I'm on my track reading a novel, "Cerita Cinta Ahmad Ammar". Kisah arwah yang menemui syahid di Turki dan jasadnya disemadikan di Eyep Sultan, Di situ juga tersemadinya jasad sahabat Rasullah SAW, Abu Ayub al-Ansari. Ceritanya menarik, suatu perkara yang tak pernah digembar-gemburkan sehinggalah arwah kembali menghadap Sang Pencipta. Perjalanan hidup dalam dunia dakwah membawanya menemui husnul khatimah, sesuatu yang didambakan semua orang!
Untuk ulas tentang buku tu, banyak yang perlu dibincangkan. So, not this time yet. Cuma, selain bidang dakwah dan Sejarah Turki yang arwah ceburi, saya tertarik dengan satu benda. Bagaimana arwah boleh menjalani hidunya dengan sebegitu baik?? Sebenarnya,banyak perkara yang dilakukannya adalah atas dasar pilihannya. Tapi dengan bantuan nasihat-nasihat ibu bapa. Semenjak dilahirkan, ibu bapanya sudah berniat untuk membesarkannya dalam bidang dakwah. Lantaran itu, dia dididik dan diberikan penerapan dalam bidang dakwah sehingga menimbulkan minat dalam dirinya.
Di sini saya lihat satu perkara yang berlaku pascaSPM. Ramai anak-anak yang meminati sesuatu jauh berbeza daripa harapan ibu bapa. Senag cerita lah kan, ada orang ni nak masuk bidang muzik, tapi mak bapak dia larang surung ambil kedoktoran. Kan jauh beza dua-dua tu! So, timbullah konflik. Yang anak kata, "Mana boleh study kalau tak ada minat. Nanti belajar, kalau tak faham, lingkup!". Mak bapak dia pulak, "Habis tu, kau nak main muzik sampai ke tua? Kau nak bagi anak bini kau makan apa? Gitar?? Tak ada masa depan langsung!". Haaaa. . kan dah gaduh anak beranak. So, how's the solution??
Kalau ikut cara Islam, istikharah lah yang terbaik. Yes, the best solution ever! So, inilah yang saya sedang alami. Saya memang gila suka lah dalam bidang perguaman. Tak lah specialise dalam perguaman sahaja, kira dalam law lah jugak. Tapi, dari rata-rata orang yang ambil law depa kata susah! Nak sedakan hati punya pasal, aku balas, "Hang cakap kat aku course apa yang tak susah?!". Apa-apa course pon semua kena belajar jugak kan?? Dalam dunia ni semua benda susah. Petik jari?? Tak laku dah. . And my beloved Mama and Abah, sangat menggalakkan untuk ambil kejuruteraan. Sampaikan semua biasiswa yang aku minta ialah jurusan kejuruteraan. Kwang kwang kwang kwang. .
Setelah berminggu-minggu fikrkan, aku rasa their choice is the best. Sebab aku hidup selama ni semuanya atas pilihan parents aku. Nak masuk SBP masa Form 1, tak bagi. Alhamdulillah, dapat 8A dalam PMR dekat Badlishah. Tak nak pindah pergi MRSM, kena pujuk pergi jugak. Dapat 9A dalam SPM. Kiranya, semua pilihan yang ada suatu masa dahulu, actually tak ada pilihan pun. Apa yang Mama arahkan, itulah yang perlu ditunaikan. Sebenarnya, saya tak minat scince stream. Sejak dilahirkan lagilah! I really love history, politics and geography. Kiranya memang bidang yang perlukan membaca lah. . Aku suka hafal Peta Dunia. And I have an Atlas either. Memang minat lah. Lagi satu, kalau Abah ajak pergi muzium, akulah orang paling excited nak pergi. Tapi, adik-beradik aku yang lain dan Mama, paling tak suka buat 'lawatan sambil belajar' macam ni. Depa suka jenis lawatan yang memenatkan, shopping! Dah lah penat, buat habis duit aje. .
So, konflik yang berlaku ni telah diatasi. Walaupun sangat membenci Fizik, Kimia dan Aditional Mathematics, tapi Alhamdulillah. . aku berjaya bawa pulang A untuk Mama dan Abah. Memang masa awal Form 4 dulu, result aku macam hancusss! Tapi lepas aku brainwash diri sendiri, takkan nak bawa balik slip semua 'G' kata Mama nanti? Mama dah korbankan banyak benda untuk aku. Kalau asyik nak ikut minat, berbaloikah pengorbanan Mama selama ni? Itulah yang memberi aku kekuatan. My Mama and Abah. So, minat boleh dikorbankan. Harapan dan cita-cita Mama dan abah lebih besar. Selagi aku boleh membanggakan Mama dan Abah, itulah yang akan aku lakukan. Their choice, is my choice. I know it is the best. InsyaAllah. . Redha Allah adalah pada redha kedua-dua orang tuaku.