jadi monster pula.
Cukup ja la Hulk biru ni.
Haifa menghela nafas. Cuba
menahan amarah. Bukan salah rakannya pun, dia memang kuat melatah. “Tak apalah.
Kau pun tau perangai aku kan. Tapi, no, no, nope and never. Mana
kreadibiliti kau, Qeen? Takkan sebab tengok muka dua orang mamat separa handsome
ni kau dah cair? Hei, wake up man! Aku takkan lepaskan sesiapa pun
yang langgar undang-undang sekolah. Dahlah sesuka hati sesedap rasa dia melawan
aku. Siap gelakkan aku lagi. Kurang ajar!” Pandangan Haifa kini kembali kepada
si kurang ajar plus mulut laser.
Dia hanya berpeluk tubuh
sambil bersiul halus. Tiada sedikit pun perasan gentar jika di sabitkan
kesalahan. Kerana dia tahu dia akan terlepas! Cikgu Fadzil tak kan berani
mengambil tindakan terhadapnya. Face dulu papa aku kalau nak
sentuh anak bongsu dia ni. Cuma, muka pelajar berkaca mata itu sahaja yang
kelihatan resah semacam. Resah dengan keadaan yang semakin genting. Adiknya
pula tidak sedar diri lagi asyik menuang berbotol-botol minyak tanah ke api
kemarahan Haifa.
“Tapi, ni arahan Cikgu
Fadzil. Biarlah dekat diorang, kita biarkan aje Cikgu Fadzil yang ambil
tindakan. Lagi pun apa sangatlah yang kita boleh buat. Setakat boleh ambil nama
aje. Bukannya kita boleh libas diorang pun. Cikgu pun tak buat. Dahlah ya, bagi
kunci pagar tu dekat aku. Biar aku aje
yang buka. Ya?” Farasyiqeen cuba menarik semula perhatian Haifa. Tangan Haifa
yang erat menggenggam kunci pagar di tarik lembut. Cuba mengambil kunci dari
genggaman Haifa.
Tangannya di rentap. Mengeras seluruh tubuh
Haifa. Bibirnya diketap rapat.
“Tak nak! Aku takkan
lepaskan dua orang mamat ni. Sengaja diorang nak cabar kredibiliti aku. Apa
diorang ingat ni sekolah bapa diorang?! Kalau ya sekalipun, diorang takkan terlepas
dari peraturan sekolah!” Tinggi nada suara Haifa. Gunung berapi sudah meletus.
Meluap-luap api kemarahannya kali ini. Keadaan semakin gawat. Habis wajah yang
putih-keputihan itu merona merah akibat menahan geram. Geram bercampur amarah.
Ini tak boleh jadi, korang memang nak mati awal! Kecut perut dua orang mamat
itu dibuatnya. Kaca mata Farasyiqeen turut terlurut jatuh. Pergh, memang
dahsyat!
“Haifa, sabar kawan. Sabar..” Farasyiqeen menenangkan perasaan kawannya
ini. Dapat ditangkap dengusan nafas Haifa yang keras. Tangan Haifa yang
memegang erat kunci mangga pintu pagar sekolah dielus lembut. Terus ditarik
kunci pagar itu dari genggaman Haifa. Terkedu Haifa dibuatnya. Senyuman manis
lantas diukir supaya kemarahan Haifa tidak meletus lagi.
“Cikgu
Fadzil dah tunggu lama tu. Nanti apa cikgu kata pula. Apa-apa pun, terima kasih
Haifa.” Terus Farasyiqeen mengatur langkah pergi membuka pintu pagar sekolah
sambil menggoyang-goyangkan kunci mangga pintu pagar sekolah.
Tersenyum
kambing si mulut laser itu. Sempat lagi dia melanggar keras bahu Haifa
sewaktu melewati di sebelah Haifa sehingga hampir terdorong ke depan gadis itu
dibuatnya. Haifa mendengus geram. Sudah di angkat tangannya mahu meluku kepala
pelajar itu. Pantas pelajar itu berlari-lari anak daripada Haifa untuk
beriringan dengan abangnya. Haifa hanya mampu melihat dua orang pelajar lelaki
itu pergi bersama lenggok Farasyiqeen.
Puas
hati Zarif melihat muka berkerut si singa betina itu. Hahaha.. padan muka kau!
Tapi, ini tak cukup lagi!
“Aargh!”
***
Kakinya mendaki laju anak-anak tangga menuju
tingkat atas rumah teres dua tingkat itu. Haifa terus meluru laju ke dalam
bilik dan mengunci pintu rapat. Di rebahkan badannya ke atas tilam setebal lima
inci itu. Empuknya! Fikirannya tidak tenteram sewaktu makan malam tadi
mengingatkan seseorang yang pasti menunggunya di alam maya. Papan kekunci
komputernya lantas di tekan. Tidak mahu si dia menunggu lama. Yes, dia
online. Tertera nama Mr. Counselor dalam chat list miliknya.
Hatinya dirundung rindu mengenangkan seminggu tidak chat bersama.
Hahaha.. banyak la kau punya rindu. Piirah, sejak bila kau pandai berjiwang
sakan ni? Belum sempat Haifa menekan, Mr. Counselor lebih
mendahului.
Assalamualaikum, awk apa
khabar? How's ur day? Lama rasanya kita tak online kan?
Pantas sahaja tangan Haifa menekan papan kekunci komputer itu. Senyum
Haifa melebar hingga ke telinga.
Waalaikumsalam w.b.t. Sihat
aje. Agak lama la jga. Rindu la. Hehehe.. It's horrible today. Fed up
saya hari ni tau. :(
Satu lagi mesej chat
masuk.
Ya lah. Masing-masing sibukkan. Kenapa Ms. Fussy? Apa yang dah jadi
kat sekolah awk?
Haifa makin galak menekan. Ingin dia ceriatakan segala sakit hatinya
pada sahabat mayanya itu.
Huh! Ada budak baru kat sekolah
saya. Sombong, bongkak! Ada ke patut dia marahkan saya? Padahal dia yg datang
lewat. Siap panggil saya buta lagi!
Mr. Counselor membalas.
Awak, jangan biarkan amarah
menguasai diri. Berapa kali saya dah bagi tau awak, awak kena banyak bersabar.
jangan disebabkan kejadian dekat sekolah tadi awak moody pulak hari ni. Tak
seronok la.
Haifa tidak tahu hendak menekan huruf-huruf apa lagi. Haifa bingung
seketika.
......
Mesej chat masuk
lagi.
Benda tu kecil aje, Ms. Fussy. Allah nak tengok bagaimana awak mampu
berdepan dengan situasi ni. Ingat, HIDUP TAK SEINDAH MIMPI, HARUS KUAT HADAPI
REALITI!
Haifa tersenyum di hadapan komputernya. Mr. Counselor ini memang
tidak lekang dari sebarang nasihat membina. Kata-kata itu yang menjadi pedoman
setiap kali dia mengadu masalahnya kepada Mr. Counselor. Ini yang
membuat Haifa lebih suka menghabis masa di hadapan sahabat mayanya itu.
Hahaha. saya suka dekat awak. Awak selalu jadi kauselor tak berbayar
saya kan? InsyaAllah, saya akan cuba banyakkan bersabar. Tapi kalau mamat tu
tetap dengan egonya yang menggunug tu, mana saya boleh bersabar!
Herot-berot mulut Haifa mengenangkan peristiwa pagi
tadi. Pelajar lelaki itu memang menguji kesabarannya.
Sabar merupakn sebahagian daripada iman yang meliputi semua aspek
yang ada dalam diri seorang Muslim. Muslim seperti kita perlu selalu praktikkan
sabar dalam kehidupan. Sabar tu dah menjdi sebahagian identiti seorng Islam.
sabar kan separuh daripada iman. Mana iman Ms. Fussy kalau Ms. Fussy tak
bersabar? U get it??
Haifa tersenyum simpul. Mr. Counselor memang memahami.
Kebersihan kan separuh daripada
iman. Malu pun separuh daripada iman. Saya ni pembersih dan pemalu tau. Dekat
situlah iman saya. Hehe..
Tawa kecil sebentar Haifa
sebelum dia menekan punat ENTER.
Awak, loyar buruk pulak ya?
Apa-apa aje la. Yang penting awak dengar nasihat saya ni. Jangan masuk telinga
kiri keluar telinga kanan pulak. Okey?
Haifa terangguk-angguk
membaca nasihat Mr. Counselor.
InsyaAllah saya cuba. doakn saya
berjaya ya? saya akan praktikkan nasihat awak tu.. dapat la awak pahala percuma
ya?? Kenangku dalam doamu~
Haifa menanam azam dalam
diri. Sabar..
Hahaha... saya akan doakn awak
nanti. g0od luck ya!
Haifa menguap. Matanya
mulai berair akibat menahan ngantuk.
Ok la ya, saya perlu off
sekarang. My bed is waiting. bye.. Assalamualaikum..
Mereka sudah mahu mengakhiri perbualan mereka berdua itu.
Kirim salam saya kat katil awak
tu ya. Waalaikumsalam.
Haifa
menutup suis komputernya. Terus dia merebahkan diri di atas katilnya yang
empuk. Pantas dikenang kata-kata Mr. Counselor tadi. ‘Hidup tak seindah
mimipi, harus kuat hadapi realiti’. Jam Hello Kitty di atas meja tidurnya di
toleh sekilas. Masih awal. Tapi matanya sudah kuyu. Dia bergolek-golek di atas
katil yang bercadar biru langit itu. Mahu mengelak daripada ngantuk yang cuba
menguasai diri ketika itu. Mungkin terlalu letih seharian bergaduh hari ini.
Terus-terang, moodnya hari ini
tidak begitu baik. Ramai pelajar yang dimarahnya akibat lewat masuk ke kelas.
Lembab! Akhirnya, Haifa terlelap dalam fikiran yang serabut memikirkan hari-hari
yang bakal diharunginya nanti.
To be continued..
aina buat sendiri ke ni? nice
ReplyDeletehehe, yup! buat masa cuti hjung ta0n lps.. bru 60 mkasurat. teringin nak habiskan!
ReplyDelete